Orang melayu terkenal dengan budi bahasa. Orang melayu juga mempunyai banyak majlis-majlis kekeluargaan, majlis agama, majlis keraian dan sebagainya. Dewasanya ini semakin hari semakin hilang adat kesopanan lebih-lebih lagi dikalangan remaja. Salah satu budaya kesopanan yang harus kita pelihara adalah semasa berjalan melintasi para tetamu yang sedang duduk bersila atau bertempuh diatas lantai. Sebaik-baiknya hendaklah merendahkan badan kita dengan membengkokkan sedikit kaki dan menundukkan badan serta berjalan dengan perlahan dan sopan. Manakala tangan pula hendaklah diturunkan sedikit kelantai apabila melintasi hadapan tetamu. Sekiranya tetamu berada sebelah kiri maka hendaklah turunkan tangan kiri dan sebaliknya pula sekiranya tetamu berada sebelah kanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan