8 pelajar SMK Serdang ke Norway terima hadiah alam sekitar
KULIM 13 April — Lapan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang dekat sini akan berlepas ke Norway pada Jumaat ini untuk menerima hadiah tempat kedua satu pertandingan mengenai alam sekitar peringkat dunia.
Mereka terdiri daripada Tasha K.Nanthiny, Nurul Farah Wahida Mohd Radzuan, S.Moharaj, M.Ganeswaran, V.Sitra, M.Kavita Devi, Hasniza Mohd Haniffah dan Low Kit Theng. Mereka akan diiringi dua orang guru.
"Pertandingan melibatkan 40 negara ini lebih menekankan pemeliharaan alam sekitar dan cara-cara mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida yang merupakan punca utama pemanasan global pada masa kini”, katanya.
Penyelaras kawasan Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir hari ini menyumbangkan beg bagasi dan blazer kepada pelajar-pelajar berkenaan dan dua guru pengiring.
Runeka berkata selain untuk menerima hadiah kemenangan, pelajar-pelajar itu juga akan menghadiri satu persidangan mengenai alam sekitar di Norway.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan