"Carilah dunia sekadar keperluanmu nescaya engkau akan merasa kemanisan akhirat" - "Janganlah terlalu berharap kepada sesuatu yang belum pasti, kelak engkau akan kecewa sekiranya tidak kesampaian " - "Janganlah kita berbangga dengan apa yang dimiliki segala yang ada didunia ini adalah milik Allah S.W.T. Kita cuma meminjamnya seketika" - "Teguran dengan cara yang lembut itu adalah lebih berkesan dari menggunakan kekerasan" - "Jadilah seperti air yang dapat menyejukkan dan janganlah menjadi api yang sentiasa memanaskan" - "Buatlah sesuatu itu dengan keikhlasan nescaya engkau akan terasa kemanisannya" - "Berusahalah untuk melembutkan hatimu nescaya hatimu akan hidup semula" - "Permudahkanlah urusan saudara-saudaramu, nescayalah Allah akan mempermudahkan urusanmu" - "Hindarilah diri dari sifat tergopoh gapah kerana ianya akan menghapuskan sifat sabar" - "Jangan engkau berdebat dengan orang yang jahil kerana ia mungkin akan merosakkan akhlakmu" - "Jika engkau melihat keburukan seseorang nescaya jiwamu tidak akan tenteram kerana engkau akan membencinya, maka lihatlah kebaikannya" - "Janganlah engkau memecut kenderaan untuk mengejar lampu isyarat hari ini, kerana esok, lusa dan seterusnya engkau tetap juga akan menempuhnya" - " Bersyukurlah Jika kita berada dalam kemiskinan, kerana ianya akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah " - "Tuntutlah ilmu selagi kita masih hidup, kerana menuntut ilmu itu wajib" - "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" - "Cara yang terbaik ketika berhadapan dengan orang yang sedang marah ialah dengan berdiam" - "Jika engkau mencintai dunia nescaya akhirat akan membencimu dan jika engkau mencintai akhirat nescaya akhirat akan membencimu" - "Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah. (HR. Al-Baihaqi)" - "Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang paling baik akhlaknya – Bukhari dan Muslim" – "Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak." - "Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu" - "Salah satu rahsia untuk kekal sihat ialah dengan sentiasa berwajah manis" - "Untuk berjaya antaranya janganlah sesekali membaca buku-buku yang boleh menimbulkan prasangka buruk, putus asa dan hilang harapan" - "Sesungguhnya Ibu dan Bapa kita hanya ada satu didunia ini, maka hargailah mereka sementara mereka masih ada" - "Ingatlah bahawa tiada rezeki yang datang bergolek" - "Belajarlah mengasihi kucing kerana ianya adalah kesayangan Nabi Muhammad SAW " - "Orang yang rajin berfikir mempunyai sehingga 1,000,000,000,000 sel otak. Semakin kerap kita berfikir semakin banyak sel otak terbentuk" - "Janganlah sekali-sekali kita mengkhianati janji yang telah kita buat kerana disitu terletak nilai peribadi kita" - "Sayangilah kedua Ibubapa mu, nescaya Allah akan menyayangimu" - "Setiap tindakan kita umpama membaling bola kelangit, semakin kuat kita membalingnya maka semakin kuat ia mendapatkan kita semula" - "Tiada sesuatu pun yang kekal di alam ini semuanya akan musnah melaikan Allah" - "Tiadalah yang lebih membahagiakan jiwa kedua Ibubapa selain daripada melihat anak-anaknya mentaati suruhan Allah" - "Salam Sejahtera & Selamat Datang Kepada Adik-adik Semoga Sentiasa Ceria” - "Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang lemah lembut terhadap semua orang" - "Berbuatbaiklah kepada kedua Ibu Bapa nescaya Allah akan menyayangimu" - "Beruang membesar melebihi berat manusia. Tetapi berat anak beruang yang baru dilahirkan lebih kecil daripada tikus" - "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga""Hiduplah bersama Al'Quran baik dengan menghafal, membaca dan mendengarnya kerana ia adalah penawar yang paling mujarab bagi menghilangkan kesedihan dan kedukaan" - "Ingatlah sehari selembar benang lama kelamaan akan menjadi kain juga" - "Carilah sesuatu itu kerana keperluan dan bukannya kemahuan" - "Tahukah anda bahawa buah tomato boleh menawarkan rasa garam didalam masakan" - "Ingatlah ketika kita marah sebenarnya syaitan sedang bersorak dan bertepuk tangan melihat gelagat kita" - "Mendapat sesuatu yang sedikit itu lebih baik daripada tiada langsung" - "Ketahuilah bahawa sebahagian dari perlakuan anak-anak itu adalah cermin kita" - "Terlalu bergantung dengan ubat antibiotik akan melemahkan sistem pertahanan badan semula jadi" - "Sedarilah bahawa pengorbanan seorang Ibu itu terlalu tinggi hingga sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri, asalkan anaknya bahagia" - "Hargailah setiap pemberian itu dengan sebaik-baiknya walaupun ianya tidak menggembirakan namun sekurang-kurangnya ia menggembirakan hati sipemberinya" - "Sebaik-baik pekerja ialah orang yang kurang bercakap tetapi banyak bekerja" - "Banyak kesilapan yang kita lakukan hasil daripada kecelaruan minda kita sendiri" - "Niatkanlah sesuatu pekerjaan yang baik itu kerana Allah nescaya kita akan memperolehi keuntungan untuk dan akhirat" - "Untuk mencipta Rumahku Syurgaku sememangnya amat payah sehinggakan ramai yang berputus asa dan membiarkan sahaja bahtera kehidupannya hanyut dibawa arus" - "Jika engkau diuji dengan kesedihan maka bersabarlah, kerana kemungkinan Allah ingin memberikan sesuatu yang mengembirakan engkau" - "Pastikan anda membuka tingkap terlebih dahulu sebelum memasuki kereta yang terjemur kerana udara panasnya mengandungi toksid yang merbahaya" - "Janganlah engkau mengguris hati kedua Ibu Bapa mu sekalipun dengan perkataan AH" - "Permudahkanlah urusan seseorang nescaya Allah akan permudahkan urusanmu" - "Kahwinilah seseorang itu kerana Agamanya" - "Sesungguhnya bersedekah itu akan menambahkan rezeki & menghindarkan dari penyakit" -"Jika kekayaan yang dicari nescaya engkau tidak akan pernah merasa cukup melainkan dengan bersyukur dengan apa yang sedang berada ditanganmu" - "Ingatlah bahawa matlamat sebenarnya hidupnya kita didunia ini tidak lain hanyalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah" - "Jika selama ini kita menjadi orang yang banyak menerima, maka jadilah pula kita sebagai orang yang banyak memberi" - "Ketahuilah bahawa harta dunia yang banyak akan hanya menyukarkan perjalanan ke Syurga diakhirat kelak" - " - "Jika kamu mengejar dunia nescaya kamu akan letih kerana dunia akan terus berlari mempermain-main kamu" - "Seseorang itu tidak akan mendapat ketenangan dalam hidupnya selagi terdapat sikap ego walaupun sedikit" - "Salah satu cara untuk mengenali situasi jiwa seseorang ialah dengan cara melihat bagaimana ia memandu kenderaannya" - "Orang yang rakus tidak akan memperolehi ketenangan dalam hidupnya" - "Sedekat-dekat manusia dengan Allah ialah ketika sujudnya" - "Ketika engkau berada dalam kesusahan, maka janganlah berduka, kerana sesunggunya pada ketika itu ada insan yang lebih susah darimu" - "Ucapkan Allhamdullah setiap kali bangun dari tidur kerana kita masih lagi diberi peluang melihat dunia" - "Hidup ini hanyalah sementara, maka carilah sesuatu didalamnya yang boleh dibawa untuk Akhirat" - "Janganlah bersedih kerana setiap kesengsaraan itu adalah ujian dari Allah yang akan menaikkan darjat kita disisinya." - “Salam Sejahtera Dan Selamat Datang Kepada Pengunjung-pengunjung Semoga Sentiasa Diberkati Allah SWT”

YANG MENARIK

Rujukan Semasa

Untuk Pembelian Rumah Mesra Rakyat SPNB Dail 1300-80-3838

Kosmo Online

TAJUK PILIHAN

27 Januari 2011

Kerosakan Buah Pinggang

Kerosakan Buah Pinggang

Berdasarkan laporan ke-14, daftar dialisis dan pemindahan Malaysia 2006, terdapat lebih kurang 57 peratus daripada kerosakan buah pinggang yang teruk adalah disebabkan oleh diabetes dua. Jika tidak dikesan dan dirawat, keadaan ini akan meyebabkan kegagalan buah pinggang dan akhirnya kematian.

Lebih daripada 3,000 orang rakyat Malaysia didiagnosis dengan kegagalan buah pinggang peringkat terakhir pada setiap tahun. Malah hari ini, lebih daripada 15,000 orang rakyat  Malaysia dikatakan bergantung kepada mesin dialisis dan bilangan ini akan meningkat kepada 20,000 menjelang tahun 2010. Bagi memperolehi cara yang selamat dan berkesan untuk mengurangkan komplikasi serius akibat diabetes, kajian klinikal untuk mengkaji  pengurangan intensif gula dalam darah terhadap pesakit Diabetes jenis ke-2 telah dijalankan.

Rawatan kombinasi.
Kajian daripada bahagian kedua ADVANCE (Tindakan dalam Diabetes dan Penyakit Vaskular) adalah kajian klinikal terbesar yang pernah dilakukan terhadap pesakit-pesakit yang menghidap Diabetes jenis 2. Lebih daripada 11,000 pesakit-pesakit diabetes ini telah dipilih secara rawak bagi menjalani kajian klinikal yang melibatkan 215 buah pusat klinikal di seluruh Asia dari 20 buah negara (Asia, Australasia, Eropah dan Amerika Utara). Di Malaysia sendiri, terdapat lima buah pusat klinikal di Malaysia yang terlibat dalam kajian ADVANCE. Majoriti pesakit dalam kajian ini menerima empat biji tablet ‘gliclazide MR’ (modified release), bersama ubat-ubatan lain untuk gula dalam darah lain, pada setiap hari. Objektif kombinasi rawatan ini adalah untuk mencapai tahap bacaan haemoglobin A1c (HbA1c), sukatan gula dalam darah yang sama atau kurang daripada 6.5 peratus. Hasil kajian bahagian kedua pengurangan intensif gula dalam darah telah dibentangkan buat kali pertamanya di American Diabetes Aassociation Scientific pada 6 Jun 2008 di San Francisco.

Pengurangan tahap gula dalam darah secara perlahan.  Menurut Perunding Kanan Pakar Endokrinologi, Profesor Chan Siew Pheng, kakian daripada bahagian kedua ADVANCE ini telah membuktikan bahawa mengurangkan tahap gula dalam darah secara perlahan kepada 6.5 peratus (HbA1c) merupakan cara yang selamat dan berkesan untuk mengurangkan komplikasi serius  akibat diabetes, terutama risiko penyakit buah pinggan, seramai 21 peratus. Risiko penyakit buah pinggang akibat diabetes adalah yang paling serius dan melumpuhkan sehingga boleh membawa kepada satu kematian dalam lima pesakit diabetes. Selain itu dalam laporan itu juga pengurangan sebanyak 30 peratus dalam kes-les penemuan protein dalam air kencing.  Profesor Chan juga memberitahu bahawa ADVANCE juga membuktikan bahawa secara  keseluruhan, komplikasi dan risiko diabetes yang serius juga dapat dikurangkan sehingga 10 peratus dengan 12 peratus pengurangan dalam risiko kardiovaskular. Keputusan kajian tersebut amat penting kerana menurut Profesor Chan terdapat peningkatan yang konsisten dalam penyakit buah pinggang di kalangan rakyat Malaysia.  Kadar kematian telah dapat dikurangkan.  Kajian ADVANCE juga amat penting kerana hampir 300 rakyat Malaysia terlibat. Menurut Perunding Kanan Pakar Endokrinologi, Profesor Dato’ Wan Mohamad, kepelbagaian kaum, gaya hidup, latar belakang dan persekitaran pesakit bukan sahaja akan memudahkan ekstrapolasi hasil kajian kepada amalan klinikal sedunia tetapi ia juga mempunyai kesan langsung terhadap rakyat Malaysia.  Keputusan bagi bahagian pertama ADVANCE telah diterbitkan pada bulan September 2007 dan telah menerima maklum balas yang positif daripada frateniti perubatan tempatan. Jesteru itu, ramai pakar perubatan tidak sabar untuk mengetahui keputusan bahagian kedua kajian ADVANCE.  Tambah Profesor Wan, bahagian pertama kajian ADVANCE adalah bertujuan untuk mengkaji kesan gabungan komposisi ‘perindopril’ dan ‘indapamide’, yang merupakan rawatan masa kini untuk hipertensi, bagi menurunkan tekanan darah di kalangan pesakit diabetes jenis 2. Keputusannya menunjukkan bahawa kadar kelangsungan hidup yang meningkat dan mengurangkan penyakit hati dna buah pinggang dalam diabetes.  Katanya lagi jumlah kadar kematian telah dapat dikurangkan sebanyak 14 peratus dan risiko kematian kardiovaskular dikurangkan kepada 18 peratus. Ini bermakna, satu kematian dapat dielakkan untuk setiap 79 orang pesakit yang dirawat dengan gabungan tetap ‘perindopil’ dan ‘indapamide’ dalam tempoh lima tahun.  Nota -: Untuk maklumat lanjut tentang kajian ADVANCE dan perkembangan kajian ini, sila layari 

laman www.advance –trial.com

www.sabah.org.my

Tiada ulasan: