"Carilah dunia sekadar keperluanmu nescaya engkau akan merasa kemanisan akhirat" - "Janganlah terlalu berharap kepada sesuatu yang belum pasti, kelak engkau akan kecewa sekiranya tidak kesampaian " - "Janganlah kita berbangga dengan apa yang dimiliki segala yang ada didunia ini adalah milik Allah S.W.T. Kita cuma meminjamnya seketika" - "Teguran dengan cara yang lembut itu adalah lebih berkesan dari menggunakan kekerasan" - "Jadilah seperti air yang dapat menyejukkan dan janganlah menjadi api yang sentiasa memanaskan" - "Buatlah sesuatu itu dengan keikhlasan nescaya engkau akan terasa kemanisannya" - "Berusahalah untuk melembutkan hatimu nescaya hatimu akan hidup semula" - "Permudahkanlah urusan saudara-saudaramu, nescayalah Allah akan mempermudahkan urusanmu" - "Hindarilah diri dari sifat tergopoh gapah kerana ianya akan menghapuskan sifat sabar" - "Jangan engkau berdebat dengan orang yang jahil kerana ia mungkin akan merosakkan akhlakmu" - "Jika engkau melihat keburukan seseorang nescaya jiwamu tidak akan tenteram kerana engkau akan membencinya, maka lihatlah kebaikannya" - "Janganlah engkau memecut kenderaan untuk mengejar lampu isyarat hari ini, kerana esok, lusa dan seterusnya engkau tetap juga akan menempuhnya" - " Bersyukurlah Jika kita berada dalam kemiskinan, kerana ianya akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah " - "Tuntutlah ilmu selagi kita masih hidup, kerana menuntut ilmu itu wajib" - "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" - "Cara yang terbaik ketika berhadapan dengan orang yang sedang marah ialah dengan berdiam" - "Jika engkau mencintai dunia nescaya akhirat akan membencimu dan jika engkau mencintai akhirat nescaya akhirat akan membencimu" - "Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah. (HR. Al-Baihaqi)" - "Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang paling baik akhlaknya – Bukhari dan Muslim" – "Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak." - "Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu" - "Salah satu rahsia untuk kekal sihat ialah dengan sentiasa berwajah manis" - "Untuk berjaya antaranya janganlah sesekali membaca buku-buku yang boleh menimbulkan prasangka buruk, putus asa dan hilang harapan" - "Sesungguhnya Ibu dan Bapa kita hanya ada satu didunia ini, maka hargailah mereka sementara mereka masih ada" - "Ingatlah bahawa tiada rezeki yang datang bergolek" - "Belajarlah mengasihi kucing kerana ianya adalah kesayangan Nabi Muhammad SAW " - "Orang yang rajin berfikir mempunyai sehingga 1,000,000,000,000 sel otak. Semakin kerap kita berfikir semakin banyak sel otak terbentuk" - "Janganlah sekali-sekali kita mengkhianati janji yang telah kita buat kerana disitu terletak nilai peribadi kita" - "Sayangilah kedua Ibubapa mu, nescaya Allah akan menyayangimu" - "Setiap tindakan kita umpama membaling bola kelangit, semakin kuat kita membalingnya maka semakin kuat ia mendapatkan kita semula" - "Tiada sesuatu pun yang kekal di alam ini semuanya akan musnah melaikan Allah" - "Tiadalah yang lebih membahagiakan jiwa kedua Ibubapa selain daripada melihat anak-anaknya mentaati suruhan Allah" - "Salam Sejahtera & Selamat Datang Kepada Adik-adik Semoga Sentiasa Ceria” - "Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang lemah lembut terhadap semua orang" - "Berbuatbaiklah kepada kedua Ibu Bapa nescaya Allah akan menyayangimu" - "Beruang membesar melebihi berat manusia. Tetapi berat anak beruang yang baru dilahirkan lebih kecil daripada tikus" - "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga""Hiduplah bersama Al'Quran baik dengan menghafal, membaca dan mendengarnya kerana ia adalah penawar yang paling mujarab bagi menghilangkan kesedihan dan kedukaan" - "Ingatlah sehari selembar benang lama kelamaan akan menjadi kain juga" - "Carilah sesuatu itu kerana keperluan dan bukannya kemahuan" - "Tahukah anda bahawa buah tomato boleh menawarkan rasa garam didalam masakan" - "Ingatlah ketika kita marah sebenarnya syaitan sedang bersorak dan bertepuk tangan melihat gelagat kita" - "Mendapat sesuatu yang sedikit itu lebih baik daripada tiada langsung" - "Ketahuilah bahawa sebahagian dari perlakuan anak-anak itu adalah cermin kita" - "Terlalu bergantung dengan ubat antibiotik akan melemahkan sistem pertahanan badan semula jadi" - "Sedarilah bahawa pengorbanan seorang Ibu itu terlalu tinggi hingga sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri, asalkan anaknya bahagia" - "Hargailah setiap pemberian itu dengan sebaik-baiknya walaupun ianya tidak menggembirakan namun sekurang-kurangnya ia menggembirakan hati sipemberinya" - "Sebaik-baik pekerja ialah orang yang kurang bercakap tetapi banyak bekerja" - "Banyak kesilapan yang kita lakukan hasil daripada kecelaruan minda kita sendiri" - "Niatkanlah sesuatu pekerjaan yang baik itu kerana Allah nescaya kita akan memperolehi keuntungan untuk dan akhirat" - "Untuk mencipta Rumahku Syurgaku sememangnya amat payah sehinggakan ramai yang berputus asa dan membiarkan sahaja bahtera kehidupannya hanyut dibawa arus" - "Jika engkau diuji dengan kesedihan maka bersabarlah, kerana kemungkinan Allah ingin memberikan sesuatu yang mengembirakan engkau" - "Pastikan anda membuka tingkap terlebih dahulu sebelum memasuki kereta yang terjemur kerana udara panasnya mengandungi toksid yang merbahaya" - "Janganlah engkau mengguris hati kedua Ibu Bapa mu sekalipun dengan perkataan AH" - "Permudahkanlah urusan seseorang nescaya Allah akan permudahkan urusanmu" - "Kahwinilah seseorang itu kerana Agamanya" - "Sesungguhnya bersedekah itu akan menambahkan rezeki & menghindarkan dari penyakit" -"Jika kekayaan yang dicari nescaya engkau tidak akan pernah merasa cukup melainkan dengan bersyukur dengan apa yang sedang berada ditanganmu" - "Ingatlah bahawa matlamat sebenarnya hidupnya kita didunia ini tidak lain hanyalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah" - "Jika selama ini kita menjadi orang yang banyak menerima, maka jadilah pula kita sebagai orang yang banyak memberi" - "Ketahuilah bahawa harta dunia yang banyak akan hanya menyukarkan perjalanan ke Syurga diakhirat kelak" - " - "Jika kamu mengejar dunia nescaya kamu akan letih kerana dunia akan terus berlari mempermain-main kamu" - "Seseorang itu tidak akan mendapat ketenangan dalam hidupnya selagi terdapat sikap ego walaupun sedikit" - "Salah satu cara untuk mengenali situasi jiwa seseorang ialah dengan cara melihat bagaimana ia memandu kenderaannya" - "Orang yang rakus tidak akan memperolehi ketenangan dalam hidupnya" - "Sedekat-dekat manusia dengan Allah ialah ketika sujudnya" - "Ketika engkau berada dalam kesusahan, maka janganlah berduka, kerana sesunggunya pada ketika itu ada insan yang lebih susah darimu" - "Ucapkan Allhamdullah setiap kali bangun dari tidur kerana kita masih lagi diberi peluang melihat dunia" - "Hidup ini hanyalah sementara, maka carilah sesuatu didalamnya yang boleh dibawa untuk Akhirat" - "Janganlah bersedih kerana setiap kesengsaraan itu adalah ujian dari Allah yang akan menaikkan darjat kita disisinya." - “Salam Sejahtera Dan Selamat Datang Kepada Pengunjung-pengunjung Semoga Sentiasa Diberkati Allah SWT”

YANG MENARIK

Rujukan Semasa

Untuk Pembelian Rumah Mesra Rakyat SPNB Dail 1300-80-3838

Kosmo Online

TAJUK PILIHAN

15 Mac 2011

Kanak-kanak Lambat Bercakap

Lambat Bercakap

KANAK - KANAK YANG LAMBAT BERCAKAP      

Ada lima faktor penting yang memainkan peranan utama dalam menentukan bahawa 

perkembangan pertuturan berjalan dengan memuaskan. Faktor - faktor tersebut ialah

1. Ketiadaan kecacatan akal.
2. Pendengaran yang baik.
3. Ketiadaan kecacatan fizikal seperti yang timbul daripada gangguan urat 
saraf.
4. Perkembangan emosi yang sihat.
5. Persekitaran dan stimulasi yang memuaskan.

Kanak -kanak yang cacat akalnya memang selalu lambat bercakap. Selalu terdapat kanak -kanak yang berumur empat tahun yang cacat akal hanya mencapai tahap bahasa seakan -akan kanak -kanak yang berumur dua tahun atau kurang daripada itu. Semakin rendah kebolehan inteleknya semakin lambatlah dia mula bercakap.

Cara kanak -kanak yang cacat akalnya mengeluarkan kata -kata dari umur bayi hingga umur pra - sekolah selalunya berlainan dari kanak -kanak yang sihat akalnya. Kepastaian bahawa kanak -kanak itu cacat akal boleh dibuat setelah pemeriksaan menyeluruh yang merangkumi pemeriksaan klinikal , latar  belakang sosial dan penilaian psikologinya dijalankan.

Pendengaran adalah pancaindera yang paling penting untuk proses perkembangan pertuturan. Jika seseorang kanak -kanak itu tidak boleh mendengar semenjak dari lahir lagi , kesannya ke atas perkembangan pertuturan amatlah buruk sekali. Ini biasa terdapat pada kanak -kanak yang pekak disebabkan oleh keadaan yang disebut ' Congenital Rubella Syndrome '. 

walaupun umurnya sudah tiga tahun dia masih tidak boleh bercakap. Kesan kepada perkembangan pertuturan kurang sedikit buruknya jika gangguan kepada pendengaran berlaku selepas kanak -kanak berumur tiga tahun. Proses perkembangan pertuturan adalah pesat sekali dari lahir hingga tiga tahun dan jika kehilangan pendengaran berlaku pada waktu ini , akibatnya ialah kerosakan perkembangan pertuturan yang sukar dipulihkan semula walaupun dengan latihan pertuturan.  Kecacatan fizikal seperti berlaku pada kanak - kanak yang mengalami kekurangan oksigen diwaktu kelahiran kadang - kadang boleh menganggu fungsi alat suara. Kanak - kanak yang mengalami keadaan yang disebut ' palsi serebral ' biasa didapati sukar bercakap.

Untuk seseorang kanak - kanak itu mengunakan bahasa dengan betul dia perlu memahami apa yang dicakapkan kepadanya serta melafazkan pemikirannya.  Jarang - jarang sekali terdapat dimana seseorang kanak -kanak itu tidak boleh memahami bahasa dari itu dia tidak boleh bercakap. Ada pula yang boleh memahami bahasa tetapi tidak boleh melafazkan pemikirannya. Kanak -kanak seperti ini selalu mengunakan isyarat untuk mengatakan kehendaknya walaupun jelas dari kelakuannya yang dia bukan pekak atau cacat akal.Gangguan emosi dikalanagan kanak - kanak dari peringkat persekolahan ke bawah boleh mengakibatkan gangguan kepada perkembangan kanak - kanak. Kanak-kanak yang selalu bersendirian , tidak pernah berinteraksi dengan kelakuan anihnya , tidak akan dapat stimulasi serta dorongan yang sesuai untuk membolehkan dia mempelajari bahasa.  Bukan semua kanak - kanak yang mengalami pengalaman sedih atau pahit menunjukkan kesan - kesan ini. Ada yang tidak terjejas perkembangan pertuturan dan kognitif sementara yang lain pula memerlukan latihan yang khas untuk membaiki pertuturan , intreraksi sosial , kognitif serta kemahuan asas ( seperti makan , membersih diri , memakai pakaian  atau kasut mereka dengan sendiri ). Kekurangan rangsangan yang sesuai merupakan suatu punca yang biasa didapati dikalangan kanak - kanak yang dirujuk ke klinik kerana lambat bercakap. Persekitaran yang penuh dengan peluang untuk kanak - kanak itu bercakap adalah penting. Bayangkanlah seseorang kanak - kanak yang ditinggalkan berseorangan didalam bilik sepanjang masa hari demi hari tampa kasih mesra ibu bapa dan interaksi sosial. Dia akan mengalami masalah memahami dan mengunakan bahasa  .

Seseorang bayi itu bersuara mengeluarkan kata - kata seperti aa , aa , ahggege , bababa , dededed , mamamam , nanana dan seterusnya sebelum dia dapat mengeluarkan perkataan yang bermakna. Memang digalakkan ibu bapa menyahut baik kata - kata ini sambil bercakap - cakap yang berpada dengan suasana dan umur bayi atau kanak - kanak itu. Inilah satu cara yang baik bagi merangsang bagi bayi bercakap.  Unsur perwarisan adalah satu lagi sebab mengapa kanak - kanak lambat bercakap. Memang selalu di dapati keadaan dimana ibu atau bapa kanak - kanak itu juga lambat mula bercakap pada masa mereka kecil. Kanak - kanak lelaki lebih selalu didapati mengalami masalah ini. Ini hanya dapat dipastikan setelah pemeriksaan yang menyeluruh dibuat untuk mengetepikan unsur - unsur yang lain.         

Bilakah perlu ibu bapa rasa bimbang
Ibu bapa selalu membuat perbezaan di antara tahap pertuturan kanak -kanak mereka dengan kanak -kanak yang lain. Mereka biasa rasa bimbang apabila kanak -kanak mereka lambat bercakap daripada yang lain. Tetapi di antara kanak -kanak yang normal perbezaan tahap pertuturan adalah besar.Lazimnya kanak -kanak yang berumur lapan bulan sudah boleh menyuarakan kata -kata ah , ee , uu, dan juga dadada , nana , mamama , gagaga. Dia juga boleh meniru bunyi -bunyi yang di suarakan oleh ibunya. Pada umur satu tahun , lazimnya kanak -kanak boleh memanggil mama , abah dengan  bermakna dan mula menyuarakan ayat seperti ata , nani , bai bai.  Pada umur dua tahun kanak -kanak boleh menyuarakan dua perkataan seperti na ' mamam (hendak makan), na ' num ( hendak minum ) , mak bayik ( mak balik ) dan seumpamanya.

Apabila berumur tiga tahun , kanak -kanak biasanya boleh menyuarakan ayat seperti boy na' matan nacik ( boy nak makan nasi ) dan seterusnya walaupun masih pelat. Tetapi ada kanak -kanak yang mencapai tahap pertuturan yang lebih cepat daripada ini dan ada juga yang lambat daripada ini.

Kanak -kanak yang tidak boleh memanggil mak , atau abah dengan bermakna padahal umurnya sudah meningkat lapan belas bulan perlu disiasat . Kanak -kanak yang tidak mengeluarkan bunyi seperti ga ga ga , de de de , me me me dan lain -lain sedangkan umurnya sudah meningkat setahun perlu mendapatkan pendapat pakar kanak -kanak.

Adalah penting kanak -kanak yang lambat bercakap mendapat penilaian dengan awal kerana jika dibiarkan berterusan mungkin akan menjejaskan perkembangan pembelajarannya kelak.

Kebanyakan kanak -kanak yang lambat bercakap dapat dipulihkan dengan rangsangan yang sesuai tetapi kadangkala rancangan pemulihan memerlukan cara -cara yang lebih mendalam lagi jika bersangkut paut dengan sebab -sebab 

seperti kekurangan pendengaran , kerosakan fungsi alat suara , masalah sukar
memahami bahasa dan juga gangguan emosi.Pengalaman di klinik penilaian kanak -kanak Kekurangan ransangan di mana peluang untuk kanak -kanak bercakap -cakap tidak mencukupi merupakan punca yang sering terdapat di klinik. Ini bersangkut - paut selalunya dengan keadaan sosio ekonomi atau penjaga kanak -kanak yang datang dari golongan keluarga yang berada pun mempunyai masalah lambat bercakap kerana peluang untuk bercakap dengan orang lain tidak mencukupi . Mereka selalunya menunjukkan kemajuan pesat setelah diberi stimulasi yang sewajarnya.

Masalah kanak -kanak yang gagap

Kanak -kanak yang berumur dua hingga empat tahun selalu sumbang rentak pertuturannya tetapi ini adalah perkara biasa yang berlaku kepada kanak -kanak yang menempuh proses perkembangan pertuturan. Apabila keadaan ini berterusan hingga enam tahun apabila kanak -kanak ini sudah bersekolah , dia
jadi mangsa ejekan kawan -kawannya dan menimbulkan masalah kepadanya serta ibu bapanya.  Seelok -eloknya kejadian itu patutdicegah daripada berterusan. Semakin lama ini berterusan semakin ini berterusan semakin sukar dipulihkan. Ada kanak-kanak yang dikatakan telah pulih kegagapannya dengan cara ini dan ada pula yang menjadi lebih gagap. Kanak -kanak yang gagap perlu diberi galakan serta perasaan timbang rasa sambil diberikan terapi pertuturan yang sewajarnya.

Kegunaan pelbagai bahasa di rumah
Sama ada penggunaan pelbagai bahasa di rumah akan mengakibatkan seseorang kanak -kanak ini lambat bercakap bergantung juga faktor -faktor yang lain. Jika ibu bapa atau penjaga selalu bercakap dengan kanak -kanak itu dengan menggunakan bahasa yang sukar difahami olehnya , kanak -kanak itu akan kurang maju dalam kefahaman dan penggunaan bahasa ; walaupun dicakap dalam satu bahasa sekalipun.  Seseorang ibu yang bercakap dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris kepada anak -anaknya mestilah menggunakan perkataan -perkataan yang mudah difaham oleh anaknya. Dia perlulah menggalakkan anak mereka bercakap selalu. Peluang untuk bergaul dengan kanak -kanak lain akan membawa manfaat.

Kesimpulan

Untuk mengelakkan berlakunya masalah pertuturan di kalangan kanak -kanak, ibu bapa perlu memastikan supaya tahap pertuturan yang mereka gunakan adalah sepadan dengan umur anak mereka. Peluang untuk kanak -kanak mereka mendengar bahasa dan menggunakannya mestilah mencukupi di dalam persekitaran mereka.  Jika ibu bapa atau penjaga selalu bercakap cepat , meggunakan perkataan yang tidak seimbang dengan kebolehan kanak -kanak mereka memahamimya sudah tentulah akan memberi kesan yang negatif kepada perkembangan pertuturan kanak -kanak mereka.  Penggunaan bahasa adalah perlu untuk perkembangan intelek seseorang kanak -kanak. Perkembangan intelek sangat mempengaruhi oleh tahap penggunaan bahasa. Jika kanak -kanak lambat bercakap pembelajaran mereka di masa hadapan akan terjejas.

Akhirnya saya igin menekankan bahawa selain daripada kesihatan tubuh badan,  tahap pemakanan yang baik , keadaan fizikal dan mental yang baik, persekitaran yang penuh dengan stimulasi adalah perlu diberikan kepada kanak 
-kanak untuk menggalakan perkembangan bahasa optimum.


hamidarshat.com

Tiada ulasan: