Lazimnya, dadih dibuat dengan berperisa buah-buahan. Antara perisanya, ialah keladi, jagung, strawberi, kelapa, dan lain-lain. Terdapat juga dadih yang dibuat daripada vanila, milo, dan coklat. Kadang-kala, terdapat juga sos buah-buahan yang dihidang bersama dadih untuk memberi rasa yang sedap.
Terdapat banyak cara untuk menyediakan dadih. Sila rujuk rujukan.
Ramuan
Antara ramuan-ramuan yang penting untuk membuat dadih ialah:
Air
Susu segar (susu sapi)
Gula
Garam
Serbuk agar-agar
Manakala, perisa dadih adalah pelbagai, bergantung kepada kemahuan dan kehendak. Contoh-contoh perisa dadih ialah:
Perisa buah-buahan
Jagung
Kelapa
Perisa yang sudah diproses
Milo
Coklat
Susu yang diperam di dalam buluh juga merupakan makanan tradisional di Terengganu. Buluh yang digunakan adalah lebih kecil (ukur lilit 4-5 inci) dan dipanggil susu masam. Ia biasanya berbentuk agak keras (seperti agar-agar) dan di makan begitu sahaja atau dicampur sedikit gula.
Ms Wikipedia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan