Tahukah anda bahawa sekarang ini telah terjadi beberapa kes kecurian barangan berharga diwaktu siang hari walaupun terdapat orang didalam rumah. Kebiasaannya pencuri akan merayau disekitar kawasan perumahan dengan menaiki motosikal. Mereka akan memerhatikan setiap rumah yang pintu pagarnya tidak berkunci. Mereka akan mengambil apa saja yang berkesempatan seperti kasut atau lain-lain barangan berharga yang mudah dicapai. Lebih
Merbahaya lagi apabila mereka mengetahui pintu grill hanya dirapatkan atau di diselak sahaja. Mereka akan mengintai dari jauh. Sekiranya mereka pasti bahawa tiada orang yang berada diruang tamu atau dapur, mereka akan masuk dengan perlahan-perlahan serta pantas lalu mengambil apa sahaja yang sempat. Ada juga kes mereka akan berpura-pura memberi salam atau memanggil. Ini adalah tektik mereka untuk memastikan bahawa tiada orang yang berada dikawasan ruang tamu atau dapur. Mereka yakin pada ketika itu bahawa tuan rumah sedang mandi atau solat didalam bilik. Sudah tentu ini memberikan mereka keyakinan tinggi untuk menggeledah.Jadi berwaspadalah. Sebaik-baiknya pintu pagar dan pintu rumah dikunci dari dalam kerana kebanyakan pencuri akan meninggalkan sahaja rumah-rumah yang berkunci kerana mereka perlu melakukan kerja-kerja mereka dengan cepat dan pantas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan