Dalam sejarah Islam fakta Madu yang amat popular dirakam di dalam Al-Quran Surah An-Nahl [Ayat 69] melalui perintah Allah SWT kepada lebah;
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. “Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang
berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Kita perlu mengambil Madu setiap hari untuk kekal sihat kerana ia bukan sekadar membekalkan banyak zat malah juga didapati boleh meningkatkan tenaga, merangsang dan memperbaiki aliran darah. Madu juga kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Tidak hairanlah para penyelidik menggelar Madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak kerana apabila aliran darah lancar, lebih banyak oksigen dapat dibawa ke otak.
Selain itu, madu boleh menjadi antibiotik dan antiseptik bagi melawan jangkitan bakteria sama ada dalaman dan luaran. Kajian penyelidik Universiti Wales mendapati bahawa madu boleh menghentikan aktiviti bakteria yang menyerang luka dan menghalang jangkitan daripda terus merebak. Benarlah seperti pesan Rasulullah SAW;
Dari Abu Hurairah, kata beliau: Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar.”
Secara umumnya setiap titis Madu mengandungi Vitamin – A, B1, B2, B3, C, D, E dan K; Garam Galian – Kalsium, Fosforus, Sulfur, Zat Besi, Karbon, Magnesium, Natrium, Kalium, Klorin, Iodin, Kuprum, Mangan, Silika; Beta Karoten serta Gula – Glukosa, Fruktosa dan Sakarin. Segala kandungan ini memberi pelbagai manfaat seperti:
- Membekalkan tenaga segera, Gula dalam Madu mudah dihadam dan sebagai sumber dan memulihkan tenaga.
- Membantu melawaskan sistem pencernaan
- Membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik
- Mencergaskan dan menenangkan fikiran disebabkan banyak oksigen dibawa ke otak.
- Mengurangkan kesakitan kulit terbakar
- Mengurangkan parut
- Merangsang pertumbuhan sel baru dan mempercepatkan penyembuhan luka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan