1. Kebudayaan dan Kesenian
Jika anda meminati kebudayaan dan kesenian, anda boleh melawat tempat-tempat berikut;
Bank Kerapu (Memorial Perang Dunia Ke II)
Terletak di Jalan Sultan, Kota Bharu bersebelahan Padang Merdeka. Ia merupakan bank pertama yang dibina di Kelantan. Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini merupakan ibu pejabat bagi tentera Jepun "Kampetai". Masyarakat Kelantan menggelarkan bangunan ini sebagai Bank Kerapu kerana sebahagian daripada permukaan bangunaan ini disimen dengan menggunakan batu-bata kecil yang menyebabkan permukaannya tidak rata.
Image via WikipediaBangunan Bank Kerapu terletak di sebelah Hilir Padang Merdeka. Bangunan tersebut siap dan mula digunakan pada tahun 1912, sebagai Bank pertama Kota Bharu, iaitu "The Mercatile Bank of India Ltd".
Galeri Info Tengku Anis
Dibina pada tahun 2002 dan mula dirasmikan pada tahun 2004. Geleri ini terletak di dalam kawasan Pengkalan Kubur iaitu berhampiran dengan muara sungai Golok. Di dalamnya menempatkan galeri nelayan serta pusat maklumat muka bumi kawasan Muara. Ia juga sesuai kepada para pelajar sekolah yang ingin membuat kajian serta untuk mendapat maklumat mengenai perkara yang berkaitan dengan nelayan dan untuk mengetahui bentuk muka bumi kawasan sekitarnya. Kawasan galeri ini juga sesuai dijadikn kawasan rekreasi kerana mempunyai prasarana seperti kawasan permainan kanak-kanak, tempat memancing dan juga sesuai sebagai tempat berkelah. Kawasan rekreasi ini juga disediakan kedai makan untuk para pengunjung.
Bulatan Merdeka
Bulatan Merdeka ini adalah satu tempat berlakunya banyak sejarah kemerdekaan dimana di tempat inilah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia di lakukan pada 31 Ogos 1957. Padang Merdeka digunakan dengan sepenuhnya setelah Istana Besar siap dengan sepenuhnya. Kini ia juga dikenali sebagai Padang Bank.
Gelanggan Seni
Gelanggan Seni Merupakan pusat pameran khazanah budaya dan kesenian yang diwarisi oleh orang-orang Kelantan sejak turun-temurun. Pertunjukan kebudayaan dan kesenian sering diadakan di gelanggan ini termasuklah pertunjukkan Wayang Kulit, Seni Silat, Permainan Gasing, Wau disamping persembahan muzik tradisional Kelantan yang unggul dan unik.
Gelanggan ini dibuka 3 kali seminggu pada bulan Mac sehingga Oktober setiap tahun. Waktu persembahan : Jam 3.30 hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Rabu dan Sabtu. Pertunjukkan malam juga diadakan pada hari Rabu dan Sabtu bermula jam 9.00 hingga larut malam.
Istana Batu
Istana Batu direkabentuk dan dibina pada tahun 1939 bersempena dengan pemerintahan Sultan Ismail I. Ia digunakan sebagai tempat untuk menyambut perayaan seperti perayaan perkahwinan diraja dan sebagai tempat penginapan tetamu kehormat.
Namun kini, ia telah diubah dan dijadikan sebagai Muzium DiRaja, di mana segala pakaian diraja dan barangan istana kepunyaan Sultan yang sebelumnya dipamerkan di sini. Ini termasuklah barangan perak, barangan di dalam bilik peraduan raja dan perkakasan istana diraja. Terdapat juga pertunjukkan gambar grafik sepanjang hayat Sultan Kelantan.
Waktu lawatan : 8.30 am - 4.45 petang setiap hari (kecuali hari Jumaat).
Bayaran : RM2
Istana Balai Besar
Dibina sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud II pada 1940, Istana Balai Besar merupakan Istana Bersemayam Sultan-sultan Kelantan yang terdahulu. Kini istana ini digunakan untuk mengadakan majlis-majlis rasmi negeri. Di perkarangan istana ini terdapat sebuah Balai Mengadap yang luas, Balai Takhta Singgahsana dan ruangan pameran yang memaparkan berbagai koleksi barangan dan alat-alat kebesaran Di Raja.Istana Jahar
Istana Lama atau lebih dikenali sebagai Istana Jahar dibina pada tahun 1887, oleh Sultan Muhamad II, khas untuk cucunya iaitu Long Kundur. Namun kini ia telah dijadikan sebagai Muzium oleh Kerajaan Negeri. Pelbagai gambar dan artifak yang dipamerkan di sini sentiasa menarik minat pelawat. Waktu lawatan : 8.30 pagi - 4.45 petang setiap hari (kecuali Jumaat)
Kampung Kraftangan dan Muzium Kraftangan
Kelantan kaya dengan pelbagai jenis barangan kraftangan seperti barangan perak, songket, batik dan ukiran kayu. Barangan ini dipamerkan dan dijualkan kepada orang ramai. Barangan ini boleh diperolehi dengan mudah di Kampung Kraftangan dan Muzium Kraf. Ia terletak berhampiran dengan Istana Balai Besar dan di buka sepanjang minggu kecuali hari Jumaat bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Masjid Negeri Setelah mengambil masa sepuluh tahun untuk dibina, Masjid Negeri ini disiapkan sewaktu pemerintahan Sultan Ismail IV. Ia juga dikenali sebagai Masjid Al-Muhammadiah atau Masjid Batu, kini masjid ini turut menjadi tumpuan para ulamak dan pendakwah yang menjalankan aktiviti dakwah Islamiah di negeri ini.
Muzium Kuala Krai Dan Zoo Mini
Terletak lebih kurang 64 km dari Kota Bharu. Zoo Mini menempatkan berbagai jenis haiwan seperti beruang, rusa, kera dan burung-burung.
Manakala Muzium Kuala Krai pula mempamerkan berbagai barangan seperti koleksi haiwan terawet, gambar-gambar, dokumen-dokumen lama mengenai sejarah pembangunan Pekan Kuala Krai. Waktu lawatan : 9.00 pagi - 6.00 petang setiap hari (kecuali hari Jumaat).
kelantan.gov.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan