“Ucapan Terima Kasih”… Ungkapan ini walaupun ringkas dan pendek, namun sebenarnya ia terlalu bererti dan terlalu mahal nilainya bagi insan yang tahu menilai. Dengan memberi ucapan ini kita dapat melahirkan rasa kepuasan terhadap orang yang berinteraksi dengan kita. Ia juga mampu menghapuskan rasa ketidakpuasan hati yang mungkin terpendam selama ini. Janganlah sekali-kali kita merosakkan adap sopan kita sebagai penduduk malaysia kerana ianya adalah sebahagian dari budaya kita…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan