"Carilah dunia sekadar keperluanmu nescaya engkau akan merasa kemanisan akhirat" - "Janganlah terlalu berharap kepada sesuatu yang belum pasti, kelak engkau akan kecewa sekiranya tidak kesampaian " - "Janganlah kita berbangga dengan apa yang dimiliki segala yang ada didunia ini adalah milik Allah S.W.T. Kita cuma meminjamnya seketika" - "Teguran dengan cara yang lembut itu adalah lebih berkesan dari menggunakan kekerasan" - "Jadilah seperti air yang dapat menyejukkan dan janganlah menjadi api yang sentiasa memanaskan" - "Buatlah sesuatu itu dengan keikhlasan nescaya engkau akan terasa kemanisannya" - "Berusahalah untuk melembutkan hatimu nescaya hatimu akan hidup semula" - "Permudahkanlah urusan saudara-saudaramu, nescayalah Allah akan mempermudahkan urusanmu" - "Hindarilah diri dari sifat tergopoh gapah kerana ianya akan menghapuskan sifat sabar" - "Jangan engkau berdebat dengan orang yang jahil kerana ia mungkin akan merosakkan akhlakmu" - "Jika engkau melihat keburukan seseorang nescaya jiwamu tidak akan tenteram kerana engkau akan membencinya, maka lihatlah kebaikannya" - "Janganlah engkau memecut kenderaan untuk mengejar lampu isyarat hari ini, kerana esok, lusa dan seterusnya engkau tetap juga akan menempuhnya" - " Bersyukurlah Jika kita berada dalam kemiskinan, kerana ianya akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah " - "Tuntutlah ilmu selagi kita masih hidup, kerana menuntut ilmu itu wajib" - "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" - "Cara yang terbaik ketika berhadapan dengan orang yang sedang marah ialah dengan berdiam" - "Jika engkau mencintai dunia nescaya akhirat akan membencimu dan jika engkau mencintai akhirat nescaya akhirat akan membencimu" - "Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah. (HR. Al-Baihaqi)" - "Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang paling baik akhlaknya – Bukhari dan Muslim" – "Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak." - "Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu" - "Salah satu rahsia untuk kekal sihat ialah dengan sentiasa berwajah manis" - "Untuk berjaya antaranya janganlah sesekali membaca buku-buku yang boleh menimbulkan prasangka buruk, putus asa dan hilang harapan" - "Sesungguhnya Ibu dan Bapa kita hanya ada satu didunia ini, maka hargailah mereka sementara mereka masih ada" - "Ingatlah bahawa tiada rezeki yang datang bergolek" - "Belajarlah mengasihi kucing kerana ianya adalah kesayangan Nabi Muhammad SAW " - "Orang yang rajin berfikir mempunyai sehingga 1,000,000,000,000 sel otak. Semakin kerap kita berfikir semakin banyak sel otak terbentuk" - "Janganlah sekali-sekali kita mengkhianati janji yang telah kita buat kerana disitu terletak nilai peribadi kita" - "Sayangilah kedua Ibubapa mu, nescaya Allah akan menyayangimu" - "Setiap tindakan kita umpama membaling bola kelangit, semakin kuat kita membalingnya maka semakin kuat ia mendapatkan kita semula" - "Tiada sesuatu pun yang kekal di alam ini semuanya akan musnah melaikan Allah" - "Tiadalah yang lebih membahagiakan jiwa kedua Ibubapa selain daripada melihat anak-anaknya mentaati suruhan Allah" - "Salam Sejahtera & Selamat Datang Kepada Adik-adik Semoga Sentiasa Ceria” - "Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang lemah lembut terhadap semua orang" - "Berbuatbaiklah kepada kedua Ibu Bapa nescaya Allah akan menyayangimu" - "Beruang membesar melebihi berat manusia. Tetapi berat anak beruang yang baru dilahirkan lebih kecil daripada tikus" - "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga""Hiduplah bersama Al'Quran baik dengan menghafal, membaca dan mendengarnya kerana ia adalah penawar yang paling mujarab bagi menghilangkan kesedihan dan kedukaan" - "Ingatlah sehari selembar benang lama kelamaan akan menjadi kain juga" - "Carilah sesuatu itu kerana keperluan dan bukannya kemahuan" - "Tahukah anda bahawa buah tomato boleh menawarkan rasa garam didalam masakan" - "Ingatlah ketika kita marah sebenarnya syaitan sedang bersorak dan bertepuk tangan melihat gelagat kita" - "Mendapat sesuatu yang sedikit itu lebih baik daripada tiada langsung" - "Ketahuilah bahawa sebahagian dari perlakuan anak-anak itu adalah cermin kita" - "Terlalu bergantung dengan ubat antibiotik akan melemahkan sistem pertahanan badan semula jadi" - "Sedarilah bahawa pengorbanan seorang Ibu itu terlalu tinggi hingga sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri, asalkan anaknya bahagia" - "Hargailah setiap pemberian itu dengan sebaik-baiknya walaupun ianya tidak menggembirakan namun sekurang-kurangnya ia menggembirakan hati sipemberinya" - "Sebaik-baik pekerja ialah orang yang kurang bercakap tetapi banyak bekerja" - "Banyak kesilapan yang kita lakukan hasil daripada kecelaruan minda kita sendiri" - "Niatkanlah sesuatu pekerjaan yang baik itu kerana Allah nescaya kita akan memperolehi keuntungan untuk dan akhirat" - "Untuk mencipta Rumahku Syurgaku sememangnya amat payah sehinggakan ramai yang berputus asa dan membiarkan sahaja bahtera kehidupannya hanyut dibawa arus" - "Jika engkau diuji dengan kesedihan maka bersabarlah, kerana kemungkinan Allah ingin memberikan sesuatu yang mengembirakan engkau" - "Pastikan anda membuka tingkap terlebih dahulu sebelum memasuki kereta yang terjemur kerana udara panasnya mengandungi toksid yang merbahaya" - "Janganlah engkau mengguris hati kedua Ibu Bapa mu sekalipun dengan perkataan AH" - "Permudahkanlah urusan seseorang nescaya Allah akan permudahkan urusanmu" - "Kahwinilah seseorang itu kerana Agamanya" - "Sesungguhnya bersedekah itu akan menambahkan rezeki & menghindarkan dari penyakit" -"Jika kekayaan yang dicari nescaya engkau tidak akan pernah merasa cukup melainkan dengan bersyukur dengan apa yang sedang berada ditanganmu" - "Ingatlah bahawa matlamat sebenarnya hidupnya kita didunia ini tidak lain hanyalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah" - "Jika selama ini kita menjadi orang yang banyak menerima, maka jadilah pula kita sebagai orang yang banyak memberi" - "Ketahuilah bahawa harta dunia yang banyak akan hanya menyukarkan perjalanan ke Syurga diakhirat kelak" - " - "Jika kamu mengejar dunia nescaya kamu akan letih kerana dunia akan terus berlari mempermain-main kamu" - "Seseorang itu tidak akan mendapat ketenangan dalam hidupnya selagi terdapat sikap ego walaupun sedikit" - "Salah satu cara untuk mengenali situasi jiwa seseorang ialah dengan cara melihat bagaimana ia memandu kenderaannya" - "Orang yang rakus tidak akan memperolehi ketenangan dalam hidupnya" - "Sedekat-dekat manusia dengan Allah ialah ketika sujudnya" - "Ketika engkau berada dalam kesusahan, maka janganlah berduka, kerana sesunggunya pada ketika itu ada insan yang lebih susah darimu" - "Ucapkan Allhamdullah setiap kali bangun dari tidur kerana kita masih lagi diberi peluang melihat dunia" - "Hidup ini hanyalah sementara, maka carilah sesuatu didalamnya yang boleh dibawa untuk Akhirat" - "Janganlah bersedih kerana setiap kesengsaraan itu adalah ujian dari Allah yang akan menaikkan darjat kita disisinya." - “Salam Sejahtera Dan Selamat Datang Kepada Pengunjung-pengunjung Semoga Sentiasa Diberkati Allah SWT”

YANG MENARIK

Rujukan Semasa

Untuk Pembelian Rumah Mesra Rakyat SPNB Dail 1300-80-3838

Kosmo Online

TAJUK PILIHAN

09 November 2010

Berfikiran Positif

Apakah pemikiran positif?
Pemikiran positif adalah cara pemikiran yang menjuruskan ke arah keupayaan dan bukan ketidakupayaan. Pada asasnya, ia melihat pada aspek yang baik dan membina.




Apakah manfaat yang saya dapat dengan berfikiran positif?
Pada keseluruhannya anda akan merasa bahagia

  • Anda akan disenangi dan dihormati
  • Anda akan mudah mendapat kawan
  • Anda akan menjalinkan hubungan sosial yang baik
  • Anda berupaya untuk menangani stres dengan menjadikan keadaan negatif sebagai peluang untuk anda belajar
  • Anda cenderung melihat kebaikan orang lain dan ini akan mengelakkan wujud permusuhan di antara anda dan orang lain

Adakah saya belum berfikiran positif?

Kemungkinan anda sudah berfikiran positif. Walau bagaimanapun kadang-kadang tercetus pemikiran yang tidak rasional mengakibatkan kita membuat kesilapan dalam berfikir.  Kesilapan dalam berfikir dan pemikiran yang tidak rasional adalah punca utama menyebabkan terjadinya pemikiran negatif. Berfikiran negatif pula akan mewujudkan emosi negatif seperti stres, dengki, benci, takut dan marah. Keadaan lebih teruk apabila berlaku tingkah laku negatif seperti pergaduhan.


Apakah pemikiran yang tidak rasional dan kesilapan dalam berfikir?
Pemikiran yang tidak rasional dan kesilapan dalam berfikir adalah cara pemikiran yang tidak berasas dan mengakibatkan perasaan negatif dan ketidakupayaan. Cara pemikiran sedemikian tidak memberi kebaikan untuk jangka masa yang panjang. Walau bagaimanapun, ia tetap berlaku dan menjadi lumrah kehidupan.


Cara pemikiran berkenaan termasuk:

  • Berfikir hanya untuk mendapatkan kesemua atau tidak dapat langsung
  • Mempunyai alasan yang mendesak dan hanya kata dua

Contoh: 'Jikalau saya tidak diterima masuk ke kelas yang terbaik, bermakna saya tidak berguna langsung'

Pemulihan: Ulang kaji tujuan matlamat anda kerana mungkin anda meletakan matlamat pencapaian yang tidak munasabah

Mudah membuat kesimpulan
Disebabkan oleh satu kejadian atau satu kesilapan seseorang, maka keseluruhan peristiwa atau seseorang itu dinilai dan dipandang rendah

Contoh: 'Dia selalu lewat dan tidak pernah datang awal!'

Pemulihan: Membuat penilaian yang teliti dan jangan membuat keputusan yang melulu terhadap seseorang - 'Dia kerap sampai lewat, atau sekurang kurangnya sewaktu terserempak dengannya'

  • Menetapkan dan memanggil seseorang atau peristiwa sewenang-wenang
  • Menentukan serta menetapkan seseorang atau peristiwa itu negatif tanpa membuat penilaian atau tafsiran yang menyeluruh

Contoh: Memanggil seorang kawan dengan nama 'crybaby' hanya sebab dia menangis, tanpa menyelidiki sebab dia menangis di atas kematian neneknya

Pemulihan: Orang membuat sesuatu dengan bersebab, oleh itu kita jangan mudah membuat andaian yang mereka menentang kita ataupun mereka itu lemah

  • Menolak perkara - perkara yang positif
  • Menolak hal-hal yang positif dan menerima yang negatif

Contoh: Membesar besarkan kekalahan permainan satu set yang melibat 3 permainan, walaupun menang satu permainan

Pemulihan: Jikalau asyik mementingkan perkara negatif, sudah pasti kehidupan anda akan diselubungi dengan perasaan negatif. Ambil yang positif dan kehidupan anda tidak akan menjadi susah


Alasan emosi
Contoh: 'Bagaimana boleh ada sesuatu yang bagus di dunia ini jikalau saya merasa begini?'

Pemulihan: 'Saya merasa sedih, tetapi perkara lain semuanya masih OK'


Membuat andaian

Anda membuat kenyataan hanya mengikut perasaan dan anggapan, tanpa menggunakan fakta


Contoh: 'Saya tahu dia sengaja lakukan untuk pulang ke pangkuan saya'
Pemulihan: 'Saya tidak tahu kenapa dia lakukan ini, tetapi saya tidak suka dia berbuat demikian'

Membesar - besarkan masalah

Anda sengaja membesar besarkan masalah kecil

Contoh: 'Saya tidak boleh bersabar! Saya tidak keluar melalui jalan ini! Kenapa kuku saya mesti patah hari ini!'

Pemulihan: Akui yang anda tidak suka hal itu berlaku, tetapi cuba mengatasinya

Membuat kritikan ke atas diri sendiri

Anda dengan keras mengkritik diri sendiri dan tidak boleh menerima kesilapan

Contoh:'Kesilapan yang bodoh! Betapa bodohnya saya! Bagaimana saya boleh membuat kesilapan yang bodoh!'

Pemulihan: Menjadi kebiasaan untuk berasa sedih apabila membuat salah. Walau bagaimanapun ia bukannya bermakna berakhir untuk segala galanya, kerana anda masih berpeluang melakukan sesuatu mengenainya

[Atas]
Kenapa saya berfikiran negatif dan membuat kesilapan dalam berfikir?
Bagi seseorang, pemikiran negatif boleh mencetuskan sedikit stres, dan dapat membantunya menyelesaikan masalah atau kesilapan. Walau bagaimanapun, cara seseorang memikir adalah dari ikutan orang lain. Kesilapan dalam berfikir berlaku kepada kita semua dan ia berfungsi sebagai penggalak dalam kehidupan harian kita. Namun dalam jangka masa panjang, ia boleh mengubah keperibadian anda. 

Bagaimana cara untuk saya berfikiran positif?
Untuk berfikiran positif, memerlukan pemerhatian yang positif terhadap perkara-perkara yang anda alami di dalam kehidupan harian anda. 

Setiap kali anda dilanda berfikiran negatif atau berfikiran tidak rasional, cuba fikirkan sebaliknya dan bentukannya dengan kata-kata positif. Apabila anda menyedari berlaku kesilapan dalam fikiran anda, cuba perbetulkannya.

Beberapa cara termasuk:

  • Senaraikan perkara yang anda sukai mengenai diri anda dan dapat melakukan dengan baik
  • Ambil perkara-perkara yang positif mengenai orang yang anda temui (peluangnya, sedikit sahaja) 
  • Cari bukti-bukti yang seseorang itu jahat sepenuhnya (peluangnya, tiada langsung) 
  • Terima apa saja yang positif sebagai kebaikan, bukan sebagai hal yang kecil
  • Anggapkan setiap kemajuan kecil sebagai satu langkah ke hadapan
  • Terima sesuatu sebagaimana seadanya dan elak membuat andaian buruk
  • Yakinkan diri anda dengan kata-kata semangat yang boleh membantu anda 
  • Kesilapan merupakan peluang untuk belajar
  • Beri perhatian ke atas perkara yang anda berupaya melakukannya, berbanding dari apa yang tidak mampu anda lakukan

Bilakah saya boleh mengamalkan berfikiran positif?
Bila-bila masa dan di mana saja, terutama sekali apabila anda terasa mempunyai perasaan negatif.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengekalkan berfikiran positif?

  • Tentukan matlamat yang mampu dicapai
  • Berkawan dengan orang yang berfikiran positif 
  • Kerap mengamalkan senaman relaksasi
  • Amalkan jenaka di dalam kehidupan harian anda - ketawa boleh membantu
  • Selalu berada di tempat-tempat pembinaan aspek kerohanian 


Di mana saya boleh mendapat bantuan?

  • Ahli keluarga
  • Kawan-kawan
  • Guru
  • Kaunselor
  • Psikologi
  • Guru Agama

infosihat.gov.my

Tiada ulasan: