Rujukan Semasa
Untuk Pembelian Rumah Mesra Rakyat SPNB Dail 1300-80-3838
SEJARAH - Kesultanan Melayu
Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan di mana kuasa pemerintahan terletak di tangan pemerintah dan pegawai-pegawai Melayu sepenuhnya. Pemerintah Melayu di Melaka berasal dari Singapura, iaitu selepas kekalahan Kerajaan Melayu Singapura di tangan Siam. Kesultanan Melayu
Melaka telah bertahan lebih dari satu abad, bermula dari penghujung kurun ke –14 sehingga permulaan kurun ke-16, iaitu dari tahun 1394 sehingga tahun 1511. Di bawah kekuasaan pemerintah Melayu, Melaka bukan hanya menjadi sebuah kota perdagangan yang maju tetapi juga merupakan pusat penyebaran ajaran Islam kepada seluruh kepulauan Melayu. Selepas kejatuhan Empayar Seri Vijaya dan Majapahit di penghujung abad ke-14, Melaka telah meneraju dan mengekalkan pemerintahan Melayu di kepulauan Melayu. Kestabilan politik dan sistem perundangan yang adil berjaya menarik para pedagang dari segenap pelusuk kepulauan Melayu ke Melaka. Para pedagang dari China, benua kecil India, Pegu di Burma dan Tanah Arab juga telah datang ke Melaka untuk berdagang. | |
|
|
|
| Kerajaan Melayu Lama
Pemerintah Pertama Melaka : Parameswara (1394-1414)
Pemerintah Kedua Melaka : Sultan Megat Iskandar Syah (1414 – 1424)
Pemerintah Ketiga Melaka : Sultan Maharaja (Raja Tengah) atau Sultan Muhammad Syah (1424 – 1445)
Pemerintah Keempat Melaka : Sultan Abu Syahid (1445 – 1446)
Pemerintah Kelima Melaka : Sultan Muzaffar Syah (1446 – 1456)
Pemerintah Keenam Melaka : Sultan Mansur Syah (1456 – 1477)
Pemerintah Ketujuh Melaka : Sultan Alauddin Riayat Syah (1477 – 1488)
Pemerintah Kelapan Melaka : Sultan Mahmud Syah (1488 – 1511) |
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan