"Carilah dunia sekadar keperluanmu nescaya engkau akan merasa kemanisan akhirat" - "Janganlah terlalu berharap kepada sesuatu yang belum pasti, kelak engkau akan kecewa sekiranya tidak kesampaian " - "Janganlah kita berbangga dengan apa yang dimiliki segala yang ada didunia ini adalah milik Allah S.W.T. Kita cuma meminjamnya seketika" - "Teguran dengan cara yang lembut itu adalah lebih berkesan dari menggunakan kekerasan" - "Jadilah seperti air yang dapat menyejukkan dan janganlah menjadi api yang sentiasa memanaskan" - "Buatlah sesuatu itu dengan keikhlasan nescaya engkau akan terasa kemanisannya" - "Berusahalah untuk melembutkan hatimu nescaya hatimu akan hidup semula" - "Permudahkanlah urusan saudara-saudaramu, nescayalah Allah akan mempermudahkan urusanmu" - "Hindarilah diri dari sifat tergopoh gapah kerana ianya akan menghapuskan sifat sabar" - "Jangan engkau berdebat dengan orang yang jahil kerana ia mungkin akan merosakkan akhlakmu" - "Jika engkau melihat keburukan seseorang nescaya jiwamu tidak akan tenteram kerana engkau akan membencinya, maka lihatlah kebaikannya" - "Janganlah engkau memecut kenderaan untuk mengejar lampu isyarat hari ini, kerana esok, lusa dan seterusnya engkau tetap juga akan menempuhnya" - " Bersyukurlah Jika kita berada dalam kemiskinan, kerana ianya akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah " - "Tuntutlah ilmu selagi kita masih hidup, kerana menuntut ilmu itu wajib" - "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" - "Cara yang terbaik ketika berhadapan dengan orang yang sedang marah ialah dengan berdiam" - "Jika engkau mencintai dunia nescaya akhirat akan membencimu dan jika engkau mencintai akhirat nescaya akhirat akan membencimu" - "Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah. (HR. Al-Baihaqi)" - "Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang paling baik akhlaknya – Bukhari dan Muslim" – "Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak." - "Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu" - "Salah satu rahsia untuk kekal sihat ialah dengan sentiasa berwajah manis" - "Untuk berjaya antaranya janganlah sesekali membaca buku-buku yang boleh menimbulkan prasangka buruk, putus asa dan hilang harapan" - "Sesungguhnya Ibu dan Bapa kita hanya ada satu didunia ini, maka hargailah mereka sementara mereka masih ada" - "Ingatlah bahawa tiada rezeki yang datang bergolek" - "Belajarlah mengasihi kucing kerana ianya adalah kesayangan Nabi Muhammad SAW " - "Orang yang rajin berfikir mempunyai sehingga 1,000,000,000,000 sel otak. Semakin kerap kita berfikir semakin banyak sel otak terbentuk" - "Janganlah sekali-sekali kita mengkhianati janji yang telah kita buat kerana disitu terletak nilai peribadi kita" - "Sayangilah kedua Ibubapa mu, nescaya Allah akan menyayangimu" - "Setiap tindakan kita umpama membaling bola kelangit, semakin kuat kita membalingnya maka semakin kuat ia mendapatkan kita semula" - "Tiada sesuatu pun yang kekal di alam ini semuanya akan musnah melaikan Allah" - "Tiadalah yang lebih membahagiakan jiwa kedua Ibubapa selain daripada melihat anak-anaknya mentaati suruhan Allah" - "Salam Sejahtera & Selamat Datang Kepada Adik-adik Semoga Sentiasa Ceria” - "Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang lemah lembut terhadap semua orang" - "Berbuatbaiklah kepada kedua Ibu Bapa nescaya Allah akan menyayangimu" - "Beruang membesar melebihi berat manusia. Tetapi berat anak beruang yang baru dilahirkan lebih kecil daripada tikus" - "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga""Hiduplah bersama Al'Quran baik dengan menghafal, membaca dan mendengarnya kerana ia adalah penawar yang paling mujarab bagi menghilangkan kesedihan dan kedukaan" - "Ingatlah sehari selembar benang lama kelamaan akan menjadi kain juga" - "Carilah sesuatu itu kerana keperluan dan bukannya kemahuan" - "Tahukah anda bahawa buah tomato boleh menawarkan rasa garam didalam masakan" - "Ingatlah ketika kita marah sebenarnya syaitan sedang bersorak dan bertepuk tangan melihat gelagat kita" - "Mendapat sesuatu yang sedikit itu lebih baik daripada tiada langsung" - "Ketahuilah bahawa sebahagian dari perlakuan anak-anak itu adalah cermin kita" - "Terlalu bergantung dengan ubat antibiotik akan melemahkan sistem pertahanan badan semula jadi" - "Sedarilah bahawa pengorbanan seorang Ibu itu terlalu tinggi hingga sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri, asalkan anaknya bahagia" - "Hargailah setiap pemberian itu dengan sebaik-baiknya walaupun ianya tidak menggembirakan namun sekurang-kurangnya ia menggembirakan hati sipemberinya" - "Sebaik-baik pekerja ialah orang yang kurang bercakap tetapi banyak bekerja" - "Banyak kesilapan yang kita lakukan hasil daripada kecelaruan minda kita sendiri" - "Niatkanlah sesuatu pekerjaan yang baik itu kerana Allah nescaya kita akan memperolehi keuntungan untuk dan akhirat" - "Untuk mencipta Rumahku Syurgaku sememangnya amat payah sehinggakan ramai yang berputus asa dan membiarkan sahaja bahtera kehidupannya hanyut dibawa arus" - "Jika engkau diuji dengan kesedihan maka bersabarlah, kerana kemungkinan Allah ingin memberikan sesuatu yang mengembirakan engkau" - "Pastikan anda membuka tingkap terlebih dahulu sebelum memasuki kereta yang terjemur kerana udara panasnya mengandungi toksid yang merbahaya" - "Janganlah engkau mengguris hati kedua Ibu Bapa mu sekalipun dengan perkataan AH" - "Permudahkanlah urusan seseorang nescaya Allah akan permudahkan urusanmu" - "Kahwinilah seseorang itu kerana Agamanya" - "Sesungguhnya bersedekah itu akan menambahkan rezeki & menghindarkan dari penyakit" -"Jika kekayaan yang dicari nescaya engkau tidak akan pernah merasa cukup melainkan dengan bersyukur dengan apa yang sedang berada ditanganmu" - "Ingatlah bahawa matlamat sebenarnya hidupnya kita didunia ini tidak lain hanyalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah" - "Jika selama ini kita menjadi orang yang banyak menerima, maka jadilah pula kita sebagai orang yang banyak memberi" - "Ketahuilah bahawa harta dunia yang banyak akan hanya menyukarkan perjalanan ke Syurga diakhirat kelak" - " - "Jika kamu mengejar dunia nescaya kamu akan letih kerana dunia akan terus berlari mempermain-main kamu" - "Seseorang itu tidak akan mendapat ketenangan dalam hidupnya selagi terdapat sikap ego walaupun sedikit" - "Salah satu cara untuk mengenali situasi jiwa seseorang ialah dengan cara melihat bagaimana ia memandu kenderaannya" - "Orang yang rakus tidak akan memperolehi ketenangan dalam hidupnya" - "Sedekat-dekat manusia dengan Allah ialah ketika sujudnya" - "Ketika engkau berada dalam kesusahan, maka janganlah berduka, kerana sesunggunya pada ketika itu ada insan yang lebih susah darimu" - "Ucapkan Allhamdullah setiap kali bangun dari tidur kerana kita masih lagi diberi peluang melihat dunia" - "Hidup ini hanyalah sementara, maka carilah sesuatu didalamnya yang boleh dibawa untuk Akhirat" - "Janganlah bersedih kerana setiap kesengsaraan itu adalah ujian dari Allah yang akan menaikkan darjat kita disisinya." - “Salam Sejahtera Dan Selamat Datang Kepada Pengunjung-pengunjung Semoga Sentiasa Diberkati Allah SWT”

YANG MENARIK

Rujukan Semasa

Untuk Pembelian Rumah Mesra Rakyat SPNB Dail 1300-80-3838

Kosmo Online

TAJUK PILIHAN

11 Februari 2010

Solat Jamak Dan Qasar

Solat Qasar Dan Jamak
Maksud solat qasar bagi orang yang musafir ialah memendekkan atau meringkaskan solat fardhu yang empat rakaat ( Zohor, Asar dan Isya’ ) menjadi dua rakaat sahaja, dengan syarat ia masih lagi dalam musafir dan musafir itu bukan kerana maksiat (sesuatu yang dilarang oleh syarak) kerana solat qasar itu merupakan satu kelonggaran yang hanya dikhususkan kepada orang yang musafir sahaja.
Manakala solat Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan malahan ditunaikan dengan sempurna seperti biasa.

Syarat-syarat solat qasar
Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya hendaklah tidak kurang daripada dua marhalah.
Solat yang diqasarkan itu hendaklah solat Zohor, Asar, dan Isya’ sahaja yang dilaksanakan secara tunai. Sebab itu tidak dibolehkan qasar solat qada’ dalam musafir bagi solat yang ditinggalkan semasa di dalam kawasan kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan di dalam musafir.
Hendaklah diniatkan qasar di dalam masa takbiratul ihram.
Tidak boleh berimamkan orang yang bersolat tamam ( sempurna ).
Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.
Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

Solat JamakOrang yang musafir yang memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang diharuskan solat qasar, harus solat jamak. Maksud solat jamak ialah menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu iaitu menghimpunkan solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isya’ dalam satu waktu yang sama, samada dalam waktu yang pertama atau yang kedua.
Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu Jamak Taqdim dan Jamak Takkhir.
Solat Jamak Taqdim

Jamak Taqdim dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Zohor, atau solat Maghrib dan solat Isya’ pada waktu Maghrib. Dinamakan solat ini dengan Jamak Taqdim kerana solat yang kedua yang belum masuk waktunya dibawa ke solat yang pertama.


Syarat-syarat Jamak Taqdim
Hendaklah didahulukan solat yang empunya waktu dengan tertib, ertinya dilakukan solat Zohor dan Maghrib yang dikira solat yang pertama atau yang dahulu itu kemudian barulah diikuti dengan solat yang dijamakkan iaitu Asar dan Isya’ yang dikira solat kedua.
Hendaklah diniatkan jamak pada solat yang pertama atau yang empunya waktu itu dalam mana-mana juzud sembahyang sebelum salam tetapi yang afdal disyaratkan niat semasa takbiratulihram.
Hendaklah berturut-turut atau mualat antara dua solat itu dengan tidak diselangi dengan penceraian yang dikira panjang uruf.
Hendaklah ia berkekalan pada musafirnya daripada permulaan solat yang pertama hingga sempurna takbiratul ihram solat kedua, kerana batal solat jamaknya dengan jadi mukim di antara dua solat itu.

Solat Jamak TakkhirJamak Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’. Dinamakan solat ini dengan Jamak Takkhir kerana solat pertama yang telah masuk waktunya dibawa ke solat yang kedua.
Syarat-syarat Jamak Takkhir
Hendaklah berniat Jamak Takkhir sebelum habis waktu solat yang pertama, kerana jika ia tidak berbuat demikian hukumnya haram mentakkhirkan solat yang pertama itu daripada waktunya dan solat itu jadi qada’ pada waktu yang kedua.
Hendaklah berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat yang kedua, dan sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua nescaya yang pertama itu jadi solat qada’.


Perkara Berkaitan Solat Jamak & QasarApabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah, maka ia harus melakukan solat qasar dan jamak sekali. Ertinya ia boleh menjamakkan di antara dua solat serta mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut:
Menjamakkan dua solat fardhu tanpa qasar.
Menjamakkan dua solat fardhu dan qasar.
Mengqasarkan solat tanpa jamak iaitu mengerjakan solat Zohor, Asar , Isya’ dengan dua rakaat yang berasingan.

Solat jamak dan qasar ini adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya dalam segenap masa bagi orang musafir, senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah.

Permulaan musafir ini dikira setelah kita keluar kawasan, sama ada melalui sungai, parit, kota sempadan atau kawasan yang sudah tidak ada bangunan lagi.

Akhir musafir ialah apabila kita memasuki kawasan permulaan musafir tadi.

Solat jamak dan qasar boleh dilakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang dari 56 batu atau 89 km walaupun ada khilaf ulama dalam penentuan jarak jauhnya. Jadi, untuk berhati-hati, eloklah dikira dari 56 batu.

Solat bagi orang yang musafir ini ada tiga cara:
Jamak dengan qasar sekali.
Jamak sahaja tanpa qasar.
Qasar sahaja tanpa jamak.

Di antara dua solat jamak tidak boleh dipisahkan dengan jarak yang sangat lama. Oleh itu, selepas sahaja salam, teruskan sahaja solat yang kedua dengan hanya diselangi oleh iqamat sahaja. Solat Jamak dengan satu kali azan dan dua kali iqamat.

Orang yang melakukan solat qasar tidak boleh berimamkan orang yang solat sempurna ( tamam ). Apabila seseorang itu sudah sampai ke kawasan permulaan ia bertolak tadi, maka selesailah solat jamak dan qasarnya. Ia tidak boleh lagi mengerjakan solat secara jamak dan qasar.

Apabila seseorang itu bermusafir dan berhenti pada satu tempat selama 4 hari atau lebih, maka putuslah safarnya. Tapi, sekiranya ia hendak berhenti di situ selama tiga hari, maka bolehlah solat jamak dan qasar. Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar.

Apabila seseorang itu berhenti di suatu tempat dengan niat akan berada di situ selama tiga hari, tapi kerana urusan tidak selesai dari sehari ke sehari, maka ia diharuskan jamak dan qasar sehingga 18 hari.

Apabila seseorang itu bermusafir kerana sesuatu maksiat, maka ia tidak diharuskan solat jamak dan qasar. Bagi mereka yang hendak mengerjakan solat Jamak Takkhir hendaklah berniat lebih awal; jangan sampai waktu hendak baru berniat.

Perjalanan seseorang musafir hendaklah tentu dan ia tahu ke mana arah tujuannya. Jika ia tidak tahu ke mana hendak diarahkan perjalanannya itu, maka tidak boleh jamak/qasar.

Orang yang musafir kurang dari tiga marhalah maka afdal solat sebagaimana biasa. Jika perjalanannya melebihi 89 batu, maka baginya lebih afdal mengerjakan solat jamak dan qasar.

Kemudahan solat jamak ( jamak sahaja ) juga diberikan kepada ahli karyah yang ingin mengerjakan solat berjemaah apabila hujan lebat dan kampung itu merupakan satu kawasan yang biasa lecah dan becak dengan syarat ada hujan pada awal kedua-dua solat dan di antara keduanya dan pada salam solat pertama. Tidak mengapa kalau sekiranya hujan itu berhenti di pertengahan solat pertama atau di pertengahan solat kedua.

Wallahua'lam


Sembahyang jamak ialah menghimpunkan dua solat dalam satu waktu. Adakalanya jamak itu dinamakan 'jamak ta'khir' dan adakalanya dinamakan 'jamak taqdim'

"Jamak Taqdim" ialah mengerjakan sembahyang dalam waktu yang sebelumnya misalnya sembahyang Asar dilakukan pada waktu Zuhur sesudah mengerjakan sembahyang Zuhur.

"Jamak Ta'khir" pula ialah menjamakkan sembahyang dalam waktu sesudahnya, misalnya sembahyang Zuhur dikerjakan sesudah sembahyang Asar atau sembahyang Maghrib sesudah Isyak.

Adapun yang boleh dijamakkan ialah sembahyang siang sama sembahyang siang seperti Zuhur dan Asar dan sembahyang malam sama sembahyang malam seperti Maghrib dan Isyak. Tidak boleh menjamakkan sembahyang siang dengan sembahyang malam begitu juga sebaliknya.Manakala sembahyang Subuh tidak boleh dijamakkan.

Cara menjamakkan sembahyang seperti yang dinyatakan di atas umpamanya dikerjakan sembahyang Zuhur di waktu Asar atau sebaliknya. Begitu pula dengan sembahyang Maghrib dikerjakan pada waktu Isyak atau sebaliknya. Tetapi sembahyang Asar tidak boleh dijamakkan pada sembahyang Maghrib kerana itu bukan tempatnya.

Syarat Jamak Taqdim:1. Meniatkan jamak di dalam solat..
2. Tertib ertinya mendahulukan mana yang patut didahulukan dan mengakhirkan mana yang patut diakhirkan. Maksudnya dikerjakan lebih dahulu sembahyang yang pertama kemudian yang kedua.
3. Berturut-turutan ertinya setelah selesai mengerjakan sembahyang yang pertama, hendaklah segera dikerjakan sembahyang yang kedua tanpa diselangi / dibatas oleh sesuatu perbuatan dan perkataan lain melainkan untuk berwudhuk kembali.

Sembahyang qasar pula ialah memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat iaitu untuk solat zohor, asar dan isyak sahaja.

Syarat jamak ta'khir:1. Meniatkan jamak di waktu yang pertama. Jika tidak, tidak sah jamaknya.
2. Lanjut perjalanan hingga akhir waktu kedua, andaikata ia sedang berjalan.

Lafaz niat solat jama' taqdim, cth: Zohor dengan Asar

" Usolli fardha al-Zuhri arba'a raka'atin majmu'an ilaihi al-'Asru lillah taala "
(Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor empat rakaat jama' dengan Asar kerana Allah Ta'ala)

" Usolli fardha al-'Asr arba'a raka'atin majmu'an lillahi ta'ala "
(Sahaja aku sembahyang fardhu Asar empat rakaat jamak kerana Allah Ta'ala)

Bagi jama' ta'khir, cth: Asar dengan Zohor, lafaznya sama seperti di atas cuma berbeza pada sebutan solat (didahulukan solat Asar daripada solat Zohor.

Lafaz niat Qasar dan Jama' Taqdim / ta'khir serentak:cth: Zohor dengan Asar:

"Usolli fardha al-Zuhri qasran majmu'an ilaihi al-'Asru lillahi ta'ala"
(Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor qasar, jamak dengan Asar kerana Allah Ta'ala

Tiada ulasan: