"Carilah dunia sekadar keperluanmu nescaya engkau akan merasa kemanisan akhirat" - "Janganlah terlalu berharap kepada sesuatu yang belum pasti, kelak engkau akan kecewa sekiranya tidak kesampaian " - "Janganlah kita berbangga dengan apa yang dimiliki segala yang ada didunia ini adalah milik Allah S.W.T. Kita cuma meminjamnya seketika" - "Teguran dengan cara yang lembut itu adalah lebih berkesan dari menggunakan kekerasan" - "Jadilah seperti air yang dapat menyejukkan dan janganlah menjadi api yang sentiasa memanaskan" - "Buatlah sesuatu itu dengan keikhlasan nescaya engkau akan terasa kemanisannya" - "Berusahalah untuk melembutkan hatimu nescaya hatimu akan hidup semula" - "Permudahkanlah urusan saudara-saudaramu, nescayalah Allah akan mempermudahkan urusanmu" - "Hindarilah diri dari sifat tergopoh gapah kerana ianya akan menghapuskan sifat sabar" - "Jangan engkau berdebat dengan orang yang jahil kerana ia mungkin akan merosakkan akhlakmu" - "Jika engkau melihat keburukan seseorang nescaya jiwamu tidak akan tenteram kerana engkau akan membencinya, maka lihatlah kebaikannya" - "Janganlah engkau memecut kenderaan untuk mengejar lampu isyarat hari ini, kerana esok, lusa dan seterusnya engkau tetap juga akan menempuhnya" - " Bersyukurlah Jika kita berada dalam kemiskinan, kerana ianya akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah " - "Tuntutlah ilmu selagi kita masih hidup, kerana menuntut ilmu itu wajib" - "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" - "Cara yang terbaik ketika berhadapan dengan orang yang sedang marah ialah dengan berdiam" - "Jika engkau mencintai dunia nescaya akhirat akan membencimu dan jika engkau mencintai akhirat nescaya akhirat akan membencimu" - "Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah. (HR. Al-Baihaqi)" - "Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang paling baik akhlaknya – Bukhari dan Muslim" – "Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak." - "Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu" - "Salah satu rahsia untuk kekal sihat ialah dengan sentiasa berwajah manis" - "Untuk berjaya antaranya janganlah sesekali membaca buku-buku yang boleh menimbulkan prasangka buruk, putus asa dan hilang harapan" - "Sesungguhnya Ibu dan Bapa kita hanya ada satu didunia ini, maka hargailah mereka sementara mereka masih ada" - "Ingatlah bahawa tiada rezeki yang datang bergolek" - "Belajarlah mengasihi kucing kerana ianya adalah kesayangan Nabi Muhammad SAW " - "Orang yang rajin berfikir mempunyai sehingga 1,000,000,000,000 sel otak. Semakin kerap kita berfikir semakin banyak sel otak terbentuk" - "Janganlah sekali-sekali kita mengkhianati janji yang telah kita buat kerana disitu terletak nilai peribadi kita" - "Sayangilah kedua Ibubapa mu, nescaya Allah akan menyayangimu" - "Setiap tindakan kita umpama membaling bola kelangit, semakin kuat kita membalingnya maka semakin kuat ia mendapatkan kita semula" - "Tiada sesuatu pun yang kekal di alam ini semuanya akan musnah melaikan Allah" - "Tiadalah yang lebih membahagiakan jiwa kedua Ibubapa selain daripada melihat anak-anaknya mentaati suruhan Allah" - "Salam Sejahtera & Selamat Datang Kepada Adik-adik Semoga Sentiasa Ceria” - "Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang lemah lembut terhadap semua orang" - "Berbuatbaiklah kepada kedua Ibu Bapa nescaya Allah akan menyayangimu" - "Beruang membesar melebihi berat manusia. Tetapi berat anak beruang yang baru dilahirkan lebih kecil daripada tikus" - "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga""Hiduplah bersama Al'Quran baik dengan menghafal, membaca dan mendengarnya kerana ia adalah penawar yang paling mujarab bagi menghilangkan kesedihan dan kedukaan" - "Ingatlah sehari selembar benang lama kelamaan akan menjadi kain juga" - "Carilah sesuatu itu kerana keperluan dan bukannya kemahuan" - "Tahukah anda bahawa buah tomato boleh menawarkan rasa garam didalam masakan" - "Ingatlah ketika kita marah sebenarnya syaitan sedang bersorak dan bertepuk tangan melihat gelagat kita" - "Mendapat sesuatu yang sedikit itu lebih baik daripada tiada langsung" - "Ketahuilah bahawa sebahagian dari perlakuan anak-anak itu adalah cermin kita" - "Terlalu bergantung dengan ubat antibiotik akan melemahkan sistem pertahanan badan semula jadi" - "Sedarilah bahawa pengorbanan seorang Ibu itu terlalu tinggi hingga sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri, asalkan anaknya bahagia" - "Hargailah setiap pemberian itu dengan sebaik-baiknya walaupun ianya tidak menggembirakan namun sekurang-kurangnya ia menggembirakan hati sipemberinya" - "Sebaik-baik pekerja ialah orang yang kurang bercakap tetapi banyak bekerja" - "Banyak kesilapan yang kita lakukan hasil daripada kecelaruan minda kita sendiri" - "Niatkanlah sesuatu pekerjaan yang baik itu kerana Allah nescaya kita akan memperolehi keuntungan untuk dan akhirat" - "Untuk mencipta Rumahku Syurgaku sememangnya amat payah sehinggakan ramai yang berputus asa dan membiarkan sahaja bahtera kehidupannya hanyut dibawa arus" - "Jika engkau diuji dengan kesedihan maka bersabarlah, kerana kemungkinan Allah ingin memberikan sesuatu yang mengembirakan engkau" - "Pastikan anda membuka tingkap terlebih dahulu sebelum memasuki kereta yang terjemur kerana udara panasnya mengandungi toksid yang merbahaya" - "Janganlah engkau mengguris hati kedua Ibu Bapa mu sekalipun dengan perkataan AH" - "Permudahkanlah urusan seseorang nescaya Allah akan permudahkan urusanmu" - "Kahwinilah seseorang itu kerana Agamanya" - "Sesungguhnya bersedekah itu akan menambahkan rezeki & menghindarkan dari penyakit" -"Jika kekayaan yang dicari nescaya engkau tidak akan pernah merasa cukup melainkan dengan bersyukur dengan apa yang sedang berada ditanganmu" - "Ingatlah bahawa matlamat sebenarnya hidupnya kita didunia ini tidak lain hanyalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah" - "Jika selama ini kita menjadi orang yang banyak menerima, maka jadilah pula kita sebagai orang yang banyak memberi" - "Ketahuilah bahawa harta dunia yang banyak akan hanya menyukarkan perjalanan ke Syurga diakhirat kelak" - " - "Jika kamu mengejar dunia nescaya kamu akan letih kerana dunia akan terus berlari mempermain-main kamu" - "Seseorang itu tidak akan mendapat ketenangan dalam hidupnya selagi terdapat sikap ego walaupun sedikit" - "Salah satu cara untuk mengenali situasi jiwa seseorang ialah dengan cara melihat bagaimana ia memandu kenderaannya" - "Orang yang rakus tidak akan memperolehi ketenangan dalam hidupnya" - "Sedekat-dekat manusia dengan Allah ialah ketika sujudnya" - "Ketika engkau berada dalam kesusahan, maka janganlah berduka, kerana sesunggunya pada ketika itu ada insan yang lebih susah darimu" - "Ucapkan Allhamdullah setiap kali bangun dari tidur kerana kita masih lagi diberi peluang melihat dunia" - "Hidup ini hanyalah sementara, maka carilah sesuatu didalamnya yang boleh dibawa untuk Akhirat" - "Janganlah bersedih kerana setiap kesengsaraan itu adalah ujian dari Allah yang akan menaikkan darjat kita disisinya." - “Salam Sejahtera Dan Selamat Datang Kepada Pengunjung-pengunjung Semoga Sentiasa Diberkati Allah SWT”

YANG MENARIK

Rujukan Semasa

Untuk Pembelian Rumah Mesra Rakyat SPNB Dail 1300-80-3838

Kosmo Online

TAJUK PILIHAN

25 Jun 2012

Keguguran Rambut

imej:dhtblockerx.com

Kenapa Rambut Anda Gugur

Keguguran rambut yang teruk atau botak (alopecia) boleh berlaku :

Selepas melalui keadaan yang tertekan/stres seperti :
Sakit yang serius.
Pembedahan besar.
Selepas bersalin.
Ia berlaku di antara 3 hingga 4 bulan selepas melalui keadaan tersebut di mana rambut akan berhenti tumbuh dan terus memasuki fasa rehat. Ini dipanggil Teloger Effluvium.


Masalah hormon.
Penyakit kelenjar tiroid.
Disebabkan penyakit seperti penyakit Sistemik Lupus Erythematosus.
Kesan sampingan ubatan seperti :
Ubat Antikogulasi (warfarin).
Ubat merawat kanser (kimoterapi).
Pil perancang keluarga (kontraseptif secara oral).
Ubat anti-kemurungan.
Ubat pelangsingan (slimming)
Alopecia Androgenik .
Botak mengikut corak lelaki adalah :
Penyebab yang biasa bagi lelaki ialah disebabkan oleh keturunan.
Keadaan ini boleh berlaku seawal umur dua puluhan.
Rambut mula botak di bahagian anak rambut bahagian hadapan dan atas kepala.
Botak mengikut corak wanita :
Berlaku kepada wanita yang mempunyai kecenderungan genetik/keturunan.
Rambut menjadi semakin nipis diseluruh kepala terutamanya di bahagian atas kepala.

Penyebab lain keguguran rambut yang teruk ialah :

Jangkitan - jangkitan kulat, biasanya berlaku pada kanak-kanak.
Keguguran rambut berlaku tidak sekata.
Alopecia Areata. Ini terjadi disebabkan oleh penyakit auto imun di mana liang rambut dimusnahkan oleh sel pesakit sendiri.
Ia boleh menyebabkan tompokan-tompokan botak.
Ia boleh menyebabkan botak di keseluruhan kepala (Alopecia totalis).
Ia boleh mengakibatkan botak di keseluruhan rambut kepala, kening, ketiak dan bulu di kemaluan. (Alopecia Universalis).
Trichotillomania ialah masalah psikologi yang mendorong individu menarik rambut mereka.
Ia biasanya dialami oleh remaja perempuan berbanding lelaki.
Ia dikaitkan dengan masalah kemurungan.

copy paste dr SINI (http://rambutgugur.blogdrive.com/archive/4.html)

Petua Mengelakkan Rambut Gugur

Ada beberapa petua yang dijumpai dalam internet ini untuk mengelakkan dari keguguran rambut…dan setelah dimentelaah dan di perhatikan betul2, lidah buaya merupakan antara kaedah terbaik untuk mengubati penyakit yang sememangnya telah menjadi salah satu kehidupan manusia. Mari kita melihat petua-petua nya :

Petua pertama

Keguguran rambut akibat dari banyak sebab. Kebiasaannya dialami oleh yang baru lepas bersalin. Ini perlu dijaga kerana rambut adalah mahkota seorang wanita. Bagi muslimah yang memakai tudung pula adalah juga satu faktor menyebabkan keguguran rambut tapi itu bukan satu alasan tidak memakai tudung. Ikutilah petua ini langkah demi langkah untuk mendapatkan rambut yang cantik dan wangi.

Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut. Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam.

Buatlah barang sebulan. Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.

Ini kerana kesan dari khasiat buah limau nipis, santan dan lidah buaya yang sememangnya sesuai dijadikan penawar bagi mereka yang mengalami keguguran dan ketidaksuburan rambut.

Petua Kedua :

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua Ketiga :

Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Petua Keempat :

Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Kesimpulannya, jagalah kesihatan rambut anda dengan cermat. terutama kepada yang perempuan, jagalah ianya sebaiknya

copy paste dr SINI (http://hendrastar.wordpress.com/2008/10/11/petua-mengelakkan-rambut-gugur/)

Lagi petua:

Petua kecantikan ini boleh dilakukan terus kalau anda ada tembikai kat rumah tu. Langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah:

1. Selepas anda makan buah tembikai, jangan dibuang dulu kulitnya.
2. Sebaliknya, gunakanlah bahagian kulit tembikai tu(rujuk gambar di atas) dengan menggosokkannya pada kulit kepala anda.
3. Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala anda. Tunggu dalam 15 ke 30 minit dan cucilah sampai bersih.
Kalau anda nak biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tak meleleh kat bantal nanti. Karang tak pasal-pasal lak semut yang datang.
4. Amalkan petua ni hanya sekali dalam seminggu

Tiada ulasan: