Meor Ahmad Fuad Meor Badri, lebih dikenali dengan nama glamor Din Beramboi, ialah seorang pelawak, pelakon,penyanyi, kartunis, penyampai radio dan pengacara televisyen popular Malaysia, berbangsaMelayu. Timangan Din Beramboi juga pernah digunakan untuk dua watak cereka berlainan, salah satu daripadanya ciptaan Meor Ahmad Fuad sendiri dan satu lagi ciptaan kartunis Ujang, yang menjadi titik kontroversi ciplak sekitar pertengahan 1990-an.
Mior Ahmad Fuad dilahirkan di Sungai Besi, Kuala Lumpur (Selangor ketika itu) pada hari Khamis, 22 Disember 1966. Mewarisi bakat melawak semula jadi bapanya Mior Badri Mior Idris, ibunya Rahmah Abdullah Sani yang melahirkan beliau bersama tiga lagi saudara perempuannya, beliau adalah anak ketiga dan lelaki tunggal dalam keluarga yang berasal-usul dari Gopeng, Perak. Mior Ahmad Fuad mendapat pendidikan awal diSetapak, Kuala Lumpur. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Setapak, sama sekolah dengan pengacara terkenal Azwan Ali, cuma berlainan bilik darjah.
Pada 30 Mac 2010, Din Beramboi dimasukkan keUnit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang, lalu dibius hingga tidak sedar diri. Laporan awal mengatakan beliau menghidap "penyakit kencing tikus", tetapi sehari berikutnya, Din disahkan dihidapi sindrom kejutan denggi dan berada dalam keadaan kritikal sehingga hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi. Pada 2 April, 12.30 tengah malam, Din Beramboi sah menghembuskan nafas terakhirnya.

wikipedia

Tiada ulasan:
Catat Ulasan