Hutang... Merupakan satu sebutan yang seolah-olah sudah tidak dapat dipisahkan lagi dalam dunia kehidupan manusia. Adakah ianya merupakan suatu kemudahan atau bebanan. Marilah kita semak semula corak penghidupan kita seharian. Mungkin ada terdapat teknik pengurusan pada kewangan kita sehingga kita merasa tidak cukup untuk membiayai kos sara hidup masakini. Memang tidak dapat dinafikan permintaan terhadap kewangan semakin hari semakin mendesak. Lazimnya kita tidak boleh lari dari perbelanjaan yang wajib
seperti membiayai kenderaan, membiayai rumah, pembayaran bil letrik dan air, pembiayaan bil telefon, perbelanjaan dapur, perbelanjaan semasa menjalankan tugas, pembiayaan anggota keluarga bagi yang telah berkeluarga, kos bagi upacara upacara keluarga dan sebagainya. Bagi yang mempunyai pendapatan sedikit sudah tentu ini amat merungsingkan. Namun jika kita terpaksa berhutang harus diingat. Kebanyakkan kita terlepas pandang risiko-risiko yang tersembunyi disebalik pembayaran semula hutang tersebut. Antaranya, kita terpaksa membayar kos faedah yang dikenakan. Walaupun faedah yang dikenakan sekitar 5%, kita harus ingat bahawa 5% itu adalah kadar untuk setahun. Tetapi jika memilih untuk membayar balik selama 5 tahun maka 5% itu tadi akan di kali dengan 5. Akhirnya jumlah faedah sebenarnya ialah 25% daripada jumlah pinjaman yang dibuat. Ini bermakna sekiranya kita meminjam Rm10,000.00, jumlah keseluruhan yang terpaksa kita bayar termasuk faedah 25% (2,500.00) adalah sebanyak Rm12,500.00. Cuba kita kira semula berapakah bayaran faedah yang kita terpaksa kita bayar setiap bulan bagi jumlah Rm2,500.00 selama 5 tahun (bersamaan 60 bulan). Jawapannya adalah sebanyak Rm41.00 setiap bulan. Satu lagi permasalahan yang sering timbul dalam penghidupan kita ialah apabila setiap kali tiba hari perayaan pada ketika itulah ramai antara kita yang membuat pinjaman bank dan sebagainya. Cuba kita perhatikan dengan teliti. Andaikan kita baru sahaja membuat pinjaman tahun lepas dan tempoh bayaran balik selama 5 tahun. Tiba-tiba tahun ini sekali lagi kita membuat pinjaman dengan jumlah yang sama. Nah bagaimana keadaannya sekarang. Cuba kita fikirkan baik-baik. Perayaan merupakan sambutan wajib yang akan disambut setiap tahun. Haruskah terus menerus menyelesaikan masalah ini dengan cara berhutang. Itu belum lagi diambil kira keperluan lain seperti menanggung perbelanjaan ketika buka sekolah, membaiki, kenderaan, membaiki kerosakan rumah dan sabagainya. maka disini lah terletaknya kebijaksanaan kita untuk membuat perkiraan yang teliti. Cuba kita senaraikan yang mana satu keperluan dan yang mana satu kehendak. Jadi... utamakanlah keperluan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan