Menurut pakar Ginekologi, ketika bayi sudah cukup waktu untuk dilahirkan, kedudukan bayi akan berada di dalam posisi menelangkup (sujud) dengan kepalanya di bawah. Apabila dilakukan ujian scanning, terdapat seperti ada cahaya di bahagian tengah otak. Dalam keadaan menelangkup, akan memudahkan aliran darah yang membawa oksigen untuk sampai ke saraf dendrit di bahagian Septum Pellucidum (Joy centre).
Selepas menceritakan tentang Septum Pellucidum (Joy centre) , Dr Muhammad membacakan sepotong ayat dari surah al-Alaq ayat 15-16, “Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik ubun-ubunnya, (yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.”
Kata Dr, ayat nasiyyah yang membawa maksud ubun-ubun, dalam erti kata lain ia merujuk kepada bahagian tengah kepala. Namun dalam terjemahan Inggeris Yusof Ali, nasiyyah diterjemahkan sebagai Fore-lock .Fore-lock adalah bahagian pra-frontal lobe iaitu bahagian dahi.
Dalam buku Essential of Anatomy and Physiologi dikatakan, “dorongan dan kebolehan menjangka untuk merancang dan memulakan pergerakan adalah yang berlaku di bahagian anterior dalam lobus frontal iaitu kawasan perkumpulan korteks.Dalam hubungan dengan penglibatannya kepada dorongan, kawasan pra-frontal ini juga difikirkan berfungsi sebagai pusat keagrasifan.”
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Pete A.Sanders, nasiyyah ini lebih merujuk kepada septum pellucidum atau dikenali dengan nama joy centre. Cara untuk mengukur joy centre ialah dengan meletakkan jari di antara dua kening dan ukur satu inci setengah ke dahi. Kemudian ambil ukuran dengna meletakkan tapak tangan di atas kepala dengan jari manis menyentuh gigi rambut di bahagian dahi. Kemudian angkat ibu jari, dan bayangkan ibu jari secara menegak (vertical) masuk ke dalam otak dan bayangkan jari manis di dahi tadi masuk secara horizontal ke dalam otak. Maka kedua tindakan ini akan menghasilkan garisan intersept dalam bentuk ‘L’ terbalik. Maka titik temu dua garisan inilah terletaknya septum pellucidum.
Sujud dan septum pellucidum.
Bagi orang Islam, kedudukan septum pellucidum ini menyamai kedudukan ketika sujud. Apabila kita meletakkan dahi (pra-frontal) ke tempat sujud, tentunya ubun-ubun menghadap ke arah kiblat. Kedudukan ini lebih menepati kedudukan nasiyyah yang terdapat dalam surah al-Alaq. Justeru itu,benarlah seperti yang dikatakan Allah dalam surah al-Alaq ayat 19, “dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan).” Dengan erti kata yang lain, bagi orang yang mengerjakan solat maka Allah akan memberi kegembiraan dan kesejahteraan dalam hidupnya. Secara tidak langsung menjadi motivasi yang boleh menceria dan mengembirakan kepada manusia. Jika sebaliknya berlaku, iaitu orang-orang yang ingkar kepada Allah tidak sujud kepada-Nya, maka Allah akan memberi balasan dengan menarik ubun-ubunnya dengan memberi potensi negatif dan memudaratkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan