Kita sering terdengar pelbagai kisah rumah tangga. Ada yang menggembirakan dan tak kurang juga yang merungsingkan. Antara perkara yang sering memeningkan kepala kita ialah kerenah anak-anak. Sebenarnya masalah ini adalah merupakan masalah yang dihadapi dalam kabanyakan alam rumahtangga.
Bermacam-macam usaha telah cuba dilaksanakan, namun satu demi satu kerenah dan kelakuan anak-anak terpancar. Kadang-kala Ibu Bapa menjadi hilang punca hingga boleh membawa kepada putus asa didalam menasihati dan mendidik anak-anak demi untuk menjadikan mereka seorang insan yang benar-benar menyenangkan hati kita.
Sesungguhnya apa yang terjadi sebenarnya terdapat hikmah disebaliknya. Tidak silap jika dikatakan antara punyanya ialah cara didikan yang tidak berlandaskan sepenuh menurut kehendak islam. Kerana dalam islam telah pun memberikan panduan selengkap-lengkapnya kepada semua manusia dimuka bumi ini. Namun kerana kesibukan dunia kadangkala membuat kita tersasar dari landasan yang sepatutnya.
Ada satu pepatah menyatakan "Sekiranya kita mahukan merubah seseorang, terlebih dahulu kita perlu merubah diri kita dahulu". Cuba kita amati pepatah ini. Memang ada kebenarannya. Sebagai contoh, sewaktu anak kita memandu, kita lihat cara pemanduannya yang kurang sabar. Mereka akan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya apabila mengekori kenderaan yang memandu agak perlahan. Lalu kita pun menegur mereka. "Janganlah macam tu. Cubalah bersabar sedikit".
Itu adalah salah satu antara contoh yang perlu kita kaji. Cuba kita tanya dengan diri kita. Mengapa anak kita menjadi sedemikian. Sudah tentu mereka ini mempelajari tindak-tanduk dari seseorang. Rata-ratanya mengikut kajian, banyak kelakuan dipelajari dari Ibu atau Bapanya. Kemungkinan besar semasa anak kita kecil, mereka memerhatikan dan merakam kelakuan kita dan seterusnya menyimpan dalam minda. Pastinya apabila mereka besar kelak mereka akan mengulangi segala perbuatan yang disimpan dalam minda mereka. Dan seterusnya mempraktikkan apa yang harus dilakukan sekiranya berhadapan dengan situasi yang sama sepertimana yang Ibu Bapa mereka lakukan. Begitu juga keadaannya ketika Ibu Bapa bertengkar. Sudah tentu bermacam-macam perkataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh kita.
Oleh yang demikian ingatlah. Setiap perbuatan kita akan sentiasa dirakam oleh anak-anak kita. Maka ingatlah kebanyakan kelakuan anak-anak kita adalah merupakan Cermin Diri kita.
zeeleo8

Tiada ulasan:
Catat Ulasan