"Carilah dunia sekadar keperluanmu nescaya engkau akan merasa kemanisan akhirat" - "Janganlah terlalu berharap kepada sesuatu yang belum pasti, kelak engkau akan kecewa sekiranya tidak kesampaian " - "Janganlah kita berbangga dengan apa yang dimiliki segala yang ada didunia ini adalah milik Allah S.W.T. Kita cuma meminjamnya seketika" - "Teguran dengan cara yang lembut itu adalah lebih berkesan dari menggunakan kekerasan" - "Jadilah seperti air yang dapat menyejukkan dan janganlah menjadi api yang sentiasa memanaskan" - "Buatlah sesuatu itu dengan keikhlasan nescaya engkau akan terasa kemanisannya" - "Berusahalah untuk melembutkan hatimu nescaya hatimu akan hidup semula" - "Permudahkanlah urusan saudara-saudaramu, nescayalah Allah akan mempermudahkan urusanmu" - "Hindarilah diri dari sifat tergopoh gapah kerana ianya akan menghapuskan sifat sabar" - "Jangan engkau berdebat dengan orang yang jahil kerana ia mungkin akan merosakkan akhlakmu" - "Jika engkau melihat keburukan seseorang nescaya jiwamu tidak akan tenteram kerana engkau akan membencinya, maka lihatlah kebaikannya" - "Janganlah engkau memecut kenderaan untuk mengejar lampu isyarat hari ini, kerana esok, lusa dan seterusnya engkau tetap juga akan menempuhnya" - " Bersyukurlah Jika kita berada dalam kemiskinan, kerana ianya akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah " - "Tuntutlah ilmu selagi kita masih hidup, kerana menuntut ilmu itu wajib" - "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" - "Cara yang terbaik ketika berhadapan dengan orang yang sedang marah ialah dengan berdiam" - "Jika engkau mencintai dunia nescaya akhirat akan membencimu dan jika engkau mencintai akhirat nescaya akhirat akan membencimu" - "Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah. (HR. Al-Baihaqi)" - "Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang paling baik akhlaknya – Bukhari dan Muslim" – "Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak." - "Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu" - "Salah satu rahsia untuk kekal sihat ialah dengan sentiasa berwajah manis" - "Untuk berjaya antaranya janganlah sesekali membaca buku-buku yang boleh menimbulkan prasangka buruk, putus asa dan hilang harapan" - "Sesungguhnya Ibu dan Bapa kita hanya ada satu didunia ini, maka hargailah mereka sementara mereka masih ada" - "Ingatlah bahawa tiada rezeki yang datang bergolek" - "Belajarlah mengasihi kucing kerana ianya adalah kesayangan Nabi Muhammad SAW " - "Orang yang rajin berfikir mempunyai sehingga 1,000,000,000,000 sel otak. Semakin kerap kita berfikir semakin banyak sel otak terbentuk" - "Janganlah sekali-sekali kita mengkhianati janji yang telah kita buat kerana disitu terletak nilai peribadi kita" - "Sayangilah kedua Ibubapa mu, nescaya Allah akan menyayangimu" - "Setiap tindakan kita umpama membaling bola kelangit, semakin kuat kita membalingnya maka semakin kuat ia mendapatkan kita semula" - "Tiada sesuatu pun yang kekal di alam ini semuanya akan musnah melaikan Allah" - "Tiadalah yang lebih membahagiakan jiwa kedua Ibubapa selain daripada melihat anak-anaknya mentaati suruhan Allah" - "Salam Sejahtera & Selamat Datang Kepada Adik-adik Semoga Sentiasa Ceria” - "Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang lemah lembut terhadap semua orang" - "Berbuatbaiklah kepada kedua Ibu Bapa nescaya Allah akan menyayangimu" - "Beruang membesar melebihi berat manusia. Tetapi berat anak beruang yang baru dilahirkan lebih kecil daripada tikus" - "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga""Hiduplah bersama Al'Quran baik dengan menghafal, membaca dan mendengarnya kerana ia adalah penawar yang paling mujarab bagi menghilangkan kesedihan dan kedukaan" - "Ingatlah sehari selembar benang lama kelamaan akan menjadi kain juga" - "Carilah sesuatu itu kerana keperluan dan bukannya kemahuan" - "Tahukah anda bahawa buah tomato boleh menawarkan rasa garam didalam masakan" - "Ingatlah ketika kita marah sebenarnya syaitan sedang bersorak dan bertepuk tangan melihat gelagat kita" - "Mendapat sesuatu yang sedikit itu lebih baik daripada tiada langsung" - "Ketahuilah bahawa sebahagian dari perlakuan anak-anak itu adalah cermin kita" - "Terlalu bergantung dengan ubat antibiotik akan melemahkan sistem pertahanan badan semula jadi" - "Sedarilah bahawa pengorbanan seorang Ibu itu terlalu tinggi hingga sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri, asalkan anaknya bahagia" - "Hargailah setiap pemberian itu dengan sebaik-baiknya walaupun ianya tidak menggembirakan namun sekurang-kurangnya ia menggembirakan hati sipemberinya" - "Sebaik-baik pekerja ialah orang yang kurang bercakap tetapi banyak bekerja" - "Banyak kesilapan yang kita lakukan hasil daripada kecelaruan minda kita sendiri" - "Niatkanlah sesuatu pekerjaan yang baik itu kerana Allah nescaya kita akan memperolehi keuntungan untuk dan akhirat" - "Untuk mencipta Rumahku Syurgaku sememangnya amat payah sehinggakan ramai yang berputus asa dan membiarkan sahaja bahtera kehidupannya hanyut dibawa arus" - "Jika engkau diuji dengan kesedihan maka bersabarlah, kerana kemungkinan Allah ingin memberikan sesuatu yang mengembirakan engkau" - "Pastikan anda membuka tingkap terlebih dahulu sebelum memasuki kereta yang terjemur kerana udara panasnya mengandungi toksid yang merbahaya" - "Janganlah engkau mengguris hati kedua Ibu Bapa mu sekalipun dengan perkataan AH" - "Permudahkanlah urusan seseorang nescaya Allah akan permudahkan urusanmu" - "Kahwinilah seseorang itu kerana Agamanya" - "Sesungguhnya bersedekah itu akan menambahkan rezeki & menghindarkan dari penyakit" -"Jika kekayaan yang dicari nescaya engkau tidak akan pernah merasa cukup melainkan dengan bersyukur dengan apa yang sedang berada ditanganmu" - "Ingatlah bahawa matlamat sebenarnya hidupnya kita didunia ini tidak lain hanyalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah" - "Jika selama ini kita menjadi orang yang banyak menerima, maka jadilah pula kita sebagai orang yang banyak memberi" - "Ketahuilah bahawa harta dunia yang banyak akan hanya menyukarkan perjalanan ke Syurga diakhirat kelak" - " - "Jika kamu mengejar dunia nescaya kamu akan letih kerana dunia akan terus berlari mempermain-main kamu" - "Seseorang itu tidak akan mendapat ketenangan dalam hidupnya selagi terdapat sikap ego walaupun sedikit" - "Salah satu cara untuk mengenali situasi jiwa seseorang ialah dengan cara melihat bagaimana ia memandu kenderaannya" - "Orang yang rakus tidak akan memperolehi ketenangan dalam hidupnya" - "Sedekat-dekat manusia dengan Allah ialah ketika sujudnya" - "Ketika engkau berada dalam kesusahan, maka janganlah berduka, kerana sesunggunya pada ketika itu ada insan yang lebih susah darimu" - "Ucapkan Allhamdullah setiap kali bangun dari tidur kerana kita masih lagi diberi peluang melihat dunia" - "Hidup ini hanyalah sementara, maka carilah sesuatu didalamnya yang boleh dibawa untuk Akhirat" - "Janganlah bersedih kerana setiap kesengsaraan itu adalah ujian dari Allah yang akan menaikkan darjat kita disisinya." - “Salam Sejahtera Dan Selamat Datang Kepada Pengunjung-pengunjung Semoga Sentiasa Diberkati Allah SWT”

YANG MENARIK

Rujukan Semasa

Untuk Pembelian Rumah Mesra Rakyat SPNB Dail 1300-80-3838

Kosmo Online

TAJUK PILIHAN

07 Januari 2011

Awas Dengan Penggunaan Bahan Pewarna Di Pasaran

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa semua bahan atau benda di sekeliling kita akan kelihatan menarik jika mempunyai warna. Baik bahan makanan, minuman mahupun alat solek. Tidak hairanlah jika seorang kanak-kanak akan tertarik apabila melihat makanan atau minuman ringan yang dijual di pasaraya atau kedai runcit disediakan dalam pelbagai warna. Malah orang dewasa pun mudah terpesona apabila terpandang barangan yang bewarna-warni meskipun ia adalah pewarna tiruan.


Hal ini disedari oleh ibu bapa khususnya yang mempunyai anak kecil. Setiap kali mereka membawa anak kecil mengunjungi pasaraya atau singgah di stesen minyak, makanan atau minuman ringan yang dijual dalam pelbagai warna menjadi daya penarik yang membuatkan kanak-kanak tidak mahu berganjak dari tempat yang menjualnya atau memperagakannya.

Puan Amira (bukan nama sebenar) dan suaminya merupakan antara ibu bapa yang mengalami masalah itu. Walaupun mereka faham yang anak kecil mereka masih mentah dan tidak memahami bahaya pengambilan makanan atau minuman ringan yang mengandungi pewarna tiruan, mereka terpaksa akur dengan kehendak anak kecil itu.

“Sekali-sekala, takpa agaknya”, fikir mereka setiap kali berhadapan dengan kedegilan anak kecil mereka itu.

Sebenarnya ibu bapa mengelak anak-anak mereka mengambil makanan, gula-gula atau minuman mengandungi bahan campuran yang boleh menyebabkan anak kecil mengalami masalah kelakuan termasuk panas baran dan kurang daya tumpuan.

Akhbar Daily Mail melaporkan, kajian yang dibiayai Agensi Piawaian Makanan Britain (FSA) turut mengaitkan bahan campuran itu sebagai punca reaksi alahan dan menyebabkan lelah dan ruam.

Kajian sekumpulan penyelidik Universiti Southampton itu hanya mengesahkan lagi kajian awal yang mendakwa bahan campuran itu boleh menyebabkan alahan.

Selain mengkaji kesan penggunaan warna tiruan dalam makanan, penyelidik juga melihat kesan bahan pengawet natrium benzoate (E211) yang lazim digunakan dalam minuman ringan.

Profesor Vyvyan Howard dari Universiti Ulster dan penasihat FSA menggesa ibu bapa dan pengeluar makanan supaya melindungi generasi muda.

“Ia sepatutnya tidak digunakan kerana bahan itu sememangnya tidak mempunyai sebarang nilai dari segi khasiat. Jadi, mengapakah ia perlu digunakan?

“Peraturan ketat yang mengharamkan penggunaan bahan itu bagi kanak-kanak bawah usia setahun sememangnya wujud. Ini disebabkan otak dan sistem saraf penting sedang terbentuk ketika usia setahun”, katanya.

Beberapa syarikat pengeluar makanan utama sudahpun memberi reaksi berikutan banyak bukti menunjukkan kesan penggunaan bahan kimia tiruan bertujuan memastikan produk mereka lebih menarik.

Kebanyakkan firma peruncit di Britain dilaporkan mengkaji semula dasar mereka mengenai kehadiran pewarna dalam makanan berikutan tekanan penduduk. (Sumber: Berita Harian, 10 Mei 2007).

Kementerian kesihatan telah mengharamkan penggunaan pewarna Red 2G dalam makanan. Pewarna beracun ini digunakan untuk mewarnakan daging dalam burger.

Menurut pihak Kementerian berkenaan, makanan yang mengandungi pewarna tersebut yang telah berada di pasaran, masih boleh dijual. Penjual atau pengedar dinasihatkan agar menarik daripada pasaran makanan yang mengandungi Red 2G secara sukarela, makanan dengan tarikh luput bleh dijual sehingga tamat tempohnya dan tempoh tiga bulan diberikan untuk menarik makanan dari tarikh luput.

Kerajaan Malaysia mengharamkan pewarna makanan itu selepas ia diharamkan oleh Kesatuan Eropah (EU) pada 27 Julai 2007.

Pewarna Red 2G boleh memetabolisme kepada aniline dan hasil uji kaji mendapati ia boleh merosakkan bahan genetik dalam sel-sel lalu membentuk kanser.

Tindakan mengharamkan pewarna Red 2G sebenarnya diambil agak leawat kerana ia telah lama diharamkan di Negara-negara seperti Australia, Austria, Belgium, Denmark, Jepun, Switzerland, New Zealand dan Amerika.

Terdapat beberapa pewarna makanan yang diisytiharkan tidak selamat dan diharamkan di tempat lain tetapi dibenarkan di Malaysia. Antaranya:

Allura Red- Dilarang diseluruh Komuniti Eropah.
Amaranth- Diharamkan di Austia, Jepun, Norway, Rusia, Sweeden dan Amerika.
Briliant Blue- Diharamkan di Austria, Belgium, Perancis, Jerman, Norway, Switzerland, Sweeden dan Amerika.
Brown HT- Diharamkan di Austria, Belgium, Denmark, Perancis, Jerman, Norway, Switzerland, Sweeden dan Amerika.
Carmoisine- Diharamkan di Austria, Jepun, Norway, Sweeden dan Amerika.
Erythrosine- Diharamkan di Norway.
Green S – Diharamkan di Kanada, Norway Sweeden dan Amerika.
Indigo Carmine- diharamkan di Norway
Ponceau 4R- Diharamkan di Kanada, Norway dan Amerika.
Quinoline Yellow- Diharamkan di Jepun, Norway dan Amerika
Sunset Yellow- Diharamkan di Findland, Norway dan United Kigdom.
Tarrazine- Diharamkam di Austria, Findland dan Norway.

Kenapa ia digunakan

Pewarna digunakan dalam makanan atau minuman untuk tujuan berikut:
• Mengimbangi warna yang hilang
• Memperbetulkan variasi warna asli
• Mempertingkatkan warna asli
• Memberi Identiti beraneka warna
• Memberi impak beraneka warna

Dalam satu tinjauan yang dijalankan tahun lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Mendapati pelbagai bahan pewarna dan jenama berbeza, untuk pewarna makanan diletakkan di rak kedai runcit.  Pewarna ini terdapat dalam botol kaca kecil atau tiub plastik dan dilabelkan dengan cara di mana pengguna biasa tidak dapat membezakan pewarna untuk makanan (pewarna yang digredkan untuk makanan) daripada bahan pewarna jenis lain.

Di sebuah kedai, CAP mendapati bahan pewarna untuk makanan dan bukan untuk untuk makanan diletakkan berdekatan antara satu sama lain. Kedua-dua jenis pewarna itu dikeluarkan oleh kilang yang sama. Produk ini menggunakan label yang hampir sama. Tulisan ‘Pewarna untuk makanan’ dan juga ‘Tidak boleh dimakan’ dalam saiz kecil menyebabkan ia tanda amaran ini terlepas perhatian daripada pembeli.

Dalam kes tertentu, label pada bekas tidak memberikan sebarang petunjuk bagi warna atau tujuan warna itu digunakan. Sesetengah pewarna yang dibungkus dalam tiub plastik tidak mempunyai sebarang label atau tanda. Apabila ditanya kepada penjual, mereka hanya mengatakan bahan pewarna ini adalah untuk mewarnakan jeli.

Menurut peraturan di bawah Akta Makanan 1983, setiap bungkusan mengandungi sebarang bahan pewarna sintetik yang diimport, dikeluarkan atau diiklankan untuk jualan, atau dijual atau untuk digunakan bagi mewarnkan makanan mestilah dilabel dengan nombor indeks warna. Dalam kes campuran atau sediaan pewarna, nama biasa bagi warna dan jumlah peratus bahagian warna yang terdapat dalam sediaan itu perlu dinyatakan pada label.

CAP juga mendapati pelbagai makanan yang diproses untuk kanak-kanak dalam warna yang amat terang dan dengan bungkusan yang menarik perhatian pengguna. Beberapa pewarna, walaupun pada masa ini dibenarkan oleh undang-undang, telahpun menunjukkan menjadi punca kepada kesan sampingan kesihatan. Penggunaan bahan ini oleh kanak-kanak menjejaskan mereka.

Ibu bapa mungkin tidak menyedari potensi bahaya beberapa bahan penambah ini terhadap anak-anak mereka. Masalah ini diburukkan lagi oleh hakikat bahawa pengeluar makanan tidak dikehendki oleh undang-undang untuk menyenaraikan nama biasa pewarna atau untuk perkara  itu nama biasa bagi banyak bahan penambah lain yang digunakan. Mereka dengan mudah menggunakan ayat seperti ‘Pewarna makanan yang dibenarkan’.

Banyak jenama daun teh juga diketahui mengandungi bahan pewarna, amalan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang. Satu daripada pengeluar teh yang dihubungi mengakui mereka menambah pewarna dan menyalahkan pengguna kerana lebih sukakan warna itu.

Satu-satunya pewarna makanan digunakan dalam makanan yang diproses ialah untuk menjadikannya lebih menarik kepada pelanggan. Pewarna tidak menyumbang apa-apa kepada nilai pemakanan bagi sebarang makanan. Bahan kimia ini  adalah bahan bukan makanan yang dimasukkan kedalam makanan. Kebanyakkan daripadanya boleh menjejaskan kesihatan dan ini termasuk bahan penambah kimia yang diluluskan oleh pihak yang berkuasa. Contohnya tartrazine (pewarna kuning-jingga) berkemungkinan agen penyebab kanser dan boleh meningkatkan hiperaktif dikalangan kanak-kanak. Ia juga dikaitkan dengan alergi, ruam, bengkak, hidung berair dan mata merah.

Sunset Yellow FCF (pewarna merah jingga) berkemugkinan agen karsinogenik serta dikaitkan dengan hiperaktif dala kalangan kanak-kanak. Ia juga mampu menyebabkan kerosakan gigi kromosom dan tindak balas arlegi.

Ponceau 4R (Pewarna merah terang hingga merah gelap) diketahui menyebabka kanser, bengkak tisu, arlegi dan asama. Ia juga boleh merendahkan bilangan sel  darah merah dan kepekatan hemoglobin. Bahan pewarna ini telahpun diharamkan di amerika Syarikat dan banyak Negara Eropah.
ANTARA BAHAN ASLI UNTUK PEWARNA
• Bunga telang
• Daun pandan
• Ubi bit
• Kunyit

Sumber : Majalah Aniqah  (Zarinah Othman)

Tiada ulasan: