"Carilah dunia sekadar keperluanmu nescaya engkau akan merasa kemanisan akhirat" - "Janganlah terlalu berharap kepada sesuatu yang belum pasti, kelak engkau akan kecewa sekiranya tidak kesampaian " - "Janganlah kita berbangga dengan apa yang dimiliki segala yang ada didunia ini adalah milik Allah S.W.T. Kita cuma meminjamnya seketika" - "Teguran dengan cara yang lembut itu adalah lebih berkesan dari menggunakan kekerasan" - "Jadilah seperti air yang dapat menyejukkan dan janganlah menjadi api yang sentiasa memanaskan" - "Buatlah sesuatu itu dengan keikhlasan nescaya engkau akan terasa kemanisannya" - "Berusahalah untuk melembutkan hatimu nescaya hatimu akan hidup semula" - "Permudahkanlah urusan saudara-saudaramu, nescayalah Allah akan mempermudahkan urusanmu" - "Hindarilah diri dari sifat tergopoh gapah kerana ianya akan menghapuskan sifat sabar" - "Jangan engkau berdebat dengan orang yang jahil kerana ia mungkin akan merosakkan akhlakmu" - "Jika engkau melihat keburukan seseorang nescaya jiwamu tidak akan tenteram kerana engkau akan membencinya, maka lihatlah kebaikannya" - "Janganlah engkau memecut kenderaan untuk mengejar lampu isyarat hari ini, kerana esok, lusa dan seterusnya engkau tetap juga akan menempuhnya" - " Bersyukurlah Jika kita berada dalam kemiskinan, kerana ianya akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah " - "Tuntutlah ilmu selagi kita masih hidup, kerana menuntut ilmu itu wajib" - "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" - "Cara yang terbaik ketika berhadapan dengan orang yang sedang marah ialah dengan berdiam" - "Jika engkau mencintai dunia nescaya akhirat akan membencimu dan jika engkau mencintai akhirat nescaya akhirat akan membencimu" - "Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah. (HR. Al-Baihaqi)" - "Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang paling baik akhlaknya – Bukhari dan Muslim" – "Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak." - "Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu" - "Salah satu rahsia untuk kekal sihat ialah dengan sentiasa berwajah manis" - "Untuk berjaya antaranya janganlah sesekali membaca buku-buku yang boleh menimbulkan prasangka buruk, putus asa dan hilang harapan" - "Sesungguhnya Ibu dan Bapa kita hanya ada satu didunia ini, maka hargailah mereka sementara mereka masih ada" - "Ingatlah bahawa tiada rezeki yang datang bergolek" - "Belajarlah mengasihi kucing kerana ianya adalah kesayangan Nabi Muhammad SAW " - "Orang yang rajin berfikir mempunyai sehingga 1,000,000,000,000 sel otak. Semakin kerap kita berfikir semakin banyak sel otak terbentuk" - "Janganlah sekali-sekali kita mengkhianati janji yang telah kita buat kerana disitu terletak nilai peribadi kita" - "Sayangilah kedua Ibubapa mu, nescaya Allah akan menyayangimu" - "Setiap tindakan kita umpama membaling bola kelangit, semakin kuat kita membalingnya maka semakin kuat ia mendapatkan kita semula" - "Tiada sesuatu pun yang kekal di alam ini semuanya akan musnah melaikan Allah" - "Tiadalah yang lebih membahagiakan jiwa kedua Ibubapa selain daripada melihat anak-anaknya mentaati suruhan Allah" - "Salam Sejahtera & Selamat Datang Kepada Adik-adik Semoga Sentiasa Ceria” - "Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang lemah lembut terhadap semua orang" - "Berbuatbaiklah kepada kedua Ibu Bapa nescaya Allah akan menyayangimu" - "Beruang membesar melebihi berat manusia. Tetapi berat anak beruang yang baru dilahirkan lebih kecil daripada tikus" - "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga""Hiduplah bersama Al'Quran baik dengan menghafal, membaca dan mendengarnya kerana ia adalah penawar yang paling mujarab bagi menghilangkan kesedihan dan kedukaan" - "Ingatlah sehari selembar benang lama kelamaan akan menjadi kain juga" - "Carilah sesuatu itu kerana keperluan dan bukannya kemahuan" - "Tahukah anda bahawa buah tomato boleh menawarkan rasa garam didalam masakan" - "Ingatlah ketika kita marah sebenarnya syaitan sedang bersorak dan bertepuk tangan melihat gelagat kita" - "Mendapat sesuatu yang sedikit itu lebih baik daripada tiada langsung" - "Ketahuilah bahawa sebahagian dari perlakuan anak-anak itu adalah cermin kita" - "Terlalu bergantung dengan ubat antibiotik akan melemahkan sistem pertahanan badan semula jadi" - "Sedarilah bahawa pengorbanan seorang Ibu itu terlalu tinggi hingga sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri, asalkan anaknya bahagia" - "Hargailah setiap pemberian itu dengan sebaik-baiknya walaupun ianya tidak menggembirakan namun sekurang-kurangnya ia menggembirakan hati sipemberinya" - "Sebaik-baik pekerja ialah orang yang kurang bercakap tetapi banyak bekerja" - "Banyak kesilapan yang kita lakukan hasil daripada kecelaruan minda kita sendiri" - "Niatkanlah sesuatu pekerjaan yang baik itu kerana Allah nescaya kita akan memperolehi keuntungan untuk dan akhirat" - "Untuk mencipta Rumahku Syurgaku sememangnya amat payah sehinggakan ramai yang berputus asa dan membiarkan sahaja bahtera kehidupannya hanyut dibawa arus" - "Jika engkau diuji dengan kesedihan maka bersabarlah, kerana kemungkinan Allah ingin memberikan sesuatu yang mengembirakan engkau" - "Pastikan anda membuka tingkap terlebih dahulu sebelum memasuki kereta yang terjemur kerana udara panasnya mengandungi toksid yang merbahaya" - "Janganlah engkau mengguris hati kedua Ibu Bapa mu sekalipun dengan perkataan AH" - "Permudahkanlah urusan seseorang nescaya Allah akan permudahkan urusanmu" - "Kahwinilah seseorang itu kerana Agamanya" - "Sesungguhnya bersedekah itu akan menambahkan rezeki & menghindarkan dari penyakit" -"Jika kekayaan yang dicari nescaya engkau tidak akan pernah merasa cukup melainkan dengan bersyukur dengan apa yang sedang berada ditanganmu" - "Ingatlah bahawa matlamat sebenarnya hidupnya kita didunia ini tidak lain hanyalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah" - "Jika selama ini kita menjadi orang yang banyak menerima, maka jadilah pula kita sebagai orang yang banyak memberi" - "Ketahuilah bahawa harta dunia yang banyak akan hanya menyukarkan perjalanan ke Syurga diakhirat kelak" - " - "Jika kamu mengejar dunia nescaya kamu akan letih kerana dunia akan terus berlari mempermain-main kamu" - "Seseorang itu tidak akan mendapat ketenangan dalam hidupnya selagi terdapat sikap ego walaupun sedikit" - "Salah satu cara untuk mengenali situasi jiwa seseorang ialah dengan cara melihat bagaimana ia memandu kenderaannya" - "Orang yang rakus tidak akan memperolehi ketenangan dalam hidupnya" - "Sedekat-dekat manusia dengan Allah ialah ketika sujudnya" - "Ketika engkau berada dalam kesusahan, maka janganlah berduka, kerana sesunggunya pada ketika itu ada insan yang lebih susah darimu" - "Ucapkan Allhamdullah setiap kali bangun dari tidur kerana kita masih lagi diberi peluang melihat dunia" - "Hidup ini hanyalah sementara, maka carilah sesuatu didalamnya yang boleh dibawa untuk Akhirat" - "Janganlah bersedih kerana setiap kesengsaraan itu adalah ujian dari Allah yang akan menaikkan darjat kita disisinya." - “Salam Sejahtera Dan Selamat Datang Kepada Pengunjung-pengunjung Semoga Sentiasa Diberkati Allah SWT”

YANG MENARIK

Rujukan Semasa

Untuk Pembelian Rumah Mesra Rakyat SPNB Dail 1300-80-3838

Kosmo Online

TAJUK PILIHAN

04 Februari 2012

Asal Usul Naga

Asal-usul naga Cina ini kurang pasti. Naga wujud dalam budaya Cina sejak ribuan tahun dahulu, dengan penemuan sebuah patung naga yang wujud sejak alaf kelima SM dari kebudayaan Yangshao di Henan pada tahun 1987,  dan juga lencana-lencana pangkat buatan jed dalam bentuk melingkar yang digali dari kebudayaan Hongshan sekitar 4700-2900 SM.

Bentuk ular atau naga melingkar itu memainkan peranan yang penting dalam kebudayaan Cina awal. Aksara "naga" dalam tulisan Cina terawal juga berbentuk melingkar, begitu juga dengan tangkal-tangkal naga jed yang dibuat pada zaman Shang.

Masyarakat Cina purba memanggil dan merakam tulang-tulang dinosaur yang digali dari tanah sebagai tulang naga. Misalnya, Chang Qu merakam penemuan "tulang naga" di Sichuan pada 300 SM. Dinosaur dalam bahasa Cina moden dipanggil kǒnglóng (恐龍, bererti "naga yang dahsyat"). Sejak dahulu lagi hingga kini, penduduk desa di pedalaman negara China mengamalkan penggalian fosil "tulang naga" untuk kegunaan perubatan tradisional.

Di China ditemuinya sejenis dinosaur yang bergelar mèi lóng (寐龍) atau "naga tidur". Tinggalan fosil mei long ini ditemui dalam keadaan tidur dalam bentuk melingkar, menyendeh muncungnya di bawah sebelah kaki hadapannya sambil ekornya mengelilingi seluruh tubuh.

Sesetengah pihak turut berpendapat bahawa bentuk naga Cina berasal daripada gambaran haiwan-haiwan maujud yang diolah gayanya, seperti ular, ikan atau buaya. He Xin menyokong pendapat bahawa gambaran naga purba ini adalah bagi satu spesies buaya, iaitu Crocodylus porosus atau buaya katak, iaitu reptilia maujud yang terbesar, dan pernah bertaburan di China pada zaman purba. Buaya ini terkenal kerana mampu merasai perubahan dalam tekanan udara dengan jitu, serta mengesan hujan yang akan turun. Mungkin inilah asal-usul sifat-sifat mitos yang terdapat pada naga iaitu mengawal cuaca, terutamanya hujan. Kaitan dengan buaya ini juga disokong oleh pandangan masyarakat zaman kuno bahawa buaya besar ini merupakan sejenis naga. Misalnya, dalam Kisah Zhou Chu yang menceritakan riwayat seorang pahlawan Dinasti Jin, beliau dikatakan membunuh seekor "naga" yang mengganas di perairan kampung halamannya, tetapi rupanya seekor buaya.
[sunting] Makhluk mitos
Naga Cina bukan diraja di Shanghai
Tembok Sembilan Naga di Datong
Patung kecil naga di atas sebuah tokong di Hsinchu, Taiwan

Dari asal-usulnya sebagai olahan hidupan alam yang bergaya, naga Cina berevolusi menjadi sejenis haiwan mitos. Seorang cendekiawan Dinasti Han yang bernama Wang Fu mencatatkan mitos Cina bahawa naga mempunyai sembilan kemiripan anatomi.

    Bentuk naga sering kali dilukis dengan kepala kuda dan ekor ular. Naga juga dikatakan mempunyai 'tiga sendi' dan 'sembilan kemiripan'. Tiga sendi tersebut adalah dari kepala hingga bahu, dari bahu hingga dada, dan dari dada hingga ekor. Sembilan kemiripan pula adalah: tanduknya umpama rusa, kepalanya umpama unta, matanya umpama syaitan, lehernya umpama ular, perutnya umpama kerang (shen, 蜃), sisiknya umpama ikan kap, cakarnya umpama helang, tapak kakiknya umpama harimau, dan telinganya umpama lembu. Di atasnya ada anggota seumpama benjol besar yang dipanggil chimu (尺木). Tanpa chimu ini, naga tidak boleh terbang ke angkasa.

Sumber-sumber yang lain pula memberikan kelainan daripada sembilan kemiripan haiwan tersebut. Ahli sinologi, Henri Doré memberikan ciri-ciri naga sejati seperti: "Tanduk rusa, kepala unta, mata syaitan, leher ular, visera kura-kura, cakar helang, tapak kaki harimau, dan telinga lembu. Naga mendengar dengan tanduknya, kerana telinganya tidak berdaya mendengar." Tambahnya lagi, "Ada pihak lain mengatakan ia bermata arnab, berperut katak, dan bersisik ikan kap."

Naga Cina dikatakan mempunyai 117 keping sisik kesemuanya, yang mana 81 berintipati yang (positif) manakala 36 yang selebihnya berintipati yin (negatif). Walaupun disanjungi sebagai makhluk yang mulia, namun naga Cina dikatakan mampu menimbulkan malapetaka seperti kemarau atau banjir dengan kuasa hebatnya, lebih-lebih lagi jika disinggung oleh manusia.

Kebanyakan gambar naga Cina turut dilukis dengan bola atau mutiara berapi yang dikejar oleh naga dalam udara atau berada di bawah dagu naga. Mutiara ini dikatakan mengandungi kebijaksanaan teramat banyak yang dimiliki oleh naga, di samping melambangkan kekayaan, tuah dan kemakmuran.

Beginilah pemerian yang sejajar dengan gambaran naga dalam kesenian hingga ke hari ini. Naga juga dipercayai memiliki kuasa-kuasa ghaib yang tidak terbilang. Menurut riwayat Guanzi, naga dikatakan mampu menyamar sebagai makhluk sehalus ulat, ataupun membesar menjadi sebesar alam semesta, terbang di tengah awan-awan atau bersembunyi dalam air.

Wikipedia

Tiada ulasan: