"Kebocoran Yang Kecil Akan Menenggelamkan Kapal Besar"
Kalau kita amat-amati kata-kata diatas, kita akan sedar walaupun ianya agak ringkas, namun maksudnya amat mendalam. Kita dapat mengandaikan bahawa banyak perkara-perkara yang kita anggap remeh sebenarnya mempunyai kesan yang terlalu besar di masa akan datang. Kita mungkin terlepas pandang akan sesuatu perkara kerana kesannya tidak terjadi serta merta.
Ringkasnya, cuba bayangkan sebuah kapal yang besar ditengah lautan tetapi mempunyai kebocoran yang kecil. Kita tidak mengambil kisah dengan hanya membiarkan sahaja air masuk secara perlahan-perlahan. Apabila kita sedar bahawa keadaan kapal sudah sedikit tenggelam lalu kita pun berlari untuk melihat semula bahagian bawah kapal yang pada masa itu air laut sudah memenuhi setiap sudut diruang perut kapal. Waktu itu kelajuan air yang masuk telah semakin deras kerana berat kapal sudah bertambah akibat kandungan air yang sudah banyak. Pada ketika itu kita sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi kerana untuk mengeluarkan air yang begitu banyak dalam waktu yang singkat adalah mustahil melainkan lari dari atau keluar dari kapal tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan