Wanita memandu sendirian sering kali menjadi mangsa pembuli jalan raya,atau sasaran penjenayah yang ingin mengambil kesempatan.Modus operandi mereka yang dikenal pasti sering digunakan adalah dengan melanggar kereta yang dipandu sendirian oleh wanita,kemudian merompak atau menculik apabila mereka keluar dari kereta untuk memeriksa kerosakkan.Lazimnya,mereka akan bertindak sebaik sahaja memasuki kawasan sunyi atau jauh daripada pandangan orang ramai.
Walaupun wanita sering dinasihatkan untuk sentiasa berteman ketika memandu,ada kalanya mereka tidak dapat mengelak daripada memandu sendirian,terutamanya kerana tuntutan kerjaya.Ahli perniagaan wanita contohnya,sering kali keluar memandu sendirian untuk bertemu dengan rakan kongsi atau pelangan.Bukan itu sahaja,mereka yang terpaksa bekerja lebih masa hingga berlanjutan hingga ke lewat malam juga terdedah kepada risiko tersebut.
Oleh itu,mungkin tiada apa-apa yang boleh dilakukan,kecuali anda dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati,bermula keluar rumah atau bangunan pejabat menuju ke kenderaan anda,dalam kereta sehinggalah anda selamat sampai ke destinasi.Mungkin anda boleh mengikuti panduan atau langkah-langkah keselamatan berikut untuk mengelakkan perkara tidak diingini.
SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN
*Setiap kali memulakan perjalanan terutama ketika keluar dari rumah,sentiasa pastikan kenderaan berada dalam keadaan memuaskan untuk menggelakkan sebarang kerosakan ketika memandu.
*Pastikan minyak kereta sekurang-kurangnya separuh tangki.Jangan biarkan minyak terlalu sedikit sehingga menyebabkan anda terpaksa mengisi minyak terutamanya dikawasan yang anda tidak biasa atau lokasi yang pertama kali anda singgah.
*Bawa bersama telefon mudah alih.Ini sangat penting sekiranya anda memerlukan bantuan seperti meminta petunjuk ke lokasi,berhubung pihak insurans atau ahli keluarga sekiranya berlaku kemalangan.Namun,sebelum itu pastikan bateri telefon dicas dan anda boleh membuat panggilan.
*Pastikan kunci kereta dikeluarkan terlebih dahulu daripada beg sebelum anda keluar atau meninggalkan bangunan ke tempat letak kereta.Sikap suka mencari kunci di dalam beg ketika sampai di kereta,boleh membuka peluang kepada penjenayah untuk menyerang.
*Perhatikan sekeliling sebelum masuk ke dalam kereta.Jika waswas terhadap persekitaran ketika itu,terus berjalan melepasi kereta anda ke tempat yang selamat.
SEMASA PERJALANAN
*Kunci kereta sebaik sahaja anda memasuki kereta.Pastikan pintu dikunci walaupun sebelum anda menghidupkan enjin kereta.Ketika berhenti di jalan raya,pastikan jarak antara kereta anda dengan kereta hadapan tidak begitu rapat.Ini mengelakkan penjenayah daripada mencari peluang untuk memasuki kereta anda dan seterusnya menyerang.
*Jangan biarkan beg tangan atau beg kerja berselersk di dalam kereta.Letakkan di tempat yang tersorok.Sebelum masuk ke dalam kereta,pastikan tempat duduk hadapan dan belakang kosong.
*Jangan sekali-kali berhenti untuk bertanya alamat daripada orang yang tidak dikenali.Tanya alamat tersebut di stesen petrol atau kaunter tol berdekatan.
*Jangan tumpangkan orang yang tidak dikenali.
*Letakkan kereta di tempat yang terang dan selamat,walaupun anda meninggalkan kereta tidak lama.Perhatikan sekeliling sebelum keluar daripada kenderaan.
*Jika diekori ketika dalam perjalanan,jangan memandu pulang kereta anda.Sebaliknya pandu terus ke balai polis atau balai bomba yang berhampiran.
*Bunyikkan hon kereta.Jika tidak,pandu kereta ke stesen minyak atau ke kawasan tumpuan orang rama,tempat anada dapat menelefon polis.Jangan tinggalkan kereta melainkan anda pasti bahawa anda akan dapat memasuki bangunan dengan selamat.Cuba dapatkan nombor pendaftaran kereta serta mengecam kereta yang mengekori anda.
JIKA ANDA DISERANG ATAU DILANGGAR
*Jangan sekali-kali keluar dari kereta jika anda dilanggar secara sengaja.
*Catat nombor pendaftaran kereta tersebut,warna dan lain-lain dan gunakan telefon mudah alih untuk meminta bantuan.Anda juga boleh memandu terus ke balai polis yang berhampiran untuk membuat laporan.
*Jika telibat di dalam kemalangan,duduk di dalam kereta anda sehingga polis sampai.Dalam kemalangan kecil,terdapat pemandu yang akan meminta keterangan permanduan seperti lesen dan insurans.Tunjukkan lesen dan insurans melalui cermin tingkap sahaja.
*Jika anda diugut perompak,serahkan kunci kereta dan wang tanpa berlengah-lengah.Jangan cuba melawan hanya kerana mahu mempertahankan harta benda.Ingat,kenderaan anda boleh diganti,tetapi tidak nyawa anda!
*Jika tayar kereta pancit di tempat gelap dan asing,pandu perlahan-lahan ke stessen petrol atau tempat awam berhampiran untuk mendapatkan bantuan.Lebih baik merosakkan tayar daripada mengambil risiko mengabaikan keselamatan diri.
*Jika seseorang dengan tiba-tiba menghampiri anda dengan tujuan menyerang,hidupkan enjin dan keluar daripada kawasan tersebut secepat mungkin.Sekiranya penyerang berjaya memasuki kereta anda ketika anda berada di dalamnya,gunakan segala kekuatan untuk keluar daripada kereta tersebut.Walau bagaimana pun,jika anda masih gagal melepaskan diri,pandu kereta melanggar pendua jalan,tembok,tiang dan apa sahaja yang dapat menyebabkan kemalangan kecil.
*Ketika penyerang beralih perhatian,gunakan peluang ini keluar secepat mungkin dari kereta.Lari sekuat hati sambil menjerit meminta pertolongan.Cuba tarik perhatian orang lain.
itis.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan