![]() |
| arterimalaysian.com |
Kebiasaannya selepas kita memasak, terutamanya masakan yang dikeringkan atau bekas masakan yang hangus, biasanya pada permukaan kuali atau periuk terdapat sisa masakan yang kering dan mendap yang susah dibersihkan.
Tuan/puan bolehlah mencuba petua ini. Inysaallah ia boleh membantu memudahkan kerja-kerja untuk membersihkan kerak yang melekat pada bekas masakan tadi.
Terlebih dahulu, tuangkan air panas pada bekas kuali atau periuk. Kemudian masukkan sedikit garam kedalamnya, lalu dimasak hingga air mendidih. Selepas itu teruslah membersihkan kuali atau periuk tadi seperti biasa. Insyaallah Kerak yang melekat tadi dapat dibersihkan dengan mudah.
Selamat mencuba.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan