Sepertimana yang kita ketahui, solat dhuha merupakan salah satu amalan yang boleh memurahkan rezeki seseorang yang mengamalkannya.
Niat Solat Dhuha
Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali.

"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar,
tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian
sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"
Doa :

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu,
kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir
maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu,
kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga
dan para sahabatnya serta kesejahteraan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."
Sumber : www.tayibah.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan