Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya setinggi 2,107 meter.
Gunung Jerai boleh dilihat dari Hotel E & O di Pulau Pinang kerana jarak dari Butterworth ke Gunung Jerai cuma 50 kilometer sahaja
Asal usul
Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini.
Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini. Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.
[sunting]Gunung Rekreasi
Gunung Jerai menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam semulajadi. Terdapat kepelbagaian tumbuh-tumbuhan tropika yang termasuk kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.
Cara ke sana
Dari Butterworth mengikut jalan persekutuan, memandu ke Sungai Petani, melalui Bedong, Kedah. Kemudian ke Gurun. Dari sana ada jalan tar menuju ke stesen radio sepanjang 11 km. Ada sebuah hotel di sana yang sekarang telah diambil alih dan dinamakan The Regency Jerai Hill Resort. Ada tapak perkhemahan dan tapak perkelahan di pertengahan jalan.
Mengikut Lebuhraya Utara-Selatan PLUS, dari Tol Sg. Dua, Prai menuju utara dan keluar di Exit Gurun. Belok kiri selepas tol, kemudian belok kanan di simpang lampu trafik. Dari utara melalui Guar Chempedak, Yan Kecil dan ke Yan Besar . Anda dakilah dari Yan Besar melalui trak lama.
Dari puncak akan kelihatan permandangan indah negeri Kedah terutama permandangan sawah padi yang luas terbentang bak saujana mata memandang.
Semakin menghampiri puncak, suasana dingin semakin dirasai. Menikmati udara segar di persekitaran yang dikelilingi pokok pain dan kabus tebal seakan membawa pengunjung ke negara beriklim sejuk.
25 minit memandu, pucak Jerai akhirnya berjaya ditawan. Memijakkan kaki di puncak tertinggi di negeri Kedah, hati kecil penulis tidak mampu menipu keindahan yang terbentang di hadapan mata.
Di lokasi puncak ini, pengunjung boleh menyaksikan sebahagian besar daerah Kuala Muda dan Yan. Tidak hanya hutan hijau dan sawah padi, pengunjung juga boleh melihat kilauan air laut yang mengunjur ke Tanjung Jaga.
Selain memandu kenderaan sendiri ke puncak gunung, pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan limosin yang disediakan di kaki gunung. Selain sajian pemandangan alam yang menakjubkan, di puncak ini juga terdapat sebuah pusat peranginan eksklusif yang didirikan khusus buat pelancong yang gemarkan percutian santai di puncak tropika.
Wikipedia

Tiada ulasan:
Catat Ulasan