KUCHING: Seorang suri rumah kerugian lebih RM70,000 selepas ditipu tiga perempuan yang mendakwa mampu menyembuhkan penyakit anak lelakinya dengan cara 'membuang' nasib malang keluarganya.
Selasa lalu, mangsa yang berusia 68 tahun dihampiri dua perempuan berusia sekitar 40-an ketika membeli sayur di pasar basah, Taman Kenyalang, sebelum suspek yang mendakwa dirinya tukang tilik memberitahu mangsa mempunyai 'sial' yang banyak.
Mangsa kemudian membenarkan suspek menilik nasibnya dan diberitahu anak lelakinya akan menerima nasib malang seluruh hidupnya kecuali mereka dapat membuang 'sial' berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Wong Wai Loong, berkata mangsa kemudian menyerahkan RM12,000 wang tunai dan barang kemas bernilai lebih RM50,000 kepada suspek sebagai syarat membuang 'sial'.
"Dalam pertemuan di sebuah kedai di Jalan Simpang Tiga, mangsa menyerahkan wang dan meminjamkan barang kemasnya selepas diyakinkan suspek yang akan menjampi hartanya itu.
"Suspek ketiga yang mendakwa dirinya sebagai ketua upacara kemudian meminta mangsa mengeluarkan wang RM11,000 sebagai syarat memulakan upacara sembahyang," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Mangsa kemudian dibawa ke kawasan yang tidak diketahui sebelum ketiga-tiga suspek memulakan upacara membuang sial.
dan menyuruh mangsa berjalan ke hadapan serta tidak menoleh ke belakang.
Dia yang kemudian mula tidak berasa sedap hati kemudian menoleh ke belakang dan mendapati semua suspek sudah melarikan diri bersama wang dan barang kemas miliknya sebelum bertindak menghubungi anak lelakinya.
Wong berkata, menyedari dirinya ditipu mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, kelmarin, dengan pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan.
"Kes seperti ini sudah selalu berlaku namun orang ramai masih belum sedar dan mempercayai individu yang tidak dikenali yang mendakwa diri mereka penilik nasib.
"Saya menasihati orang ramai tidak terlalu mempercayai individu yang tidak dikenali selain tidak mudah menyerahkan semua wang dan barang kemas kepada mereka," katanya.
Petikan - pengajianam900.forumotion.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan