Sudirman Haji Arshad telah mula menempa nama di persada seni tanah air sejak beliau masih menuntut di Universiti Malaya. Pada ketika itu, beliau telah memasuki pertandingan Bintang RTM yang dianjurkan oleh Stesen Radio dan Televisyen Malaysia. (RTM). Beliau telah muncul sebagai Juara pertandingan tersebut. Bermula dan saat itu, nama beliau dikenali ramai.
Sudirman Haji Arshad merupakan anak seni yang banyak mengharumkan nama negara. Beliau pernah memenangi anugerah Penyanyi Terbaik Asia. Beliau mempunyai suara yang lunak. Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau begitu menarik dan menjadi siulan anak-anak muda dan kanak-kanak pada ketika itu. Sudirman Haji Arshad mempunyai identitinya yang tersendiri. Walaupun beliau telah berjaya dalam bidang nyanyian, beliau masih berasa belum puas. Beliau sendiri telah berusaha untuk memartabatkan seni nyanyian dan muzik tanah air. Sebelum meninggal dunia, beliau sempat berlakon dalam sebuah filem. Beliau juga
mengadakan konsert secara besar-besaran, baik di dalam negara dan di Iuar negara.
Sudirman Hj Arshad (25 Mei 1954-22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia. Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.Sel
ain itu, beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu.
Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda yang bernasib baik dapat menyaksikan sendiri Sudirman secara peribadi atau melalui kaca televisyan. Gelaran peledak Cili Padi ini hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter dan berkasut saiz 7, mengenakan pakaian biasa, solekan dan sekali sekala mengenakan chaplinesque yang bersahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan