Setiap isi rumah yang memelihara kucing pasti menghadapi masalah yang sama iaitu perangai/habitat kucing yang suka mencakar atau mengais dan mungkin juga ia satu masalah yang besar ketika hendak memilih perabot rotan untuk rumah anda. Bagi haiwan comel itu ia cumalah satu perkara yang biasa di alamnya, tetapi tidak bagi alam manusia kita. Haiwan comel itu mungkin kehairanan bila kita marah dan menjerit-jerit bila habis barang-barang didalam rumah semua dipenuhi tanda tanganya. Tetapi mungkin dengan sedikit pengetahuan ini membolehkan anda sedikit bersabar dengan kerenah si comel anda dan di antara sebabnya ialah :-
* MENANDA KAWASAN - Tapak kaki kucing mengandungi kelenjar peluh yang akan meruap ke udara untuk mengawal suhu badannya dan tapak kaki kucing juga mengandungi kelenjar bau. Apabila kucing mencakar, dia akan meninggalkan kesan fizikal yang dapat dilihat oleh kucing lain dan kesan bau yang menandakan kawasan itu miliknya. Dan adakah anda tahu bahawa setiap kali kucing kita menyentuh kita dengan tapak kakinya, itu menandakan dia ingin memberitahu bahawa kita adalah miliknya dan tuannya yang sah sahaja.
* MENJAGA DAN MENGASAH KUKU – Jikalau sesetengah haiwan itu mengalami proses bersalin kulit, begitu juga dengan kucing kita, tapi bukanlah dengan menyalin bulunya cuma membuang kulit kuku yang lama kepada yang baru dan lebih tajam. Kelebihan kuku yang tajam membolehkan kucing menyelamatkan diri dari pemangsa, tetapi jika kucing yang hanya dibela didalam rumah ataupun indoor cat, pemangsa terbesarnya cumalah mesin basuh, vakum, mesin pengisar dan benda-benda yang bising dan memeranjatkan.
* REGANGAN OTOT – Kucing mencakar untuk merenggangkan otot-otot di bahagian tapak kaki, kaki dan tulang belakangnya. Sama seperti manusia, menggeliat selepas bangun dari tidur atau duduk terlalu lama. Yang paling penting ianya bagus untuk kesihatan kucing itu sendiri.
* KNEADING ATAU MERAMAS – Ia bukanlah termasuk dalam kategori merosakkan harta benda kita tetapi ia lebih dikenali sebagai meramas atau mengurut. Anak kucing yang masih kecil akan meramas-ramas badan ibunya ketika menyusu kerana kuku anak kucing lebih halus dan bertindak seperti jarum yang meransang aliran air susu dari badan ibunya. Tetapi ia mungkin terbawa-bawa sehingga ke dewasa mungkin kerana rindukan suasana bersama ibunya dengan cara bermanja dengan tuannya tetapi ia disalah ertikan dengan mencakar. Mana tidaknya, cuba bandingkan saiz kukunya semasa ia kecil dan bila sudah dewasa, memanglah menyakitkan sedikit. Tetapi janganlah pulak marahkan kucing anda, cuba faham situasi dia.
Jadi mungkin anda boleh fikirkan sedikit penyelesaian terhadap masalah yang anda anggap besar inikan. sedikit pendapat saya untuk masalah ini ialah :-
* Sediakan satu bahan khas untuk kucing anda mencakar apabila perlu. Dekat kedai haiwan pun ade jual tiang yang dililit tali sabut tapi kalau nak jimat buatlah sendiri.
* Siapkan satu ruang khas seperti rumah kecil untuknya dan penuhkan lantainya dengan kotak-kotak terpakai. Kucing anda pun akan lebih gembira dan mata anda juga tak akan sakit lagi bila tengok perabot-perabot rotan anda yang mahal tu.

* Kalau kucing anda hendak bermanja, layankan sahaja. Mungkin ada yang tidak tahu bahawa setiap belaian yang kita beri kepada kucing kita adalah satu terapi dan rawatan yang paling berkesan untuk menurunkan tekanan darah anda yang tinggi juga dapat mengawal keadaan emosi seseorang yang sedang berkeadaan marah atau tidak keruan tu.
* Paling senang, potong je kuku kucing anda tu. Janganlah malas sangat sampai kuku sendiri pun lebih tajam dari kuku kucing anda tu.
P/S – KuCiNg TuKaN hAiWaN kEsAyAnGaN NABI juGa MaKhLuK TUHAN yAnG jUgA MeNuMpAnG kAt AtAs BuMI nI, jAdI.. hArGaI dAn JaGaLah kUcIng Tu..JaNgAnlAh DiSePaK-sEpAk HaIwAn KeCiL tU.. kaLaU kUaT sAnGaT.. pErGi aH sEpAk PaTuNg KuCiNG yAnG DeKaT kUcHiNG sArAwAk Tu… KiTa TeNgOk PuLaK KaKi KuCinG tU Ke YaNg pAtAh DuLu AtAu kaKi yAnG kUaT sAnGat TU JaDiK SeNgEt..
Nurin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan