Bagaimana keracunan boleh berlaku?
Seseorang boleh terdedah kepada keracunan racun makhluk perosak melalui 3 cara:- Tertelan makanan atau minuman yang dicemari racun makhluk perosak.
- Sentuhan kulit dengan racun makhluk perosak.
- Terhidu racun makhluk perosak.
Pekerja yang berisiko
Siapakah pekerja yang berisiko?
Contoh pekerja yang berisiko adalah
- Peladang/petani
- Pekerja ladang/estet
- Pekerja kilang racun makhluk perosak.
Gejala
Pendedahan kepada racun makhluk perosak boleh menyebabkan kecederaan kepada badan, antaranya seperti berikut:
- Kesan serta-merta seperti sakit kepala, loya, berpeluh, kulit merengsa dan kematian.
- Kesan jangka masa panjang seperti tangan mengeletar, kelupaan, kurang daya ingatan, kurang daya tumpuan, kekuningan mata serta keletihan.
Komplikasi
Apakah yang paling teruk boleh terjadi akibat keracunan ini?
- Kerosakan kekal fungsi ginjal (buah pinggang), hati, paru-paru dan saraf serta kemandulan.
- Kematian.
Rawatan
Rawatan kecemasan perlu diberi serta merta untuk menyelamatkan nyawa mangsa.
- Bawa mangsa terlibat ke tempat yang selamat yang mempunyai pengudaraan yang baik seperti kawasan lapang
- Tanggalkan pakaian yang tercemar
- Jangan cuba memaksa pesakit untuk muntah
- Bersihkan bahagian tubuh atau anggota yang tercemar dengan racun makhluk perosak menggunakan air yang banyak selama 15-20 minit.
- Hantarkan mangsa terlibat ke hospital dengan segera.
- Jangan lupa, bawa bekas racun yang terlibat ke hospital bersama pesakit.



Pencegahan keracunan racun makhluk perosak
Bagaimanakah saya boleh mencegah kejadian keracunan racun makhluk perosak?
- Pastikan anda tahu jenis racun makhluk perosak yang digunakan
- Patuhi setiap arahan pengendalian racun makhluk perosak yang dibekalkan oleh pengeluar setiap masa
- Amalkan teknik pengendalian yang selamat
- Labelkan bekas racun makhluk perosak dengan betul
- Simpan racun makhluk perosak di tempat yang berkunci dan berasingan dari barang-barang lain.
- Jangan pindahkan racun makhluk perosak ke dalam bekas lain; gunakan bekas yang asal sahaja.
- Jangan gunakan semula bekas racun makhluk perosak yang telah kosong.
- Lupuskan semua bekas racun makhluk perosak yang kosong dengan menanam dalam tanah yang sesuai atau hantar kepada pihak tertentu yang dilantik.

- Gunakan alat pelindung diri yang sesuai dengan cara yang betul.
Apakah amalan pengendalian yang selamat?
- Memakai pakaian dan peralatan pelindung diri yang sesuai.
- Sentiasa menggunakan sarung tangan semasa membancuh racun makhluk perosak.
- Jangan makan, minum atau merokok semasa mengendalikan racun.
- Semburan racun makhluk perosak mestilah menurut arah angin.
- Basuh bahagian badan yang terdedah SEGERA dan mandi selepas setiap kali mengendalikan racun
Apakah pakaian yang sesuai dan selamat semasa mengendalikan racun makhluk perosak?
- Baju berlengan panjang dan seluar panjang.
- Topi
- Apron plastik
- Kasut/but keselamatan
- Sarung tangan getah
- Topeng muka
- Kacamata pelindung mata
Notifikasi
Mengikut Peraturan 2004, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Notifikasi Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan dan Penyakit Pekerjaan), adalah menjadi tanggung jawab:
Majikan
Pengamal perubatan yang merawat Untuk notifikasi penyakit pekerjaan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan.
Alamat perhubungan
Untuk mendapat maklumat lanjut, sila hantar e-mel ke alamat ohealth@dph.gov.my
Untuk mendapat maklumat lanjut, sila hantar e-mel ke alamat ohealth@dph.gov.my
Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai keracunan, sila layari laman web Pusat Racun Negara
Sumber: Infosihat.gov.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan