Tahukah adik-adik bahawa solat lima waktu yang difardukan oleh Allah SWT kepada semua umat manusia sememangnya terdapat banyak kelebihan. Di antara nilai solat itu adalah mendidik Muslim menyucikan dirinya dari sifat buruk. Hal ini ditegaskan Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud;
“ Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.’ (Surah al-Ankabut, ayat 45)
Kedua, solat mendidik kesatuan dan perpaduan ummah. Ini kerana setiap Muslim menunaikan solat akan menghadap kea rah satu kiblat yang sama, iaitu Baitullah al-Haram. Jika adik-adik perasan juga, di rumah mahupun di mana-mana akan terdapat satu arah untuk kita berhadap ketika bersolat. Arah itulah yang dinamakan kiblat.
Jika semua kita persatu dan membentuk perpaduan, sudah pasti akan mewujudkan perasaan saling melengkapi sesama Muslim.
Kalau adik-adik ingin tahu juga, solat mendidik kita untuk mendisiplinkan diri dari segi waktu. Setiap Muslim yang menunaikan solat akan sentiasa menanti masuknya waktu solat, seterusnya akan menunaikannya tepat pada waktu. Ia berterusan pada setiap hari menunjukkan betapa taatnya kita sebagai umat Islam.
Solat juga mendidik Muslim terhadap ketaatan kepada pemimpin. Dengan solat berjemaah, kita akan mengikuti imam dalam setiap gerakkan rukun solat dan tidak mendahuluinya walau sesaat pun. Perkara ini menunjukkan komitmen dan sikap taat yang tulus dari makmum serta tidak ingkar terhadap perintah yang tidak bertentangan dengan perintah Allah SWT.
Wow, yang sebenarnya banyak lagi hikmah dan kelebihan bersolat ini, adik-adik. Jadi, jangan sesekali kita meninggalkan ibadah wajib ini. Lakukan ibadah ini dengan hati yang ikhlas dan rasai hikmah dalam solatmu.
e-baca.karangkraf.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan