Ramai pemandu jalanraya tidak mengambil berat berkenaan betapa bahayanya apabila memandu dengan cara sebegini. Jika anda amat-amati, pemanduan sebegini sebanarnya banyak risiko yang kita bakal hadapi sekiranya tidak berhati-hati. Antaranya, kita tidak akan dapat melihat dengan tepat apa yang ada dihadapan kereta yang kita ekori seperti lopak yang dalam, kayu atau besi yang terdapat diatas jalanraya, orang yang mungkin sedang berlari untuk
melintas jalan. Lebih buruk lagi sekiranya kenderaan anda berhenti dengan cara mengejut. Sudah tentu ini mengundang banyak masalah. Apatah lagi sekiranya anda melanggar kenderaan yang sedang diekori. Dari segi undang-undang jalanraya kebiasaannya pemandu yang melanggar dari belakang kereta yang diekori jarang dapat melepaskan diri dari disaman. Kerana tiada alasan yang munasabah boleh diberi kepada pihak berkuasa. Ini adalah kerana sekiranya kita menjarakkan kenderaan sudah tentu kita mempunyai masa dan kesempatan untuk memberhentikan kenderaan kita.Maka, berhati-hatilah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan