Assalaamualaikum Dan salam sejahtera.
Pada 10 sept.09 (khamis). Saya bercuti.
+-4.15 pm. Saya melalui jalan Mahameru dari PWTC ke arah Parlimen untuk ke JKR bersama seorang anak.
Berhampiran IP.JPS. Seorang penunggang motosikal memotong Dan memberi isyarat kepada saya minta berhenti sambil menunjuk kearah tayar depan kereta disebelah kiri.
Dalam keadaan berwaspada saya pun berhenti, Dan menurunkan tingkap sedikit.
Penunggang motosikal tersebut Membuka topi keleder (ternyata seorang pumuda India). Terus merapati tayar depan kiri kereta saya.
"ABang!... Kereta abang Ada masalah kebocoran minyak break ni, tadi saya nampak ASAP keluar ,
" Abang tak perasanke, tadi Ada kereta bagi isyarat ?. Katanya dengan sopan.
Saya agak ragu sedikit sebab saya tak nampak sebarang isyarat sebelum itu. Walau bagaimanapun, saya turun dari kereta untuk mendapat kepastian.
Penunggang motosikal itu menunjukkan kesan minyak meleleh pada Rim tayar. Saya melihat Dan menyentuh minyak tersebut Dan Cuba mengenalpasti minyak tersebut dengan mengesan baunya. Saya kurang pasti,..tapi memang minyak.
"Abang tak boleh jalan ni...bahaya..break tak boleh guna...tayar boleh jem.." kata nya.
" Kalau Abang nak repair saya boleh tolong check kan" katanya lagi. Keraguan saya makin bertambah, tentang keikhlasan nya.
Saya memberi alasan bahawa office saya dekat sini saja. Dan saya rasa boleh sampai ke office untuk diperbaiki.
Dia pun tak banyak soal terus jalan.
Sampai dioffice saya hubungi makenik Toyota yang selalu buat service. Dia suruh check botol minyak brek. Saya dapati keadaannya
Masih ditakok max. ....Makenik itu beritau kes ini sudah banyak berlaku..terutama dijalan Mahameru Dan MRR2.
Mereka sengaja menyembur minyak WD40 pada rim tayar semasa kita masih dalam kereta ketika berhenti ....atau kadang-kadang semasa di kawasan parking kereta. Kemudian mereka ekori Kita. Kemudian mereka akan buat service Dan minta upah ...
Untuk mendapat kepastian , saya ke Workshop..Dan jelas tidak Ada sebarang kerosakkan pada brek.
p/s:Berhati-hatilah ketika memandu...macam-macam cara penipuan sedang menunggu anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan