![]() |
| Imej:drugaddictiontherapyguy.com |
Dua bentuk kerosakan buah pinggang yang berbeza,iaitu kegagalan buah pinggang akut dan juga nefropati analgesik,telah dikaitkan puncanya dengan penggunaan analgesik.
Analgesik ialah ubat-ubatan yang digunakan sebagai penghilang rasa sakit.Ubat-ubatan ini diambil tanpa kawalan oleh doktor.Ubat-ubatan yang digunakan sebagai penghilang rasa sakit ini termasuklah acetaminophen, ibuprofen, dan naproxen sodium.
Walaupun ubat ini tidak merbahaya bagi sesetengah orang sekiranya diambil mengikut dos yang dicadangkan,sesetengah ubat penahan sakit ini boleh mengundang bahaya kepada buah pinggang sekiranya tidak diambil seperti yang disyorkan.Beberapa keadaan lain,ubat ini juga boleh menyebabkan berlakunya kerosakan kepada buah pinggang.
Kegagalan Buah Pinggang Akut
Kegagalan buah pinggang akut ialah suatu keadaan di mana fungsi buah pinggang hilang secara tiba-tiba dan sementara.Beberapa laporan kes kegagalan buah pinggang akut telah dikaitkan dengan penggunaan ubat penahan sakit seperti aspirin,ibuprofen dan juga natrium naproxen.Sesetengah pesakit yang dikaitkan dalam laporan ini mempunyai factor-faktor risiko seperti:
Sistemik lupus erithematosus
Lanjut usia
Penyakit buah pinggang kronik
Pengambilan alkohol secara kerap
Analgesik Nefropati
Analgesik nefropati ialah suatu bentuk penyakit buah pinggang kronik,kesan daripada penggunaan ubat penahan sakit dalam jangka masa yang lama.Maksudnya ialah ubat penahan sakit ini diambil setiap hari selama beberapa tahun.Penggunaan ubat penahan sakit secara tidak terkawal lama kelamaan akan merosakkan buah pinggang,yang akhirnya akan menyebabkan kegagalan buah pinggang.Kegagalan buah pinggang atau penyakit buah pinggang tahap akhir memerlukan kepada rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang untuk meneruskan kehidupan.
Hasil dari kajian yang dilakukan telah menganggarkan bahawa empat dari 100000 orang disahkan akan mengidap penyakit nefropati analgesik.Penyakit ini pada kebiasaannya banyak berlaku kepada golongan wanita yang berumur lebih dari 30 tahun.
Mereka yang mengambil ubat penahan sakit secara kerap harus selalu berbincang dengan doktor bagi memastikan pengambilan ubat tersebut tidak akan merosakkan buah pinggang.Bagi individu yang mempunyai risiko penyakit kegagalan buah pinggang akut juga harus berbincang dengan doktor sebelum mengambil mana-mana ubat penahan sakit.
Rawatan
Antara rawatan yang boleh dilakukan ialah:
Menamatkan penggunaan ubat penahan sakit
Perubahan diet
Dialisis kecemasan.Mereka yang mempunyai penyakit kegagalan buah pinggang akut yang berkaitan dengan analgesic mungkin memerlukan rawatan dialisis untuk membersihkan darah.
Pemberian ubat-ubatan untuk mengelakkan masalah anemia dan tulang yang disebabkan oleh penyakit buah pinggang.
Latihan kaedah alternatif untuk mengawal rasa sakit seperti pengubahsuaian penyakit atau teknik relaksasi.
Tujuan rawatan yang dijalankan tertumpu pada mencegah atau melambatkan berlakunya kerosakan buah pinggang.Jika buah pinggang sudah menunjukkan tanda-tanda kerosakan,doktor akan selalu memantau fungsi buah pinggang dengan cara melakukan ujian urin dan darah dengan lebih kerap.
buahpinggangsihat.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan