Secara purata, 10% jumlah rambut kita akan memasuki ‘fasa berehat’, iaitu proses kitaran sel dimana sel-sel berhenti daripada berduplikasi. Selepas tiga bulan, rambut yang telah melalui fasa berehat ini akan gugur. Rambut baru akan mula tumbuh serta merta. Proses pertumbuhan rambut baru mengambil masa selama 2-6 tahun. Rambut akan tumbuh sepanjang 1 ½ inci setiap bulan.
Fakta: 90% jumlah rambut kita berada dalam proses pertumbuhan.
Rambut gugur adalah perkara normal. Lebih kurang 100 helai rambut gugur setiap hari. Rambut gugur lebih berkaitan dengan lelaki berbanding perempuan.
Rambut gugur atas beberapa sebab:
Stress
Jika anda dalam proses rawatan atau selepas pembedahan, anda akan hilang lebih banyak rambut dalam masa tiga bulan
Perubahan hormon badan: mengandung, penyakit thyroid, ketidakseimbangan estrogen
Ubat-ubatan seperti pil pencegah hamil dan anti-depressant: rambut gugur berhenti jika pengambilan ubat dihentikan
Jangkitan fungus/kulat di kepala
Penyakit-penyakit tertentu
Genetik
Fizikal: cara mengikat rambut (ponytails, cornrows), penggunaan ‘hot rollers’
Rawatan minyak panas: pastikan anda mendapatkan rawatan minyak panas dari professional dan mengunakan produk yang dijamin selamat
Rawatan bagi menangani masalah rambut gugur
Jika anda sudah mencuba pelbagai cara daripada makan secara berkhasiat atau menggunakan produk jagaan rambut, tetapi masih tidak Berjaya, sudah sampai masanya anda berjumpa dengan doktor. Doktor boleh membantu anda mengesan masalah disebalik rambut gugur anda.
Jika anda mengalami masalah ketidakseimbangan hormon, anda akan diberi rawatan hormon. Jika rambut gugur disebabkan oleh jangkitan, antibiotik akan membantu.
Selain itu, terdapat beberapa produk terbaik di pasaran sekarang yang boleh membantu rambut anda tumbuh kembali.
Buatlah rawatan rambut di mana-mana pusat jagaan rambut.
Petikan : farmasikl.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan