Ramai antara kita yang tidak mendalami betapa istimewanya Solat dalam kehidupan kita seharian. Didalam arus dunia permodenan ini cabaran demi cabaran datang mengganggu kestabilan kehidupan seharian manusia. Walau bagaimanapun kita tidak dapat lari daripada cubaan ini. Kita terpaksa menempuh samada suka atau tidak suka. Kalau diamat-amati sebenarnya kesibukan demi kesibukan yang lahir adalah kerana ciptaan manusia itu sendiri. Kerana sesungguhnya naluri manusia itu tidak pernah
puas dengan apa kita perolehi melainkan orang-orang yang sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah. Fenomena ini semakin hari semakin serius sehinggakan ramai antara kita yang mengalami tekanan jiwa dan perasaan. Sendainya ini berlaku, sudah tentu kita tidak dapat mengecapi kemanisan hidup samada secara individu atau pun berkeluarga. Ramai antara manusia sentiasa mencari penawar dan ubat untuk meredakan bebanan hati dan perasaan yang terlalu tertekan. Namun ramai juga yang terlepas pandang bahawa tuhan telah menyediakan penawar yang terlalu tinggi nilainya, iaitu Solat. Kita menganggap bahawa solat itu hanya suatu perlakuan dan syarat untuk mencukupkan rukun sebagai seorang islam. Tetapi tahukah kita bahawa didalam solat itu sendiri sudah mempunyai kekuatan yang tidak terdapat pada perubatan fizikal. Apa yang perlu kita lakukan adalah mendalami ilmu solat secara tekun dan yakin. Ini adalah kerana Solat itu tidak akan memberi makna dan kesan seandainya ianya dilakukan tanpa diiringi dengan kehadiran keinginan rohani. Hanya ketika didalam solat sahaja kita akan mendapat ketenangan yang sejati. Ingatlah bahawa tuhan menjadikan manusia itu tidak lain hanyalah untuk mengabdikan diri kepadanya. Sesungguhnya tidak ada mahluk yang sempurna dimukabumi ini yang boleh kita jadikan tempat untuk kita bergantung dan mengadu melainkan kepadanya. Sebagai contoh, cuba kita amat-amati pengertian maksud doa iftitah dan dan Al' Fatihah. Sudah tentu kita akan dapat lihat betapa Allah menyayangi manusia dengan mengaturkan jadual untuk kita bersolat. Boleh dikatakan hampir sepanjang hari bermula dari terbit matahari hingga ke subuh kita diminta untuki mengingatinya. Walaubagaimana sibuk sekalipun manusia itu, ia tidak terlepas dari tanggungjawab untuk mengingatinya. Malahan ketika ketika sedang sakit juga kita diwajibkan bersolat. Kebanyakkan orang menganggap Solat itu perkara remeh dan menyusahkan. Tetapi bagi orang yang beriman menganggapnya sebagai suatu hidayah daripada Allah. Mereka akan merasakan bahawa Allah menyayanginya dan mereka tidak akan melepaskan peluang untuk merebut segala kebaikan yang ada didalam Solat. Dengan bersolat, manusia akan merasakan bahawa diri mereka sentiasa dijaga oleh Allah. Kita akan dapat merasakan ketenangan sebaik sahaja kita bersolat kerana kita seolah-olah baru sahaja memohon dan merayu agar segala tekanan dan masalah dapat dipermudahkan oleh Allah. Kita juga dianjurkan supaya sentiasa memohon petunjuk agar dibukakan segala jalan penyelesaian disepanjang kehidupan kita didunia ini.

Maka janganlah kita lupa untuk memohon agar kita sentiasa diberikan taufik dan hidayah serta diberikan nikmat kemanisan didalam bersolat.
Ingatlah "Dengan mengingati Allah, Hati hati akan menjadi tenang".

Tiada ulasan:
Catat Ulasan