"Carilah dunia sekadar keperluanmu nescaya engkau akan merasa kemanisan akhirat" - "Janganlah terlalu berharap kepada sesuatu yang belum pasti, kelak engkau akan kecewa sekiranya tidak kesampaian " - "Janganlah kita berbangga dengan apa yang dimiliki segala yang ada didunia ini adalah milik Allah S.W.T. Kita cuma meminjamnya seketika" - "Teguran dengan cara yang lembut itu adalah lebih berkesan dari menggunakan kekerasan" - "Jadilah seperti air yang dapat menyejukkan dan janganlah menjadi api yang sentiasa memanaskan" - "Buatlah sesuatu itu dengan keikhlasan nescaya engkau akan terasa kemanisannya" - "Berusahalah untuk melembutkan hatimu nescaya hatimu akan hidup semula" - "Permudahkanlah urusan saudara-saudaramu, nescayalah Allah akan mempermudahkan urusanmu" - "Hindarilah diri dari sifat tergopoh gapah kerana ianya akan menghapuskan sifat sabar" - "Jangan engkau berdebat dengan orang yang jahil kerana ia mungkin akan merosakkan akhlakmu" - "Jika engkau melihat keburukan seseorang nescaya jiwamu tidak akan tenteram kerana engkau akan membencinya, maka lihatlah kebaikannya" - "Janganlah engkau memecut kenderaan untuk mengejar lampu isyarat hari ini, kerana esok, lusa dan seterusnya engkau tetap juga akan menempuhnya" - " Bersyukurlah Jika kita berada dalam kemiskinan, kerana ianya akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah " - "Tuntutlah ilmu selagi kita masih hidup, kerana menuntut ilmu itu wajib" - "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" - "Cara yang terbaik ketika berhadapan dengan orang yang sedang marah ialah dengan berdiam" - "Jika engkau mencintai dunia nescaya akhirat akan membencimu dan jika engkau mencintai akhirat nescaya akhirat akan membencimu" - "Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah. (HR. Al-Baihaqi)" - "Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang paling baik akhlaknya – Bukhari dan Muslim" – "Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak." - "Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu" - "Salah satu rahsia untuk kekal sihat ialah dengan sentiasa berwajah manis" - "Untuk berjaya antaranya janganlah sesekali membaca buku-buku yang boleh menimbulkan prasangka buruk, putus asa dan hilang harapan" - "Sesungguhnya Ibu dan Bapa kita hanya ada satu didunia ini, maka hargailah mereka sementara mereka masih ada" - "Ingatlah bahawa tiada rezeki yang datang bergolek" - "Belajarlah mengasihi kucing kerana ianya adalah kesayangan Nabi Muhammad SAW " - "Orang yang rajin berfikir mempunyai sehingga 1,000,000,000,000 sel otak. Semakin kerap kita berfikir semakin banyak sel otak terbentuk" - "Janganlah sekali-sekali kita mengkhianati janji yang telah kita buat kerana disitu terletak nilai peribadi kita" - "Sayangilah kedua Ibubapa mu, nescaya Allah akan menyayangimu" - "Setiap tindakan kita umpama membaling bola kelangit, semakin kuat kita membalingnya maka semakin kuat ia mendapatkan kita semula" - "Tiada sesuatu pun yang kekal di alam ini semuanya akan musnah melaikan Allah" - "Tiadalah yang lebih membahagiakan jiwa kedua Ibubapa selain daripada melihat anak-anaknya mentaati suruhan Allah" - "Salam Sejahtera & Selamat Datang Kepada Adik-adik Semoga Sentiasa Ceria” - "Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang lemah lembut terhadap semua orang" - "Berbuatbaiklah kepada kedua Ibu Bapa nescaya Allah akan menyayangimu" - "Beruang membesar melebihi berat manusia. Tetapi berat anak beruang yang baru dilahirkan lebih kecil daripada tikus" - "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga""Hiduplah bersama Al'Quran baik dengan menghafal, membaca dan mendengarnya kerana ia adalah penawar yang paling mujarab bagi menghilangkan kesedihan dan kedukaan" - "Ingatlah sehari selembar benang lama kelamaan akan menjadi kain juga" - "Carilah sesuatu itu kerana keperluan dan bukannya kemahuan" - "Tahukah anda bahawa buah tomato boleh menawarkan rasa garam didalam masakan" - "Ingatlah ketika kita marah sebenarnya syaitan sedang bersorak dan bertepuk tangan melihat gelagat kita" - "Mendapat sesuatu yang sedikit itu lebih baik daripada tiada langsung" - "Ketahuilah bahawa sebahagian dari perlakuan anak-anak itu adalah cermin kita" - "Terlalu bergantung dengan ubat antibiotik akan melemahkan sistem pertahanan badan semula jadi" - "Sedarilah bahawa pengorbanan seorang Ibu itu terlalu tinggi hingga sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri, asalkan anaknya bahagia" - "Hargailah setiap pemberian itu dengan sebaik-baiknya walaupun ianya tidak menggembirakan namun sekurang-kurangnya ia menggembirakan hati sipemberinya" - "Sebaik-baik pekerja ialah orang yang kurang bercakap tetapi banyak bekerja" - "Banyak kesilapan yang kita lakukan hasil daripada kecelaruan minda kita sendiri" - "Niatkanlah sesuatu pekerjaan yang baik itu kerana Allah nescaya kita akan memperolehi keuntungan untuk dan akhirat" - "Untuk mencipta Rumahku Syurgaku sememangnya amat payah sehinggakan ramai yang berputus asa dan membiarkan sahaja bahtera kehidupannya hanyut dibawa arus" - "Jika engkau diuji dengan kesedihan maka bersabarlah, kerana kemungkinan Allah ingin memberikan sesuatu yang mengembirakan engkau" - "Pastikan anda membuka tingkap terlebih dahulu sebelum memasuki kereta yang terjemur kerana udara panasnya mengandungi toksid yang merbahaya" - "Janganlah engkau mengguris hati kedua Ibu Bapa mu sekalipun dengan perkataan AH" - "Permudahkanlah urusan seseorang nescaya Allah akan permudahkan urusanmu" - "Kahwinilah seseorang itu kerana Agamanya" - "Sesungguhnya bersedekah itu akan menambahkan rezeki & menghindarkan dari penyakit" -"Jika kekayaan yang dicari nescaya engkau tidak akan pernah merasa cukup melainkan dengan bersyukur dengan apa yang sedang berada ditanganmu" - "Ingatlah bahawa matlamat sebenarnya hidupnya kita didunia ini tidak lain hanyalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah" - "Jika selama ini kita menjadi orang yang banyak menerima, maka jadilah pula kita sebagai orang yang banyak memberi" - "Ketahuilah bahawa harta dunia yang banyak akan hanya menyukarkan perjalanan ke Syurga diakhirat kelak" - " - "Jika kamu mengejar dunia nescaya kamu akan letih kerana dunia akan terus berlari mempermain-main kamu" - "Seseorang itu tidak akan mendapat ketenangan dalam hidupnya selagi terdapat sikap ego walaupun sedikit" - "Salah satu cara untuk mengenali situasi jiwa seseorang ialah dengan cara melihat bagaimana ia memandu kenderaannya" - "Orang yang rakus tidak akan memperolehi ketenangan dalam hidupnya" - "Sedekat-dekat manusia dengan Allah ialah ketika sujudnya" - "Ketika engkau berada dalam kesusahan, maka janganlah berduka, kerana sesunggunya pada ketika itu ada insan yang lebih susah darimu" - "Ucapkan Allhamdullah setiap kali bangun dari tidur kerana kita masih lagi diberi peluang melihat dunia" - "Hidup ini hanyalah sementara, maka carilah sesuatu didalamnya yang boleh dibawa untuk Akhirat" - "Janganlah bersedih kerana setiap kesengsaraan itu adalah ujian dari Allah yang akan menaikkan darjat kita disisinya." - “Salam Sejahtera Dan Selamat Datang Kepada Pengunjung-pengunjung Semoga Sentiasa Diberkati Allah SWT”

YANG MENARIK

Rujukan Semasa

Untuk Pembelian Rumah Mesra Rakyat SPNB Dail 1300-80-3838

Kosmo Online

TAJUK PILIHAN

11 Oktober 2010

Bencara Yang Semakin Menjadi-jadi


Bencana alam yang berlaku sejak kebelakangan ini banyak mendatangkan kemusnahan harta benda dan meragut nyawa. Hakikatnya, tiada siapa pun yang ingin malapetaka dan bencana menimpa tempat kediaman mereka. Namun bencana datang tanpa dijangka dan tidak mengenal mangsa.
Peningkatan jumlah kejadian bencana alam di serata dunia pada ketika ini semakin membimbangkan seluruh masyarakat dunia. Ia merupakan petanda bahawa kelestarian alam sekitar di dunia kini semakin terjejas. Kelestarian alam sekitar boleh difahami sebagai keadaan di mana alam sekitar secara berterusan terpelihara, terjaga, serta mampu mensejahterakan kehidupan manusia pada masa kini dan akan datang. Ia bebas dari sebarang bentuk kerosakan dan pencemaran alam yang boleh mendatangkan akibat buruk terhadap kualiti kehidupan manusia dan segmen alam sekitar.
Bencana yang melanda dunia telah mengancam kelestarian kehidupan masyarakat dunia. Rantau Asia dilihat mengalami kesan bencana yang amat tragis sejak kebelakangan ini. Statistik menunjukkan semenjak tahun 1992 hingga tahun 2002 di Asia, kejadian bencana alam telah menjejaskan kehidupan lebih dari 1.7 juta manusia dan telah meragut sebanyak 420,867 nyawa. Ia juga turut menyebabkan kerugian harta benda sebanyak AS 369,362 juta.
Laporan yang dikeluarkan oleh Centre for Research on the Epidemiology of Disasters (CRED) menyatakan pada tahun 2007 sebanyak 414 bencana alam telah dilaporkan berlaku di seluruh dunia. Ia membabitkan kematian sebanyak 16,847 orang, dan turut memberi kesan terhadap 211 juta orang serta menyebabkan kerosakan bernilai 74.9 bilion AS.
Menurut majlis keselamatan negara bencana ditakrifkan sebagai suatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat. Pertambahan jumlah bencana alam sejak kebelakangan ini menjadi tanda tanya kepada masyarakat dunia, tentang apakah punca yang menyebabkan jumlah bencana alam semakin meningkat ?
Bencana alam yang berlaku sejak dahulu seperti gempa bumi, letupan gunung berapi, banjir besar dan ribut taufan dilihat sebagai suatu fenomena alam semulajadi. Namun kini, ia banyak dikaitkan dengan aktiviti manusia yang membawa kepada perubahan drastik terhadap sifat-sifat semulajadi alam. Kelestarian alam sekitar yang didambakan musnah dalam sekelip mata apabila bencana datang menimpa.
Ada yang mengaitkan bencana alam seperti taufan dan banjir besar dengan isu perubahan iklim yang sedang berlaku. Perubahan iklim telah mencetuskan impak yang pelbagai kepada kehidupan manusia. Punca utama kepada berlakunya perubahan iklim adalah disebabkan oleh aktiviti manusia yang menggunakan sumber alam secara rakus tanpa kawalan. Pelepasan gas karbon dioksida oleh 600 juta kenderaan di seluruh dunia dan penerokaan hutan secara berleluasa menyumbang kepada berlakunya penipisan lapisan ozon, pemanasan global dan seterusnya mendorong kepada kejadian pelbagai bencana alam akibat berlakunya perubahan iklim.
Impak perubahan iklim seperti peningkatan suhu harian dan kesejukan melampau berlaku dikebanyakan tempat di dunia. Fenomena taufan dan banjir besar berlaku secara tidak dijangka. Walaupun terdapat sistem maklumat geografi dan telekomunikasi yang serba canggih di dunia, ia belum dapat meramal dengan tepat tentang kejadian sesuatu bencana yang bakal berlaku.
Bencana gempa bumi yang berlaku disesetengah kawasan pula amat sukar diramal tentang bila dan dimana ia akan berlaku. Kawasan yang tidak pernah mengalami gempa turut menerima kesan gegaran yang menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat. Bagi mereka yang telah ditimpa bencana pula kos untuk membangunkan semula kawasan yang dilanda bencana amat tinggi.
Antara perkara penting yang perlu dibangunkan selepas sesuatu bencana berlaku ialah pembinaan semula kawasan penempatan penduduk, pembinaan infrastruktur sistem sanitasi dan bekalan air, serta  pembangunan kemudahan untuk pendidikan anak – anak. Mereka yang ditimpa bencana memerlukan tempat untuk berteduh, keperluan untuk sanitasi dan sekolah untuk anak – anak mereka belajar.
Masalah ketiadaan bekalan makanan dan minuman bersih menjadi isu utama. Hal ini mendorong kepada masalah kebuluran. Di samping itu juga mereka yang ditimpa musibah bencana turut mengalami rantaian kesan yang begitu kompleks dan sukar untuk diselesaikan dalam masa yang singkat. Ini termasuklah dengan terdedahnya mangsa kepada masalah kesihatan seperti penyakit malaria dan penyakit bawaan air. Taufan nargis yang telah melanda Myanmar pada tahun 2008 menunjukan ramai mangsa menghadapi masalah kebuluran dan masalah kesihatan seperti wabak taun selepas bencana berlaku.
Bencana gempa bumi yang melanda daerah Padang Indonesia baru – baru ini, jelas menunjukan betapa kesan rantaian selepas berlakunya sesuatu bencana amat kompleks untuk diselesaikan. Bantuan amat diperlukan bagi menyelamatkan mereka dari kebuluran dan terus hidup dalam keadaan yang tidak menentu. Apakah nasib masa depan anak – anak kecil yang kehilangan ibu dan ayah setelah bencana datang menimpa? Melihat keadaan mereka yang serba kekurangan, sudah tentu meruntun jiwa kita sebagai masyarakat yang prihatin untuk membantu meringankan bebanan mereka. Tanpa mengira sebarang isu kita harus tampil membantu dengan penuh keikhlasan dan sukarela.
Bencana alam yang kian meningkat menuntut penduduk dunia untuk melakukan adaptasi dan bersedia dengan sebarang persediaan yang mencukupi. Dalam konteks Malaysia , kawasan – kawasan yang berisiko bencana perlu dikenalpasti. Persediaan menghadapi bencana amat penting kepada masyarakat Malaysia . Pemasangan sistem amaran keselamatan di bangunan – bangunan pencakar langit di bandar – bandar di Malaysia perlu di ambil kira bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Ini bukan bermakna rakyat perlu hidup dalam keadaan serba ketakutan, tetapi ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan masyarakat tentang tahap persediaan negara dalam menghadapi sebarang bencana. Kesiapsiagaan untuk menghadapi bencana alam luarbiasa perlu disediakan dengan konkrit. Kita seharusnya mengambil pengajaran yang berlaku terhadap isu – isu bencana dinegara – negara jiran kita.
Sesungguhnya bencana yang berlaku telah banyak menjejaskan kelestarian alam sekitar. Kita harus menginsafi bahawa bencana yang berlaku pada masa ini banyak disebabkan oleh angkara manusia yang jahil dan rakus memunggah khazanah alam dan melakukan pencemaran serta kerosakan secara besar-besaran. Bencana alam akan terus meningkat seandainya kita terus leka dan alpa untuk mengejar pembangunan tanpa memikirkan impaknya terhadap kelestarian alam sekitar. Berdamailah dengan alam agar kelestarian alam terus terjalin!


http://paparian.blogspot.com/

Tiada ulasan: