Ibn As-Sunni menyebut dalam bukunya riwayat daripada sebahagian isteri Nabi s.a.w yang menceritakan,
“Rasulullah s.a.w pernah menemuiku, ketika itu di jariku tumbuh seperti jerawat. Baginda s.a.w bertanya, “Engkau mempunyai minyak wangi zarirah?”. Aku menjawab, “ada”. Baginda berkata, “Bubuhkanlah pada jerawatmu itu lalu ucapkanlah doa:
“Allahumma musa-ghiral kabiir wa mukabbiras saghiir, sa-gghir maabi”
Ertinya: Allah Yang Mengecilkan Yang Besar dan Yang Membesarkan Yang Kecil, kecilkanlah jerawatku ini
Dikeluarkan oleh al-Hakim dan beliau berkata “Sanadnya sahih namun ia tidak dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim dan dikuatkan oleh az-Zahabi
untuk info secara lanjut tentang minyak wangi zarirah, sila layari laman web di atas yer.
laman petua nenek juga ada mengesyorkan beberapa petua berguna.
Menghapuskan Jerawat
Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-
Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
Menghilangkan Bintik Hitam
Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
selamat mencuba!!~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan