Dewasa ini dunia semakin hilang pertimbangan lantaran cabaran dan dugaan negatif yang keterlaluan. Perasaan timbangrasa, belas simpati, sopan santun dan pelbagai perkara murni sudah semakin hilang dari jiwa insan. Memang tidak dinafikan adalah amat sukar untuk merubah situasi yang sudah terlalu lama tercorak. Namun kita harus bertindak dari sekarang walaupun sedikit demi sedikit bak pepatah lama "air yang menitis keatas batu
lama-kelamaan juga akan bertanda juga" daripada lansung tidak berbuat apa-apa. Disini saya senaraikan beberapa kelemahan yang kita rasakan perlu untuk berubah demi untuk masa depan kita bersama.
lama-kelamaan juga akan bertanda juga" daripada lansung tidak berbuat apa-apa. Disini saya senaraikan beberapa kelemahan yang kita rasakan perlu untuk berubah demi untuk masa depan kita bersama.
kerana ramai antara kita....
- sudah tidak lagi merasa bersalah untuk meninggalkan solat sedangkan solat itu adalah merupakan tiang bagi kehidupan.
- sudah hilang kesabaran didalam melaksanakan tanggungjawab sedangkan tanggungjawab itu adalah ibadah
- sudah tidak lagi amanah apabila diberi kepercayaan.
- sudah hilang perasaan simpati terhadap orang yang tidak berdaya.
- sudah hilang rasa hormat terhadap ibu dan bapa.
- sudah tidak lagi merasa malu untuk mengeluarkan kata-kata kotor di khalayak ramai
- sudah tidak lagi memperdulikan tentang kebersihan
- sudah tidak lagi memperdulikan disiplin diri dari segi masa dan tingkah laku
- sudah tidak lagi memperdulikan hutangnya terhadap orang yang memberi hutang
- sudah hilang rasa berolak ansur sesama masyarakat
- sudah hilang sifat mesra sesama masyarakat
-. sudah hilang sifat saling bantu-membantu sesama insan
-. sudah tidak bersalah apabila melanggar janji
Tiada ulasan:
Catat Ulasan