Sesetengah komuniti di Asia masih mengekalkan pantang larang tidak makan durian semasa kehamilan. Sebagai contoh, pendekatan tradisional orang Cina untuk kesihatan, durian dianggap terlalu "panas" untuk dimakan semasa kehamilan.
Oleh sebab itu, kebanyakan komuniti orang Cina di Asia Tenggara menasihatkan bakal-bakal ibu untuk tidak makan buah durian. Setakat ini tiada sebarang kajian mengenai kesan negatif makan durian semasa kehamilan. Pada masa yang sama, sains moden tidak menjumpai sebarang sebab untuk mengatakan ianya tidak selamat untuk memakan durian.
Tiada sebarang sebab untuk mengatakan bahawa makan durian semasa kehamilan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi pada bakal-bakal ibu atau ruam lampin pada bayi baru lahir. Walau bagaimanapun, seorang wanita yang hamil boleh makan durian dalam jumlah yang sedikit kerana buah ini mengandungi banyak gula dan karbohidrat – dua ulas yang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 60 kalori.
Durian adalah dalam kumpulan makanan yang mengandungi glisemia tinggi, oleh sebab itu, adalah baik untuk menghadkan pengambilannya semasa kehamilan. Mereka yang mempunyai diabetis kehamilan hendaklah mengelakkan diri daripada makan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi. Beberapa orang penyelidik telah menekankan faedah sulfur organik dan triptofan yang terdapat dalam durian. Sebatian-sebatian ini mengandungi kesan antioksida. Ia juga mengandungi ciri-ciri antimikrob, antibakteria dan antikulat yang baik untuk kehamilan. Durian juga boleh mengahasilkan banyak gas dalam perut dan usus. Ini boleh menyebabkan wanita yang hamil mengalami kembung perut dan loya. Jadi kesimpulannya, ibu-ibu mengandung boleh menikmati 2 ulas durian sehari dan berhati-hati jika ada kesan tidak elok, segera berjumpa doktor anda.
Tahukah anda bahawa ada lebih daripada 5 penyakit boleh dikurangkan dengan memakan durian pada kadar yang berpatutan:
membantu dalam masalah sembelit kerana duit mengandungi fiber
membantu mengawal masalah anemia kerana durian mengandungi folic asid atau vitamin B9 yang menghasilkan sel darah merah
menyihatkan kulit kerana kandungan Vitamin C yang bertindak sebagai antioxidant dan antiaging
mengandungi banyak kalsium dan pottasium yang baik untuk kesihatan sendi serta mungkin MILK BOOSTER anda
mengurangkan stress dan depression kerana mengandungi vitamin B6 atau pyridoxine
Semua yang dijadikan oleh Allah ada manafaatnya asalkan jangan berlebih-lebihan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan