"Carilah dunia sekadar keperluanmu nescaya engkau akan merasa kemanisan akhirat" - "Janganlah terlalu berharap kepada sesuatu yang belum pasti, kelak engkau akan kecewa sekiranya tidak kesampaian " - "Janganlah kita berbangga dengan apa yang dimiliki segala yang ada didunia ini adalah milik Allah S.W.T. Kita cuma meminjamnya seketika" - "Teguran dengan cara yang lembut itu adalah lebih berkesan dari menggunakan kekerasan" - "Jadilah seperti air yang dapat menyejukkan dan janganlah menjadi api yang sentiasa memanaskan" - "Buatlah sesuatu itu dengan keikhlasan nescaya engkau akan terasa kemanisannya" - "Berusahalah untuk melembutkan hatimu nescaya hatimu akan hidup semula" - "Permudahkanlah urusan saudara-saudaramu, nescayalah Allah akan mempermudahkan urusanmu" - "Hindarilah diri dari sifat tergopoh gapah kerana ianya akan menghapuskan sifat sabar" - "Jangan engkau berdebat dengan orang yang jahil kerana ia mungkin akan merosakkan akhlakmu" - "Jika engkau melihat keburukan seseorang nescaya jiwamu tidak akan tenteram kerana engkau akan membencinya, maka lihatlah kebaikannya" - "Janganlah engkau memecut kenderaan untuk mengejar lampu isyarat hari ini, kerana esok, lusa dan seterusnya engkau tetap juga akan menempuhnya" - " Bersyukurlah Jika kita berada dalam kemiskinan, kerana ianya akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah " - "Tuntutlah ilmu selagi kita masih hidup, kerana menuntut ilmu itu wajib" - "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" - "Cara yang terbaik ketika berhadapan dengan orang yang sedang marah ialah dengan berdiam" - "Jika engkau mencintai dunia nescaya akhirat akan membencimu dan jika engkau mencintai akhirat nescaya akhirat akan membencimu" - "Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah. (HR. Al-Baihaqi)" - "Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang paling baik akhlaknya – Bukhari dan Muslim" – "Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak." - "Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu" - "Salah satu rahsia untuk kekal sihat ialah dengan sentiasa berwajah manis" - "Untuk berjaya antaranya janganlah sesekali membaca buku-buku yang boleh menimbulkan prasangka buruk, putus asa dan hilang harapan" - "Sesungguhnya Ibu dan Bapa kita hanya ada satu didunia ini, maka hargailah mereka sementara mereka masih ada" - "Ingatlah bahawa tiada rezeki yang datang bergolek" - "Belajarlah mengasihi kucing kerana ianya adalah kesayangan Nabi Muhammad SAW " - "Orang yang rajin berfikir mempunyai sehingga 1,000,000,000,000 sel otak. Semakin kerap kita berfikir semakin banyak sel otak terbentuk" - "Janganlah sekali-sekali kita mengkhianati janji yang telah kita buat kerana disitu terletak nilai peribadi kita" - "Sayangilah kedua Ibubapa mu, nescaya Allah akan menyayangimu" - "Setiap tindakan kita umpama membaling bola kelangit, semakin kuat kita membalingnya maka semakin kuat ia mendapatkan kita semula" - "Tiada sesuatu pun yang kekal di alam ini semuanya akan musnah melaikan Allah" - "Tiadalah yang lebih membahagiakan jiwa kedua Ibubapa selain daripada melihat anak-anaknya mentaati suruhan Allah" - "Salam Sejahtera & Selamat Datang Kepada Adik-adik Semoga Sentiasa Ceria” - "Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang lemah lembut terhadap semua orang" - "Berbuatbaiklah kepada kedua Ibu Bapa nescaya Allah akan menyayangimu" - "Beruang membesar melebihi berat manusia. Tetapi berat anak beruang yang baru dilahirkan lebih kecil daripada tikus" - "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga""Hiduplah bersama Al'Quran baik dengan menghafal, membaca dan mendengarnya kerana ia adalah penawar yang paling mujarab bagi menghilangkan kesedihan dan kedukaan" - "Ingatlah sehari selembar benang lama kelamaan akan menjadi kain juga" - "Carilah sesuatu itu kerana keperluan dan bukannya kemahuan" - "Tahukah anda bahawa buah tomato boleh menawarkan rasa garam didalam masakan" - "Ingatlah ketika kita marah sebenarnya syaitan sedang bersorak dan bertepuk tangan melihat gelagat kita" - "Mendapat sesuatu yang sedikit itu lebih baik daripada tiada langsung" - "Ketahuilah bahawa sebahagian dari perlakuan anak-anak itu adalah cermin kita" - "Terlalu bergantung dengan ubat antibiotik akan melemahkan sistem pertahanan badan semula jadi" - "Sedarilah bahawa pengorbanan seorang Ibu itu terlalu tinggi hingga sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri, asalkan anaknya bahagia" - "Hargailah setiap pemberian itu dengan sebaik-baiknya walaupun ianya tidak menggembirakan namun sekurang-kurangnya ia menggembirakan hati sipemberinya" - "Sebaik-baik pekerja ialah orang yang kurang bercakap tetapi banyak bekerja" - "Banyak kesilapan yang kita lakukan hasil daripada kecelaruan minda kita sendiri" - "Niatkanlah sesuatu pekerjaan yang baik itu kerana Allah nescaya kita akan memperolehi keuntungan untuk dan akhirat" - "Untuk mencipta Rumahku Syurgaku sememangnya amat payah sehinggakan ramai yang berputus asa dan membiarkan sahaja bahtera kehidupannya hanyut dibawa arus" - "Jika engkau diuji dengan kesedihan maka bersabarlah, kerana kemungkinan Allah ingin memberikan sesuatu yang mengembirakan engkau" - "Pastikan anda membuka tingkap terlebih dahulu sebelum memasuki kereta yang terjemur kerana udara panasnya mengandungi toksid yang merbahaya" - "Janganlah engkau mengguris hati kedua Ibu Bapa mu sekalipun dengan perkataan AH" - "Permudahkanlah urusan seseorang nescaya Allah akan permudahkan urusanmu" - "Kahwinilah seseorang itu kerana Agamanya" - "Sesungguhnya bersedekah itu akan menambahkan rezeki & menghindarkan dari penyakit" -"Jika kekayaan yang dicari nescaya engkau tidak akan pernah merasa cukup melainkan dengan bersyukur dengan apa yang sedang berada ditanganmu" - "Ingatlah bahawa matlamat sebenarnya hidupnya kita didunia ini tidak lain hanyalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah" - "Jika selama ini kita menjadi orang yang banyak menerima, maka jadilah pula kita sebagai orang yang banyak memberi" - "Ketahuilah bahawa harta dunia yang banyak akan hanya menyukarkan perjalanan ke Syurga diakhirat kelak" - " - "Jika kamu mengejar dunia nescaya kamu akan letih kerana dunia akan terus berlari mempermain-main kamu" - "Seseorang itu tidak akan mendapat ketenangan dalam hidupnya selagi terdapat sikap ego walaupun sedikit" - "Salah satu cara untuk mengenali situasi jiwa seseorang ialah dengan cara melihat bagaimana ia memandu kenderaannya" - "Orang yang rakus tidak akan memperolehi ketenangan dalam hidupnya" - "Sedekat-dekat manusia dengan Allah ialah ketika sujudnya" - "Ketika engkau berada dalam kesusahan, maka janganlah berduka, kerana sesunggunya pada ketika itu ada insan yang lebih susah darimu" - "Ucapkan Allhamdullah setiap kali bangun dari tidur kerana kita masih lagi diberi peluang melihat dunia" - "Hidup ini hanyalah sementara, maka carilah sesuatu didalamnya yang boleh dibawa untuk Akhirat" - "Janganlah bersedih kerana setiap kesengsaraan itu adalah ujian dari Allah yang akan menaikkan darjat kita disisinya." - “Salam Sejahtera Dan Selamat Datang Kepada Pengunjung-pengunjung Semoga Sentiasa Diberkati Allah SWT”

YANG MENARIK

Rujukan Semasa

Untuk Pembelian Rumah Mesra Rakyat SPNB Dail 1300-80-3838

Kosmo Online

TAJUK PILIHAN

24 Jun 2013

Gejala perut kembung

SELAIN jaga makan dengan mengurangkan pengambilan makanan berlemak, rajin-rajinlah bersenam. Banyak gangguan kesihatan diatasi dengan bersenam termasuk masalah kembung perut; nasihat seorang pakar perubatan dalam ceramah umum menjawab soalan wanita yang mengadu kerap berasa tidak selesa setiap kali selepas makan walaupun dia hanya makan sedikit.


Kembung perut atau banyak angin tidak hanya berlaku pada bayi tetapi dianggap masalah biasa yang dialami kebanyakan orang, terutama wanita.

Dianggarkan tujuh atau lapan daripada setiap 10 orang mengalami masalah gas berlebihan dan walaupun tidak berbahaya, ia boleh menjejaskan daya tumpuan, prestasi kerja dan kualiti hidup seseorang.

Masalah kembung perut atau pengembangan abdomen sebenarnya tidak berlaku pada perut, sebaliknya di dalam usus kecil. Biasanya ia disebabkan proses penghadaman yang tidak teratur dan mengakibatkan penghasilan lebih banyak gas daripada biasa. Kehadiran gas berlebihan ini menyebabkan perut terasa sesak dan tidak selesa.

Gejala kembung perut menandakan kita mengalami masalah tidak toleran makanan — maknanya ada jenis makanan yang boleh mengakibatkan kita berasa tidak selesa.

Ketika proses pencernaan di dalam usus, makanan dipecahkan kepada komponen nutrien untuk diserap semula sebagai tenaga. Bahan yang tertinggal ini bergerak ke dalam usus besar untuk dibuang sebagai najis.

Sesetengah bahan sisa ini menghasilkan gas metana, oksigen dan nitrogen. Namun, apabila gas dihasilkan secara berlebihan, ia menolak dinding usus yang menyebabkan kita berasa ‘kembung’ dan tidak selesa.

Secara purata kita menghasilkan antara 0.5 hingga dua liter gas di dalam sistem pencernaan setiap hari iaitu oksigen, karbon dioksida, nitrogen, hidrogen sulfida, ammonia dan metana.

Gas oksigen, karbon dioksida dan nitrogen adalah komponen yang paling besar masuk ke dalam sistem pencernaan melalui mulut ketika kita menelan.

Gas dalam usus datang daripada dua sumber utama iaitu udara yang ditelan dan makanan. Setiap kali kita menelan, sedikit gas masuk ke dalam perut dan berpindah ke usus kecil di mana sebahagian daripadanya diserap ke dalam badan. Baki gas yang tidak diserap akan masuk ke dalam usus besar (kolon) dan dikeluarkan melalui dubur (rektum). Angin yang masuk ke dalam perut tidak berpindah ke usus kecil atau besar, sebaliknya dikeluarkan melalui mulut (sendawa).

Gas yang terkumpul dalam perut dan usus dikeluarkan secara berperingkat sepanjang hari. Biasanya ia tidak menimbulkan masalah tetapi bagi individu yang sensitif, pengumpulan gas menyebabkan ketidakselesaan dan perut terasa kembung setiap kali selepas makan.

Ada dua cara semula jadi untuk mengeluarkan gas ini iaitu melalui sendawa dan kentut. Gas ini tidak berbau tetapi bau kentut disebabkan kehadiran gas surih seperti hidrogen sulfida yang terhasil apabila makanan di dalam usus mengalami proses pereputan.

Biasanya masalah kembung atau sakit perut lebih terasa pada waktu tengah hari, terutama selepas makan, kerana makanan berlemak juga sebenarnya boleh merangsang kepada pengumpulan gas di dalam perut kerana lemak memperlahankan proses pengosongan perut dan membenarkan lebih banyak gas terkumpul.

Banyak faktor boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah angin berlebihan, seperti kerap mengunyah gula-gula getah atau mengulum gula-gula keras; makan atau minum terlalu cepat dan makanan ditelan sebelum ia lumat; banyak bercakap, bercakap terlalu cepat atau banyak berbual ketika makan; minum minuman berkarbonat, gigi palsu tidak dipasang dengan baik, tekanan (individu tertekan biasanya menelan lebih banyak udara), merokok dan makan makanan banyak lemak mengambil masa lebih lama untuk dicerna dan memberi peluang banyak gas terkumpul dalam perut. Masalah ini juga boleh disebabkan keradangan pada lapisan dalam perut atau gastritis. Banyak perkara boleh menyebabkan gastritis dan antara paling lazim ialah jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H pylori). Apabila bakteria ini masuk ke dalam perut, ia menyebabkan masalah kembung yang berpanjangan.

Selain itu pengambilan sumber serat (sayur, buah atau kekacang) yang terlalu banyak secara mendadak; ketegangan sebelum haid (yang hilang apabila haid bermula); pengambilan pil pencegah kehamilan; kekurangan protein dan air serta terlalu banyak makan makanan masin atau diproses juga dikenal pasti boleh menyumbang kepada masalah ini.

Malah proses pemecahan makanan yang tidak tercerna juga mengakibatkan masalah gas berlebihan. Bukan semua makanan diserap oleh badan. Sesetengah jenis karbohidrat, contohnya gula, kanji dan serat di dalam usus tidak dapat diserap akibat kekurangan atau ketiadaan enzim tertentu. Jadi, makanan yang tidak diserap akan berpindah dari usus kecil ke usus besar di mana bakteria baik memecahkannya dan menghasilkan gas hidrogen, karbon dioksida dan metana. Semua gas ini akhirnya keluar melalui dubur.

Antara gejala kita mengalami masalah angin berlebihan ialah:
Kerap buang angin — Secara purata kita buang angin kira-kira 10 kali sehari. Namun kekerapan ini boleh bertukar antara enam hingga 20 kali sehari. Jika lebih daripada itu, ia dikira keterlaluan;
Kerap sendawa — Sendawa selepas makan adalah perkara normal dan gas dikeluarkan apabila perut penuh berisi makanan. Bagaimanapun jika kerap sendawa, ia mungkin disebabkan seseorang itu menelan terlalu banyak udara dan melepaskan udara berkenaan sebelum ia sampai ke perut. Sesetengah orang sengaja menelan udara untuk membuat mereka sendawa bagi melegakan ketidakselesaan perut.

Kajian menunjukkan tindakan ini tidak memberi kelegaan, sebaliknya ia hanya menambah kandungan udara dalam perut. Malah ia boleh merangsang berlakunya masalah asid refluks iaitu aliran songsang asid dalam perut ke dalam salur makanan (asid gastrik di dalam perut tertolak ke atas ketika individu berkenaan cuba sendawa). Selain itu sendawa yang terlalu kerap mungkin menjadi petanda kepada masalah usus atas seperti ulser peptik atau asid refluks,

Kembung — Keadaan ini boleh disebabkan oleh kehadiran angin dalam perut dan usus. Ia juga mungkin disebabkan jangkitan bakteria H pylori;

Sakit perut atau rasa tidak selesa — Ia adalah masalah biasa tetapi kadangkala gejala ini boleh mengelirukan. Pengumpulan gas dalam usus yang menyebabkan kesakitan boleh berlaku di mana-mana sepanjang usus, sama ada di kiri atau kanan. Jika pengumpulan gas berlaku pada bahagian kiri usus, mungkin ditafsir sebagai penyakit jantung dan jika di belah kanan pula, ia menyerupai masalah batu hempedu atau apendiks.
Masalah gas berlebihan ini boleh diatasi dengan beberapa cara, antaranya:

Perubahan pada makanan — Kenal pasti makanan yang boleh menyebabkan banyak angin seperti bunga kubis, kubis, brokoli, kekacang, kebanyakan makanan berkanji kecuali beras (kentang, jagung, gandum), bawang serta makanan bergoreng dan banyak lemak;

Jika anda ada masalah alahan pada gula dalam susu (laktosa); elak mengambil susu dan produk tenusu. Sebaliknya, gantikan dengan susu tanpa laktosa atau minum yogurt kerana kajian mendapati bakteria dalam yogurt (probiotik) dapat mengurangkan masalah ini;

Kurangkan buah-buahan dan pemanis makanan kerana makanan manis mengandungi gula fruktosa juga boleh menyebabkan penghasilan gas berlebihan dalam usus. Usus kecil kita hanya boleh menyerap fruktosa pada jumlah tertentu dan selebihnya masuk ke dalam usus besar dan menjalani proses penapaian seperti laktosa. Elak juga pemanis makanan seperti sorbitol kerana ia sukar diserap badan;
Elak minum minuman berkarbonat, mengunyah gula-gula getah atau mengulum gula-gula;
Pastikan gigi palsu dipasang dengan baik;
Tumpukan perhatian pada makanan ketika makan dan kunyah makanan perlahan-lahan sehingga benar-benar lumat;
Perlahankan rentak percakapan;
Tingkatkan pengambilan sumber serat secara berperingkat;
Kerap bersenam kerana senaman semudah berjalan atau joging boleh membantu merangsang pergerakan gas dalam usus.


www.hmetro.com.my

Tiada ulasan: