Manusia mempunyai satu sistem yang kompleks dan potensinya amat menakjubkan. sistem itu ialah minda yang biasanya dikaitkan dengan otak yang terdapat didalam kepala seseorang. Otak itu tidaklah besar dan beratnya hanya hanya sekitar 1.3 Kilogram sahaja. Sedarilah terdapat kajian yang menanggarkan otak manusia berupaya menyimpan sebanyak 125,500,000,000,000 maklumat.
Selain kekaguman kita terhadap hafiz Al-Quran yang boleh menghafaz lebih daripada 6,000 ayat, terdapat beberapa individu yang hebat ingatannya. Antaranya alah Gou Yan Ling, seorang telefonis di China pada taun 1986 mampu mengingati sebanyak 15,000 nombor telefon.
Cara meningkatkan ingatan
- Jaga pemakanan otak. Makanan yang bagus untuk minda adalah seperti kacang pistachio, gajus, kuning telur, ayam, kismis, madu, air zam zam, susu segar, labu, buah badam, buah kedekai dan seumpamanya.
- Elakkan makanan ringan serta makanan/minuman yang tercemar oleh semut atau tikus.
- Menghisap rokok, memgambil dadah, miminum arak juga boleh mengurangkan fungsi otak.
- Tumpuan yang sepenuhnya semasa belajar.
- Bermotivasi.
- Gunakan teknik-teknik mengingat yang diminati dan yang bersesuaian.
Petikan : Proffesor Izzi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan