Bimbing anak-anak anda supaya mereka pandai memanfaatkan masa. Misalnya mengatur masa untuk belajar, bermain, dan masa menonton televisyen. Jika anak anda keluar rumah, pastikan waktu yang mereka mesti pulang ke rumah. MisaInya pukul 6.30 mereka mesti pulang dan mandi. Malah mereka perlu berpakaian bersih dan bersedia untuk solat Maghrib. Jangan benarkan mereka berehat dihadapan televisyen yang akan melambatkan atau menggaggalkan jadual yang ditetapkan. Setelah solat Maghrib, sebaik-baiknya indahkahlah rumah dengan suara bacaan al-Quran. Ibu bapa perlu duduk sekali membaca atau membetulkan kesalahan anak-anak dalam tajwid, makhraj dan sebagainya. Jika budaya ini terus dihidupkan, anak-anak akan terbiasa dan akan mula berasa kekurangan jika tidak membaca al-Quran. Begitu juga waktu menonton, anak-anak hanya dibenarkan menonton rancangan rancangan yang berfaedah dan baik untuk diri mereka sahaja. Misalnya rancangan berita, dokumentari, kisah hidup orang yang berjaya dan sebagainya. Ada ibu bapa yang menganggap menonton televisyen tidak memberikan kesan negatif kepada anak-anak. Maklumlah mereka masih belum memahami apa yang dilihat. Walhal anak anak lebih cepat memahami dan mudah meniru apa-apa sahaja yang tidak baik melalui rancangan berbentuk keganasari, kekerasan dan sebagainya.
solusi
solusi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan