Hati adalah segumpal darah. Hati medan mentarbiyah diri. Hati bersaudara dengan iman , taqwa & ilmu. Hati jika tidak dijaga bakal mati. Hati terkadang kecundang dalam dakapan iblis laknatullah. Hati yang bersih adanya niat yang luhur. Teringat kata-kata hikmat Arab ketika disekolah dahulu , 'Segala amal bergantung pada niat'. Ikhlas bermula dari niat. Berjumpakah kita dengan ikhlas yang dicari ?
Ikhlas bukan pada nilai. Ada yang meminta bantuan , kita menghulurkan seringgit. Seringgitkah nilai ikhlas itu ? Ikhlas bukan pada kecilnya nilai. Ada yang meminta bantuan , kita hulurkan RM50. Tinggikah nilai ikhlas kita ? Ikhlas bukan pada tingginya nilai. Masih ikhlaskah kita jika kita mengungkit pemberian tersebut ? Berjumpakah kita dengan ikhlas yang dicari ?
Bila ada yang memohon maaf , pastinya ada yang memberi maaf. Ya , memberi maaf itu memang mulia. Namun , jika kita berbangga, bermegah diri dengan pemberian maaf itu lalu mengungkit-ungkit walaupun dalam hati yang kononnya kita lebih mulia , masih ikhlas kah kita ? Berjumpakah kita dengan ikhlas yang dicari ?
Bila kita membuat sesuatu dengan bersungguh , insyaAllah dikurnia kejayaan. Alhamdullilah , kita masih tahu erti bersyukur. Namun , jarang sekali kita ingat untuk menyebut bahawa doa , usaha , ikhtiar dan tawakkal merupakan kunci kejayaan. Yang meniti dibibir kita , hanyalah usaha penat jerih kita sendiri. Lupakah kita pada Maha Pencipta ? Ikhlaskah kita membuat sesuatu ? Berjumpakah kita dengan ikhlas yang dicari ?
serupasahaja.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan