"Carilah dunia sekadar keperluanmu nescaya engkau akan merasa kemanisan akhirat" - "Janganlah terlalu berharap kepada sesuatu yang belum pasti, kelak engkau akan kecewa sekiranya tidak kesampaian " - "Janganlah kita berbangga dengan apa yang dimiliki segala yang ada didunia ini adalah milik Allah S.W.T. Kita cuma meminjamnya seketika" - "Teguran dengan cara yang lembut itu adalah lebih berkesan dari menggunakan kekerasan" - "Jadilah seperti air yang dapat menyejukkan dan janganlah menjadi api yang sentiasa memanaskan" - "Buatlah sesuatu itu dengan keikhlasan nescaya engkau akan terasa kemanisannya" - "Berusahalah untuk melembutkan hatimu nescaya hatimu akan hidup semula" - "Permudahkanlah urusan saudara-saudaramu, nescayalah Allah akan mempermudahkan urusanmu" - "Hindarilah diri dari sifat tergopoh gapah kerana ianya akan menghapuskan sifat sabar" - "Jangan engkau berdebat dengan orang yang jahil kerana ia mungkin akan merosakkan akhlakmu" - "Jika engkau melihat keburukan seseorang nescaya jiwamu tidak akan tenteram kerana engkau akan membencinya, maka lihatlah kebaikannya" - "Janganlah engkau memecut kenderaan untuk mengejar lampu isyarat hari ini, kerana esok, lusa dan seterusnya engkau tetap juga akan menempuhnya" - " Bersyukurlah Jika kita berada dalam kemiskinan, kerana ianya akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah " - "Tuntutlah ilmu selagi kita masih hidup, kerana menuntut ilmu itu wajib" - "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" - "Cara yang terbaik ketika berhadapan dengan orang yang sedang marah ialah dengan berdiam" - "Jika engkau mencintai dunia nescaya akhirat akan membencimu dan jika engkau mencintai akhirat nescaya akhirat akan membencimu" - "Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah. (HR. Al-Baihaqi)" - "Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang paling baik akhlaknya – Bukhari dan Muslim" – "Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak." - "Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu" - "Salah satu rahsia untuk kekal sihat ialah dengan sentiasa berwajah manis" - "Untuk berjaya antaranya janganlah sesekali membaca buku-buku yang boleh menimbulkan prasangka buruk, putus asa dan hilang harapan" - "Sesungguhnya Ibu dan Bapa kita hanya ada satu didunia ini, maka hargailah mereka sementara mereka masih ada" - "Ingatlah bahawa tiada rezeki yang datang bergolek" - "Belajarlah mengasihi kucing kerana ianya adalah kesayangan Nabi Muhammad SAW " - "Orang yang rajin berfikir mempunyai sehingga 1,000,000,000,000 sel otak. Semakin kerap kita berfikir semakin banyak sel otak terbentuk" - "Janganlah sekali-sekali kita mengkhianati janji yang telah kita buat kerana disitu terletak nilai peribadi kita" - "Sayangilah kedua Ibubapa mu, nescaya Allah akan menyayangimu" - "Setiap tindakan kita umpama membaling bola kelangit, semakin kuat kita membalingnya maka semakin kuat ia mendapatkan kita semula" - "Tiada sesuatu pun yang kekal di alam ini semuanya akan musnah melaikan Allah" - "Tiadalah yang lebih membahagiakan jiwa kedua Ibubapa selain daripada melihat anak-anaknya mentaati suruhan Allah" - "Salam Sejahtera & Selamat Datang Kepada Adik-adik Semoga Sentiasa Ceria” - "Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang lemah lembut terhadap semua orang" - "Berbuatbaiklah kepada kedua Ibu Bapa nescaya Allah akan menyayangimu" - "Beruang membesar melebihi berat manusia. Tetapi berat anak beruang yang baru dilahirkan lebih kecil daripada tikus" - "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga""Hiduplah bersama Al'Quran baik dengan menghafal, membaca dan mendengarnya kerana ia adalah penawar yang paling mujarab bagi menghilangkan kesedihan dan kedukaan" - "Ingatlah sehari selembar benang lama kelamaan akan menjadi kain juga" - "Carilah sesuatu itu kerana keperluan dan bukannya kemahuan" - "Tahukah anda bahawa buah tomato boleh menawarkan rasa garam didalam masakan" - "Ingatlah ketika kita marah sebenarnya syaitan sedang bersorak dan bertepuk tangan melihat gelagat kita" - "Mendapat sesuatu yang sedikit itu lebih baik daripada tiada langsung" - "Ketahuilah bahawa sebahagian dari perlakuan anak-anak itu adalah cermin kita" - "Terlalu bergantung dengan ubat antibiotik akan melemahkan sistem pertahanan badan semula jadi" - "Sedarilah bahawa pengorbanan seorang Ibu itu terlalu tinggi hingga sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri, asalkan anaknya bahagia" - "Hargailah setiap pemberian itu dengan sebaik-baiknya walaupun ianya tidak menggembirakan namun sekurang-kurangnya ia menggembirakan hati sipemberinya" - "Sebaik-baik pekerja ialah orang yang kurang bercakap tetapi banyak bekerja" - "Banyak kesilapan yang kita lakukan hasil daripada kecelaruan minda kita sendiri" - "Niatkanlah sesuatu pekerjaan yang baik itu kerana Allah nescaya kita akan memperolehi keuntungan untuk dan akhirat" - "Untuk mencipta Rumahku Syurgaku sememangnya amat payah sehinggakan ramai yang berputus asa dan membiarkan sahaja bahtera kehidupannya hanyut dibawa arus" - "Jika engkau diuji dengan kesedihan maka bersabarlah, kerana kemungkinan Allah ingin memberikan sesuatu yang mengembirakan engkau" - "Pastikan anda membuka tingkap terlebih dahulu sebelum memasuki kereta yang terjemur kerana udara panasnya mengandungi toksid yang merbahaya" - "Janganlah engkau mengguris hati kedua Ibu Bapa mu sekalipun dengan perkataan AH" - "Permudahkanlah urusan seseorang nescaya Allah akan permudahkan urusanmu" - "Kahwinilah seseorang itu kerana Agamanya" - "Sesungguhnya bersedekah itu akan menambahkan rezeki & menghindarkan dari penyakit" -"Jika kekayaan yang dicari nescaya engkau tidak akan pernah merasa cukup melainkan dengan bersyukur dengan apa yang sedang berada ditanganmu" - "Ingatlah bahawa matlamat sebenarnya hidupnya kita didunia ini tidak lain hanyalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah" - "Jika selama ini kita menjadi orang yang banyak menerima, maka jadilah pula kita sebagai orang yang banyak memberi" - "Ketahuilah bahawa harta dunia yang banyak akan hanya menyukarkan perjalanan ke Syurga diakhirat kelak" - " - "Jika kamu mengejar dunia nescaya kamu akan letih kerana dunia akan terus berlari mempermain-main kamu" - "Seseorang itu tidak akan mendapat ketenangan dalam hidupnya selagi terdapat sikap ego walaupun sedikit" - "Salah satu cara untuk mengenali situasi jiwa seseorang ialah dengan cara melihat bagaimana ia memandu kenderaannya" - "Orang yang rakus tidak akan memperolehi ketenangan dalam hidupnya" - "Sedekat-dekat manusia dengan Allah ialah ketika sujudnya" - "Ketika engkau berada dalam kesusahan, maka janganlah berduka, kerana sesunggunya pada ketika itu ada insan yang lebih susah darimu" - "Ucapkan Allhamdullah setiap kali bangun dari tidur kerana kita masih lagi diberi peluang melihat dunia" - "Hidup ini hanyalah sementara, maka carilah sesuatu didalamnya yang boleh dibawa untuk Akhirat" - "Janganlah bersedih kerana setiap kesengsaraan itu adalah ujian dari Allah yang akan menaikkan darjat kita disisinya." - “Salam Sejahtera Dan Selamat Datang Kepada Pengunjung-pengunjung Semoga Sentiasa Diberkati Allah SWT”

YANG MENARIK

Rujukan Semasa

Untuk Pembelian Rumah Mesra Rakyat SPNB Dail 1300-80-3838

Kosmo Online

TAJUK PILIHAN

21 Februari 2013

Bercuti Ke Pangkor


JIKA pengunjung ke Pulau Pangkor bersama rakan-rakan, maka bajet tersebut akan semakin berkurangan dengan berkongsi perbelanjaan.
UAT keluaran minggu ini, .com ingin berkongsi pengalaman bercuti bajet ke Pulau Pangkor, Perak selama tiga hari dua malam.
Kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Lumut dengan menaiki kereta. Memandangkan kami bercuti dengan bajet yang agak terhad, menaiki kereta memudahkan kami berehat dan berborak.

Jika pemandu kepenatan, bolehlah bertukar-tukar pemandu.
Sebelum tiba ke lokasi, kami memutuskan untuk singgah ke pekan Teluk Intan.
Menariknya di lokasi tersebut, kami berpeluang melihat Menara Condong Teluk Intan tanpa perlu terbang ke Itali untuk menikmati keajaiban Menara Condong Pisa.

Terletak di tengah-tengah bandar yang dahulunya dikenali sebagai Teluk Mak Intan, menara jam setinggi 25.5 meter yang condong ke arah barat laut tersebut kini menjadi mercu tanda kepada bandar di daerah Hilir Perak itu.
Namun, setelah 127 tahun berlalu, menara condong itu kini berdiri sebagai satu monumen bersejarah yang menjadi daya tarikan buat pengunjung ke Teluk Intan.

Selepas menjamu selera makan tengah hari dan bergambar, kami pun meneruskan perjalanan ke Lumut.
Sampai di Lumut, kami terus menuju ke jeti. Dalam perjalanan ke jeti yang terletak tidak berapa jauh dari stesen bas, ramai ejen bercermin mata gelap mendekati kami dengan tangan melambai-lambai ibarat suasana Mega Sale.

Buat mereka yang ingin bercuti ke Pulau Pangkor, jangan risau kerana ejen-ejen ini akan memudahkan percutian anda biarpun secara last minute untuk penempahan hotel, island hopping serta motosikal dan kereta sewa.
Hampir 30 minit kami belayar menaiki feri persiaran, akhirnya sampai juga ke Pulau Pangkor.
Setibanya di pulau tersebut, kami memilih untuk menyewa motosikal dari salah seorang apek bergaya 'otai' (tatu penuh di badan).
Dengan motosikal sewaan itu, kami pun menuju ke tempat penginapan yang terletak di Teluk Nipah.

Sebab ini percutian bajet, kami pilih hotel bajet Nipah Bay Villa yang agak murah ala-ala rumah kampung.
Selepas bagasi disimpan dalam bilik, kami pun keluar jalan-jalan bermula dari Teluk Nipah sambil makan snek tradisional seperti pisang goreng, cucur udang dan yang terbaik, air kelapa muda. Yummy-yummy!
Selepas puas bersiar-siar kami pun mengisi perut dengan juadah pilihan bermenu nasi campur.

OPERASI feri di Lumut bermula pada pukul 6 pagi hingga 7.30 malam.
Menjelang malam pula, kami ke restoran Nipah Bay Villa dan juadah masakan barat jadi pilihan.
Fish n Chip lawan dengan air tembikai gelas besar berharga RM15. Mahal tak? Sungguh berbaloi rasanya.
Hari kedua di sini, kami mengelilingi Pulau Pangkor menaiki motosikal sewa. Pusing punya pusing habis satu pulau kami jelajah sebab pulau ini tidaklah begitu besar.
Yang paling penting, biar berapa kali pun kami mengelilingi pulau ini, penat tidak terasa sedikitpun kerana pemandangan pulau yang amat cantik.
Bertuah siapa yang tinggal di pulau ini, bagi warga kota pula hanya dapat terlopong ketika menghayati kecantikan alam sekitar sepenuhnya sambil snap gambar pemandangan laut yang menenangkan di Menara Pandang.
Puas bergambar, kami ke kilang sotong untuk membeli buah tangan kepada keluarga tersayang dan sahabat di pejabat.

Tengah hari pula, kami ke Kota Belanda dan terus menerokai suasana perkampungan Pangkor sambil window shopping.
Pada waktu petang, kami berehat layan angin sepoi-sepoi bahasa di Pantai Pasir Bogak dan terus ke Teluk Dalam dan Teluk Sekadas sambil mandi-manda.
Jamuan makan malam kedua, kami menjamu selera dengan juadah BBQ seperti ikan, sotong dan udang bakar.
Keesokan pagi, selepas check out kami terus ke jeti dan pulang ke Kuala Lumpur.
Pandai-pandailah bajetkan percutian dan perbelanjaan kamu. Yang penting, keseronokan masih terasa walau bercuti dengan bajet sederhana.



Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan: