Ungkapan Kerja itu satu Ibadah Mungkin seringkali kita dengar dan sering diucapkan oleh ahli agama, pakar motivasi dan rakan sekerja kita. Persoalan yang timbul, apakah perkaitannya sehinggakan kedua-dua ungkapan tersebut tidak dapat dipisahkan antara Kerja dan Ibadah
Kita bekerja kerana menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita. Bila kita berkerja kerana Allah, bermakna kerja itu dianggap satu ibadah dan yang terpentingnya setiap kerja atau perbuatan yang dilakukan perlu disertai dengan"Nawai tu" atau niat yang suci supaya usaha yang dibuat itu di berkati agar ianya menjadi ibadah.
Setiap pekerjaan yang dilakukan perlu dirancang terlebih dahulu, kerja yang dilakukan bukan sahaja untuk hari ini, bukan kerana gaji dan wang tetapi ianya adalah kerana tanggungjawab kita terhadap yang diamanahkan kepada kita.
Berharap pada diri dan sama samlah kita Bekerja dengan Sebaik Mungkin bukan sekadar sambil lewa kerana dikuatiri jika kita tidak menjalankan tugas, tanggungjawab dan apa yang diamanahkan dengan sepenuhnya, maka jika pekerjaan yang dilaksanakan tanpa adanya keikhlasan ianya tidak lagi mendatangkan keberkatan dan ibadah yang diharapkan.
Oleh itu, bekerjalah dengan ikhlas dan pupuklah semangat suka bekerja, Hargai masa bekerja dengan betul-betul bekerja agar gaji atau apa yang kita terima setimpal dengan kerja yang kita lakukan supaya rezeki yang diterima diberkati hendaknya.
Sama-sama kita ingat bahawa setiap perkerjaan dan perlakuan yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan kepada kita dihadapan Tuhan dan masyarakat kelak. Oleh itu jangan menutupi kesalahan diri dengan melemparkan kesalahan kepada orang lain kerana kita perlu ingat setiap perbuatan baik yang kita lakukan akan menampakkan perbuatan baik untuk diri sendiri, sebaliknya setiap perbuatan jahat kita itu akan memaparkan balik kejahatan diri kita sendiri juga.

oleh En. Ariffin Bin Sutan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan