Disini diterangkan beberapa tips sekiranya kad pengenalan kita hilang.
Pastikan kita membuat laporan polis dengan kadar segera. Ini untuk mengelakkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk menggunakan kad pengenalan kita bagi tujuan pendaftaran seperti mendapatkan talian telefon,
penjaman kewangan, menjamin bagi sesuatu pembelian, permohonan kad kredit atau sebagainya. Disamping itu kita juga terdedah kepada kejadian-kejadian jenayah seperti kegiatan mencuri kereta, merompak atau lain-lain yang mana penjenayah boleh meletakkan Kad Pengenalan Kita ditempat kejadian bagi mengaburi mata penguatkuasa.
Untuk mendapatkan semula penggantian kad pengenalan. Kita hendaklah pergi ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara. Disini disertakan sedikit tips yang boleh diikuti..
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN tanpa sebarang dokumen atau boleh membawa dokumen sokongan berikut sekiranya ada (asal dan salinan):
Surat pengesahan atau Kad Kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat / Surat pengesahan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli / Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Kaum / Pejabat Daerah / Pengerusi Jawatankuasa Kerja Kampung - bagi orang-orang miskin dan daif, dan orang-orang kurang upaya (OKU).
Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat / Jabatan Bomba dan Penyelamat / Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Kaum / Pejabat Daerah / Pengerusi Jawatankuasa Kerja Kampung - bagi orang-orang yang ditimpa bencana alam.
Surat pengesahan dari Penjara / Pusat Serenti - bagi bekas banduan atau pelatih pusat.
Kad Pelajar atau surat pengesahan dari Pengetua sekolah / Pendaftar institusi pengajian tinggi - bagi pelajar dari mana-mana sekolah, kolej atau institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.
Laporan Polis yang menyatakan dengan jelas mengenai butir-butir kejadian dan Kad Pengenalan yang hilang.
Bayaran yang dikenakan buat masa ini ialah seperti berikut:-
Bagi Warganegara Malaysia
Bagi Bukan Warganegara Malaysia
Maklumat diperolehi dari Jabatan Pendaftaran Negara

Tiada ulasan:
Catat Ulasan