Setiap insan diciptakan mempunyai naluri yang sama. Apabila tiba masanya maka sudah tentu manusia akan merancang untuk mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Namun apabila masa berlalu dan corak penghidupan dunia menjadi semakin moden dan serba-serbinya menjadi ringkas. Kebanyakkan pasangan terlupa untuk menoleh kebelakang. Dalam ertikata lain matlamat asal perkahwinan itu sudah lari dari landasannya. Kita seharusnya
mengambil contoh bagaimana pasangan-pasangan dahulu membuat perancangan sebelum mereka meneruskan alam perkahwinan mereka. Mereka lebih mementingkan perhubungan kekeluargaan daripada keinginan yang tidak terancang. Mereka terlebih dahulu mengenali hati budi pasangan masing-masing termasuk latar belakang kekeluargaannya. Mereka akan memastikan bahawa mereka akan diterima bukan sahaja oleh bakal pasagangannya tetapi dapat diterima juga oleh keseluruhan kaum keluarganya. Ini sangat penting kerana setelah kita menempuh alam perkahwinan kebanyakan diantara pasangan akan hanya menjaga hati dan perasaan pasangan masing-masing sedangkan keluarga pasangan mereka tidak diambil peduli, malahan mereka juga tidak suka keluarga pasangan mengambil tahu tentang kehidupan masing-masing. Perlulah kita ingat bahawa perkawinan itu bukan semudah yang disangkakan. Telah ramai yang menyedari bahawa cabaran dan dugaan setelah berkahwin itu terlalu banyak cerita dan rentetan yang terpaksa diharungi. Sedainya sesuatu perkahwinan itu tidak mendapat restu dari keluarga pasangan maka pada ketika inilah kita akan menghadapi masalah yang boleh dikatakan masalah jangka panjang sehinggalah kedua-dua pihak dapat menerima kehadiran diri masing-masing. Kita perlu memikirkan soal-soal kenduri-kendara, sakit pening dan sebagainya yang bakal diadakan oleh keluarga pasangan masing-masing. Oleh itu fikirkan semula langkah-langkah persediaan yang perlu diambil sebelum memasuki gerbang perkahwinan agar bahtera kapal yang akan berlayar tidak landa badai yang kuat.

zeeleo...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan