Atap nipah merupakan sejenis atap sesuatu binaan yang diperbuat daripada daun nipah. Kediaman atap nipah boleh didapati di kampung-kampung diBrunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Hingga kurun kesembilan belas, bangunan-bangunan awam yang penting seperti kuil turut dibina menggunakan cara ini. Kediaman atap nipah telah digunakan sebagai ilham untuk sistem bersifat rentas pengalihan udara untuk Newtown Suites, oleh WOHAArchitects, Singapura.
Pada asasnya atap nipah terdiri daripada "tulang" atau dikenali sebagai "bengkawan", yang diperbuat daripada buluh yang diraut ataupun kayu kecil yang dilipat daun nipah bagi membentuk seperti sayap dan dijahit dengan menggunakan rotan ataupun kulit pokok bemban untuk mengikatnya. Pada masa kini, kerana sukar untuk mendapatkan bahan tersebut tali plastik atau nilon digunakan bagi menyemat atap.
Atap nipah yang dibuat menggunakan hanya selapis daun digelar atap kudi / "kelarai", sementara atap yang diperbuat daripada dua lapis daun dikenali sebagai atap pakai / "mata ketam". Atap mata ketam adalah lebih tebal dan tahan daripada atap kudi, tetapi harganya adalah lebih tinggi.
Kelebihan
Atap nipah memiliki kelebihan kerana ia lebih sejuk kerana ia tidak menyimpan haba sebagaimana atap genting.[3] Tetapi ia perlu ditukar setiap tiga hingga lima tahun sekali, bagi atap nipah yang tidak diproses. Bagaimanapun harganya yang rendah mengurangakn kos penggantiannya. Bagi atap daripada daun nipah yang direndam pula mampu bertahan antara enam hingga lapan tahun. Atap daripada daun nipah yang direndam juga lebih mudah disusun kerana lebih lembut dan tidak mudah patah apabila dilipat.
-wikipedia-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan