Setiap insan dicipta memiliki pelbagai kehendak dan keinginan yang seringkali digelar sebagai nafsu. Sesungguhnya ini ibarat api yang menerangi dikala kita dalam kegelapan. Tanpa nafsu sudah tentu tidak ada corak dan warna-warna kehidupan yang dapat mewarnai hidup manusia. Namun kita harus berwaspada apabila nafsu sudah menjadi terlalu besar ia adalah umpama api yang sedang membakar sebuah rumah. Nafsu ini mampu menjadi pendorong dan ianya juga mampu menghancurkan manusia. Nafsu juga boleh meletakkan mertabat seseorang insan kerana ciri-ciri yang ada pada seseorang itu berbeza-beza bergantung kepada berapa dalamnya layanan diri terhadap nafsu itu sendiri.
Diantara ciri-ciri nafsu yang negatif adalah seperti berikut:-
- Berkehendakkan seseuatu itu dengan segera.
- Makan dengan banyak
- Mengumpul sesuatu harta dengan banyak.
- Memandu dengan laju dan cepat.
- Tidak mahu mengalah.
- Membawa sesuatu dengan berlebihan.
- Membeli dengan banyak tanpa memikirkan keperluan.
- Bercakap besar dan ego.
- Berdendam dengan seseorang untuk memuaskan hati.
- Melayan tidur dengan banyak.
- Berhasrat memiliki sesuatu sehingga sanggup menipu.
zeeleo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan