"Carilah dunia sekadar keperluanmu nescaya engkau akan merasa kemanisan akhirat" - "Janganlah terlalu berharap kepada sesuatu yang belum pasti, kelak engkau akan kecewa sekiranya tidak kesampaian " - "Janganlah kita berbangga dengan apa yang dimiliki segala yang ada didunia ini adalah milik Allah S.W.T. Kita cuma meminjamnya seketika" - "Teguran dengan cara yang lembut itu adalah lebih berkesan dari menggunakan kekerasan" - "Jadilah seperti air yang dapat menyejukkan dan janganlah menjadi api yang sentiasa memanaskan" - "Buatlah sesuatu itu dengan keikhlasan nescaya engkau akan terasa kemanisannya" - "Berusahalah untuk melembutkan hatimu nescaya hatimu akan hidup semula" - "Permudahkanlah urusan saudara-saudaramu, nescayalah Allah akan mempermudahkan urusanmu" - "Hindarilah diri dari sifat tergopoh gapah kerana ianya akan menghapuskan sifat sabar" - "Jangan engkau berdebat dengan orang yang jahil kerana ia mungkin akan merosakkan akhlakmu" - "Jika engkau melihat keburukan seseorang nescaya jiwamu tidak akan tenteram kerana engkau akan membencinya, maka lihatlah kebaikannya" - "Janganlah engkau memecut kenderaan untuk mengejar lampu isyarat hari ini, kerana esok, lusa dan seterusnya engkau tetap juga akan menempuhnya" - " Bersyukurlah Jika kita berada dalam kemiskinan, kerana ianya akan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah " - "Tuntutlah ilmu selagi kita masih hidup, kerana menuntut ilmu itu wajib" - "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" - "Cara yang terbaik ketika berhadapan dengan orang yang sedang marah ialah dengan berdiam" - "Jika engkau mencintai dunia nescaya akhirat akan membencimu dan jika engkau mencintai akhirat nescaya akhirat akan membencimu" - "Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah. (HR. Al-Baihaqi)" - "Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang paling baik akhlaknya – Bukhari dan Muslim" – "Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak." - "Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu" - "Salah satu rahsia untuk kekal sihat ialah dengan sentiasa berwajah manis" - "Untuk berjaya antaranya janganlah sesekali membaca buku-buku yang boleh menimbulkan prasangka buruk, putus asa dan hilang harapan" - "Sesungguhnya Ibu dan Bapa kita hanya ada satu didunia ini, maka hargailah mereka sementara mereka masih ada" - "Ingatlah bahawa tiada rezeki yang datang bergolek" - "Belajarlah mengasihi kucing kerana ianya adalah kesayangan Nabi Muhammad SAW " - "Orang yang rajin berfikir mempunyai sehingga 1,000,000,000,000 sel otak. Semakin kerap kita berfikir semakin banyak sel otak terbentuk" - "Janganlah sekali-sekali kita mengkhianati janji yang telah kita buat kerana disitu terletak nilai peribadi kita" - "Sayangilah kedua Ibubapa mu, nescaya Allah akan menyayangimu" - "Setiap tindakan kita umpama membaling bola kelangit, semakin kuat kita membalingnya maka semakin kuat ia mendapatkan kita semula" - "Tiada sesuatu pun yang kekal di alam ini semuanya akan musnah melaikan Allah" - "Tiadalah yang lebih membahagiakan jiwa kedua Ibubapa selain daripada melihat anak-anaknya mentaati suruhan Allah" - "Salam Sejahtera & Selamat Datang Kepada Adik-adik Semoga Sentiasa Ceria” - "Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang lemah lembut terhadap semua orang" - "Berbuatbaiklah kepada kedua Ibu Bapa nescaya Allah akan menyayangimu" - "Beruang membesar melebihi berat manusia. Tetapi berat anak beruang yang baru dilahirkan lebih kecil daripada tikus" - "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga""Hiduplah bersama Al'Quran baik dengan menghafal, membaca dan mendengarnya kerana ia adalah penawar yang paling mujarab bagi menghilangkan kesedihan dan kedukaan" - "Ingatlah sehari selembar benang lama kelamaan akan menjadi kain juga" - "Carilah sesuatu itu kerana keperluan dan bukannya kemahuan" - "Tahukah anda bahawa buah tomato boleh menawarkan rasa garam didalam masakan" - "Ingatlah ketika kita marah sebenarnya syaitan sedang bersorak dan bertepuk tangan melihat gelagat kita" - "Mendapat sesuatu yang sedikit itu lebih baik daripada tiada langsung" - "Ketahuilah bahawa sebahagian dari perlakuan anak-anak itu adalah cermin kita" - "Terlalu bergantung dengan ubat antibiotik akan melemahkan sistem pertahanan badan semula jadi" - "Sedarilah bahawa pengorbanan seorang Ibu itu terlalu tinggi hingga sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri, asalkan anaknya bahagia" - "Hargailah setiap pemberian itu dengan sebaik-baiknya walaupun ianya tidak menggembirakan namun sekurang-kurangnya ia menggembirakan hati sipemberinya" - "Sebaik-baik pekerja ialah orang yang kurang bercakap tetapi banyak bekerja" - "Banyak kesilapan yang kita lakukan hasil daripada kecelaruan minda kita sendiri" - "Niatkanlah sesuatu pekerjaan yang baik itu kerana Allah nescaya kita akan memperolehi keuntungan untuk dan akhirat" - "Untuk mencipta Rumahku Syurgaku sememangnya amat payah sehinggakan ramai yang berputus asa dan membiarkan sahaja bahtera kehidupannya hanyut dibawa arus" - "Jika engkau diuji dengan kesedihan maka bersabarlah, kerana kemungkinan Allah ingin memberikan sesuatu yang mengembirakan engkau" - "Pastikan anda membuka tingkap terlebih dahulu sebelum memasuki kereta yang terjemur kerana udara panasnya mengandungi toksid yang merbahaya" - "Janganlah engkau mengguris hati kedua Ibu Bapa mu sekalipun dengan perkataan AH" - "Permudahkanlah urusan seseorang nescaya Allah akan permudahkan urusanmu" - "Kahwinilah seseorang itu kerana Agamanya" - "Sesungguhnya bersedekah itu akan menambahkan rezeki & menghindarkan dari penyakit" -"Jika kekayaan yang dicari nescaya engkau tidak akan pernah merasa cukup melainkan dengan bersyukur dengan apa yang sedang berada ditanganmu" - "Ingatlah bahawa matlamat sebenarnya hidupnya kita didunia ini tidak lain hanyalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah" - "Jika selama ini kita menjadi orang yang banyak menerima, maka jadilah pula kita sebagai orang yang banyak memberi" - "Ketahuilah bahawa harta dunia yang banyak akan hanya menyukarkan perjalanan ke Syurga diakhirat kelak" - " - "Jika kamu mengejar dunia nescaya kamu akan letih kerana dunia akan terus berlari mempermain-main kamu" - "Seseorang itu tidak akan mendapat ketenangan dalam hidupnya selagi terdapat sikap ego walaupun sedikit" - "Salah satu cara untuk mengenali situasi jiwa seseorang ialah dengan cara melihat bagaimana ia memandu kenderaannya" - "Orang yang rakus tidak akan memperolehi ketenangan dalam hidupnya" - "Sedekat-dekat manusia dengan Allah ialah ketika sujudnya" - "Ketika engkau berada dalam kesusahan, maka janganlah berduka, kerana sesunggunya pada ketika itu ada insan yang lebih susah darimu" - "Ucapkan Allhamdullah setiap kali bangun dari tidur kerana kita masih lagi diberi peluang melihat dunia" - "Hidup ini hanyalah sementara, maka carilah sesuatu didalamnya yang boleh dibawa untuk Akhirat" - "Janganlah bersedih kerana setiap kesengsaraan itu adalah ujian dari Allah yang akan menaikkan darjat kita disisinya." - “Salam Sejahtera Dan Selamat Datang Kepada Pengunjung-pengunjung Semoga Sentiasa Diberkati Allah SWT”

YANG MENARIK

Rujukan Semasa

Untuk Pembelian Rumah Mesra Rakyat SPNB Dail 1300-80-3838

Kosmo Online

TAJUK PILIHAN

31 Julai 2011

Masalah Kelulumur

ALANGKAH malunya Jika kolar dan bahu baju memutih akibat kelemumur yang bertaburan. Sisa-sia kelemumur ini biasanya akan kelihatan begitu jelas kalau baju yang dipakai itu berwarna gelap.


Kelemumur merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau pun wanita.  Biarpun ia bukan penyakit berjangkit, tetapi ia mampu menjejaskan personaliti seseorang.  Bukan saja tidak selesa kerana asyik menggaru kepala yang gatal, bahkan orang keliling pula rasa kurang senang dengan tahap penjagaan kebersihan diri.

Sisa-sia kelemumur yang jatuh atas baju pula pasti menjejaskan penampilan seseorang.  ''Kelemumur atau nama saintifiknya pityriasis sapitis adalah satu fenomena biasa yang dialami oleh 50 peratus daripada manusia dari pelbagai latar belakang,'' kata Pakar Perunding Kanan Dermatologi, Dr. Steven Chow Kim Weng.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk Pengenalan Mengenai Kulit Kepala dan Kelemumur pada Bengkel Media Head & Shoulders di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr. Kim Weng berkata, sebenarnya kelemumur berpunca dari sejenis yis yang dinamakan malassezia globosa.

''Yis ini akan memakan sebum kulit (lipid) dan kemudiannya mula mengeluarkan sejenis molekul,'' katanya.   Katanya, molekul yang dirembeskan itu akan menyebabkan berlakunya kegatalan pada kulit kepala.

''Dari sinilah punca di mana kulit kepala mula berkuping dan akan berlakunya kelemumur,'' katanya.

Jelasnya, kelemumur akan menyebabkan seseorang itu mula rasa tidak selesa kerana kulit kepala gatal dan mereka akan asyik menggaru.

Katanya, kegatalan kulit kepala yang amat sangat juga akan membuatkan masa tidur akan terganggu.

''Orang yang menghadapi masalah kelemumur ini juga akan mula berhadapan dengan masalah rambut rosak atau gugur,'' katanya.

Selain itu, katanya, ia juga akan menyebabkan seseorang itu mula merasa tidak selesa untuk bersosial kerana selalu menggaru kepala.

Lebih memalukan apabila banyak kelemumur jatuh di atas bahagian leher baju.  Jelasnya, setakat ini dianggarkan 4.3 juta rakyat di negara ini menghadapi masalah kelemumur.

Dr. Kim Weng memberitahu, sebenarnya terdapat pelbagai jenis masalah kelemumur. Ia bukan sahaja pada bahagian kulit kepala sahaja.  ''Ada yang jenis berkuping dengan kelemumur ini merebak hingga ke bahagian telinga,'' katanya.

Selain itu, katanya, ada masalah kelemumur yang terjadi di bahagian hidung, kening dan dahi yang kelihatan seolah-olah seperti jerawat kecil.

Katanya, masalah kelemumur juga dihadapi mereka yang mengambil steroid bagi mengubati penyakit.  ''Bayi yang baru lahir juga boleh menghadapi masalah kelemumur yang dipanggil cradle cap,'' katanya.  Bagaimanapun, katanya, masalah kelemumur itu masih boleh diubati dengan penggunaan syampu yang bersesuaian.

''Biasanya syampu itu perlu mengandungi bahan antikulat yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah kelemumur,'' katanya.  Sebaiknya penggunaan syampu kata beliau, perlu diteruskan sepanjang masa bagi mengelakkan ia berulang.

Sementara itu, Saintis Procter & Gamble (P&G), Dr. Jasmine Karsono menjelaskan, adalah perkara normal apabila seseorang itu mengalami keguguran rambut antara 50 hingga 100 helai setiap hari.  ''Ini memandangkan rambut hanya bertahan selama dua hingga tiga tahun di kepala seseorang dan ia akan luruh dan tumbuh kembali,'' katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk Selamat Tinggal Kelemumur dan Rambut Gugur.

Bagaimanapun, katanya, rambut gugur juga disebabkan oleh faktor lain, antaranya kerap menggunakan pengering rambut atau menyikat rambut dengan terlalu kerap.

''Biasanya kita akan mudah melihat rambut gugur dengan banyak ketika membasuh rambut semasa mandi atau bertaburan di bantal selepas bangun tidur,'' katanya.

Malah, katanya, masalah kelemumur juga bukan sahaja akan menyebabkan berlakunya keguguran rambut tetapi juga akan merosakkan rambut.

''Sekalipun kelemumur bukan penyakit mengancam nyawa tetapi masalah ini akan menyebabkan seseorang itu berasa tidak selesa kerana terlalu kerap menggaru juga akan membuatkan kulit kepala rosak," katanya.


SHOLINA OSMAN

Tiada ulasan: