tersebutlah kisah di dalam kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali menceritakan mengenai hakikat-hakikat dunia yang kita singgahi ini. Maka sesungguhnya apa yang dikejar seisi jagat manusia di muka bumi ini tidak lain tidak bukan hanyalah enam perkara penuh dusta iaitu:
Yang dimakannya
Yang diminumnya
Yang diperisterikannya
Yang dipakainya
Yang ditungganginya
Yang diciumnya
Yang dimakannya
Sesungguhnya makanan yang paling berkhasiat sekali di dunia adalah madu lebah seisinya. Namun pada hakikatnya manusia tidak sedar madu lebah itu hasilnya dari air liur yang dipandang jijik dari seekor lebah cuma.
Yang diminumnya
Sesungguhnya minuman yang paling mengenyangkan sekali di dunia adalah air zam zam. Namun pada hakikatnya manusia tidak sedar air zam zam itu hasilnya dari tanah yang dipijak-pijak kaki sehingga terkeluar air daripadanya.
Yang diperisterikannya
Sesungguhnya manusia terkejar-kejar mencari wanita yang tercantik untuk diperisterikannya. Namun pada hakikatnya manusia tidak sedar apa yang dicari sebenarnya hanyalah sebuah lubang kencing, tempat hina yang ada pada manusia.
Yang dipakainya
Sesungguhnya pakaian yang paling diidami manusia adalah sutera. Namun pada hakikatnya manusia tidak sedar sutera itu diperbuat daripada air liur seekor ulat yang dipandang jijik oleh kita.
Yang ditungganginya
Sesungguhnya manusia berlumba-lumba mencari kenderaan yang terhebat, tercanggih dan tercantik di dunia. Namun pada hakikatnya manusia tidak sedar kenderaan itulah yang menjadi peratus tertinggi punca kematian mereka di jalan raya.
Yang diciumnya
Sesungguhnya wangian yang paling baik sekali di dunia adalah kasturi putih yang cukup menggoda. Namun pada hakikatnya manusia tidak sedar wangian itu hasilnya daripada darah yang kita cukup mual dari seekor kijang saja.
Makanya sedarlah manusia apa yang dikejari tatkala di dunia semuanya perkara paling hina pada sisi manusia. Tak ada baiknya. Sehinggakan disebut dunia ini dan seluruh isinya tidak langsung punya nilainya jika tidak ada kalimah 'Lailahaillah' tertegak di dalamnya.
Dan sesungguhnya dunia itu tampak indah di mata, namun pada hakikatnya dunia itu penuh tipu daya.
notadisiku.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan